Khamis, 26 Januari 2012

http://my.churpchurp.com/put3bulan/share/MASmobNow this is one epic flashmob happened in KLIA, watch! #MASflashmob

http://my.churpchurp.com/put3bulan/share/MASmobNow this is one epic flashmob happened in KLIA, watch! #MASflashmob
Sepanjang minggu ini aku sibuk nak siapkan keja. Walaupun cuti tahun baru cina 2 hari tapi aku berkurung kat bilik kerja bertemankan kertas dan mesin kira. Bukan kira duit tapi kira reten bulanan yang wajib di hantar sebelum 1hb berikutnya setiap bulan. Aku ditugaskan untuk meng'compile'kan reten KIB yang lebih tertumpu perihal ibu mengandung dan lain-lain. Pening juga aku apabila data-data yang di hantar oleh anak buahku dari 5 kd kawasan operasi kerjaku salah pengiraan. Entahlah kadang-kadang kesilapan penglihatan mata menjadi antara faktor kesilapan teknikal yang paling ketara walaupun pengiraan dilakukan dengan kalkulator. Maklumlah petak-petak kecil yang perlu di isi dan data pula bukan satu tapi hampir 20 perihalan dan semuanya berpandukan fakta dan data-data yang tepat dari rekod harian. Walaupun setiap data berkaitan tapi tambah tolak, darab, bahagi akhirnya angka-angka yang banyak itu menjadi mataku juga jadi kelabu.
 Sambil menekan kalkulator dan menelek data yang diberi aku terpaksa menelefon juga kepada anak buahku untuk memastikan kesahihan data apabila kurasakan ianya tidak relevan dengan keadaan semasa. Aku tidak boleh berkira sangat pasal kredit telefon yang kuhabiskan menelefon mereka yang pentingnya aku puas apabila data yang dikumpul itu tepat dan betul.
"Tak pergi bercuti kat mana2 ke hari ni?" Tanya salah seorang teman. Aku memberitahu sibuk dengan kerja yang masih belum selesai. "Wey.. cuti ni.. jangan rajin-rajin sangat.." tegur teman yang lain pula. Aku bukanlah rajin sangat tapi sekiranya kerjaku tidak selesai aku akan jadi sasau juga. Kerja-kerja lain akan terganggu. Bahkan kalau membaca novel aku boleh habiskan 3 novel dalam masa sehari tapi jika musim reten atau ada kerja lain yang tidak siap aku terpaksa mengambil masa lebih lama lagi kadang-kadang hampir sebulan baru aku dapat habiskan. 
Kalau kira guna komputer senang juga kira tapi aku terpaksa salin tulisan tangan pula ke dalam buku reten yang hendak di hantar kepada bos. Oleh itu baik aku terus salin dan kira ke buku induknya.

Walaupun aku berkurung di bilik sendirian tapi puteri kecilku kadang-kadang mengganggu mengetuk pintu berdentum-dentum, meminta di buka pintu. Apabila puteri masuk ke dalam dan bersantai memerhati kerjaku akhirnya aku terpaksa buat kerja lagi lebih masa kerana dia menconteng pula buku rekodku.


Sabtu, 14 Januari 2012

Awas Bedak Talkum Boleh Undang Kanser Ovari


Artikel ini adalah petikan akhbar lama. Tapi aku rasa perlu untuk berkongsi dengan semua orang dengan apa yang aku baca ini.

PULAU PINANG 17 Feb 2009.- 
Amaran!!! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari. Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini. Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat. Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari. “Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari. “Kanser ovari diketahui boleh membawa maut.
Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya. Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
“Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.
“Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi,” ujarnya.

Kenangan Mendaki Gunung Rabung Perasu, Gua Musang Tahun 1996

Sekali sekala melayari Facebook membuka ingatan silam pada teman-teman yang telah lama kutinggalkan. Semenjak detik terakhir kaki melangkah meninggalkan pintu pagar sekolah, itulah hari terakhir aku bersua dengan teman-teman persekolahan.
Setelah sekian lama aku terlupa pada mereka, hari ini mindaku terusik jua tatkala membelek album foto lama. Berkait dengan FB dan album foto lama, aku cuba meng'upload'kan foto-foto yang di ambil semasa Ekspidisi Perkhemahan Mendaki Gunung Rabung di Perasu, Gua Musang Kelantan. Kalau tak silapku tarikhnya sekitar bulan Mac tahun 1996. Ahli ekspidisi ini tidak ku ingat berapa orang tapi nama-nama teman yang masih aku ingat ialah, 
  1. Marizan Ismail
  2. Norasmawati Hassan
  3. Rokiah Bt Abd Wahab
  4. Zawatie
  5. Azila
  6. Azizah
  7. Rosmaria
  8. Saiful
  9. Yuzi
  10. Isma Dani
  11. Cikgu Yusuf 
  12. dan beberapa orang lagi ..
 Berapa hari camping? Aku pun lupa tapi rasanya kalau tak silap 3 hari juga berkampung di kaki dan puncak gunung yang tertinggi di Kelantan itu.
Aku walaupun berbadan kecil tapi semangat besar dan nyatanya semangatku goyah juga. Hari pertama pendakian aku berjaya sampai ke ..


Khamis, 5 Januari 2012

Hobi Lama Tapi Kesuntukan Masa


Mulai Oktober 2011 yang dah berlalu.. cerita bermula apabila aku mula mengemas kotak-kotak kat bawah tangga. Sebenarnya kotak-kotak itu terletak kat situ semenjak aku berpindah masuk ke rumah ini semenjak Januari 2010 lagi. Aku dapati kotak-kotak itu sangat kusam, berhabuk, bersawang dan ada setengahnya yang dah tak ada bentuk kotak lagi. 
Berdekatan dengan pintu stor itu aku letak mesin basuh dan nak di jadikan cerita paip air yang disambung ke mesin basuh telah bocor. Sikit sahaja bocor sebenarnya tapi air yang meleleh hampir setahun aku biarkan tanpa dibaiki sehinggalah hubby menegur apabila melihat alas tong beras basah. tong beras pula diletakkan bawah meja berdekatan dengan mesin basuh. Cerita pasal paip bocor tu pula, air yang meleleh tu telah membasahkan juga barang-barang dan kotak-kotak yang disimpan di dalam stor.
Cerita seterusnya pasal kotak-kotak itu pula.. aku terkejut juga melihat kotak-kotak yang dah tak serupa kotak itu. Cepat-cepat aku membuka kotak melihat isi dalamnya. Syukurlah buku-buku dan novel-novel aku masih dapat diselamatkan walaupun ada juga yang rosak teruk tapi tak sampai 10 buah novel yang rosak. Walaupun sedih juga sebab kehilangan buku-buku kesayangan itu tapi tak sanggup untuk aku menyimpannya lagi sebab ianya kini hanya sekadar jadi sampah terbuang sahaja. Yalah macam mana nak guna lagi kalau dah tak ada muka surat melekat jadi seketul buku bukan helaian lagi. Bila cuba diselamatkan nazak sangat sampai koyak tak dapat di baca lagi. Maka dengan pilunya aku terpaksa isi ke dalam plastik hitam dan menghumbannya ke dalam tong sampah besar dekat klinik.
Mana-mana buku-buku yang masih boleh diselamatkan aku bawa keluar dari stor. Aku terpaksa mengemas almari buku dekat depan pula. Kususun semula buku yang dah lintang pukang dikerjakan oleh anak-anakku. Aku susuk seeloknya novel-novel kesayangan itu. 
        Minat membaca bermula dari aku mula kenal huruf lagi. Tapi aku lebih suka baca majalah, novel dan buku-buku lain dari buku-buku sekolah. Aku rela berjaga malam semata-mata nak habiskan baca novel tapi aku hanya boleh bertahan sejam sahaja baca buku sekolah. Itu cerita lama.
Cerita pasal koleksi novel pula, banyak juga novel aku dipinjam oleh rakan-rakan terutama rakan adik-adik aku dan setengahnya tidak dipulangkan semula. Maka susutlah koleksi novelku. Sebenarnya juga dah lama aku tak mula membeli novel.  Seingatnya aku berhenti membeli novel pada tahun 2005.
Rentetan dari peristiwa selongkar stor bawah tangga aku memulakan semula hobi lama ini. Pada November 2011 lepas aku singgah di kedai Buku Banggol Kuala Krai. Belek punya belek aku pun belilah 3 buah novel bertajuk :
  1. Bingkisan Dari Hati karya Norhayati Berahim 
  2. Mikhail karya Ramlee Awang Murshid
  3. Hingga Ke Akhirnya karya Siti Nur Dhuha
Hampir seminggu juga aku habiskan masa untuk membacanya. Itupun disebabkan keterbatasan waktu yang melampau antara kerjaya, keluarga dan masa bermalasan menonton tv, keluar merayap dengan suami dan melayan kerenah si puteri Iskina yang macam-macam ada ..
Aku ingat gila baca novel akan berhenti sementara tapi sebab dah menjangkiti semula, bila keluar aje ke bandar Kuala Krai aku fobia sangat kalau tak singgah di Kedai Buku Banggol depan Econjaya tu. Maka pada 10 Disember 2011 aku beli pula novel :
  1. Cintamu Nadiku karya Norzailina Nordin
  2. My Love Playgirl karya Siti Nur Dhuha
  3. Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid
Sekarang ni aku dah khatam baca Cintamu Nadiku dan Bagaikan Puteri tapi masih belum-belum habis sampai hari ini novel My Love is Playgirl tu.. Entah kenapa aku jadi liat sangat nak habiskan novel ni. Bila balik rehat lunch hour kul 1.00ptg hingga kul 2.00ptg aku cuba juga baca lepas solat zohor tapi belum sampai muka surat ke-5 buku dah jatuh ke atas muka aku dan sedar-sedar jam loceng berbunyi pukul 1.50ptg masa untuk masuk kerja semula. Sehingga waktu ini aku sedang berhempas pulas untuk menghabiskan bacaan novel ini tapi saat ini aku hanya berjaya bertahan sehingga muka surat 583 sahaja.Nak habiskan ke muka surat 677 aku berhempas pulas melawan nafsu tidur.
Nak kata buku ini tak menarik tak juga. Bagi aku jalan cerita best juga walaupun kadang-kadang tak logik kebudak-budakkan tapi aku suka baca juga. Aku bertekad walau macam mana sekali pun aku nak tau juga macam mana kesudahan kisah Puteri Laila dengan Hasrul.Adakah mereka berkahwin atau Nazrul yang menjadi pilihan Puteri Laila. Bagaimana pula Hasrul dan Dady Puteri Laila jadi terpisah darjat. Sabarlah menanti..
Namun gila beli novel ni membara lagi maka pada 19hb disember 2011 aku beli pula 5 buah novel iaitu:
 
  1. 9 nyawa karya Ramlee Awang Murshid (RAM)
  2. 'Penunggu Rimba' Tombirou karya RAM
  3. Sutera Bidadari karya RAM
  4. Rayyan Fantasi karya RAM
  5. Cinta Sang Ratu karya RAM
Tapi bila balik rumah, aku terfikir macam familiar pulak sinopsis 'Penunggu Rimba' Tombirou.. Aku pun belek kat kabinet buku. Adui.. tensionya.. menyesal dan menyesak dada rasanya. Aku rasakan bagaikan tertipu sangat. Kenapalah aku ni excited sangat nak baca karya RAM. Rupa-rupanya tajuk memang sama, penulis adalah orang yang sama, cerita dalam adalah sama tapi kulit luar memang tak sama. Rasa membazir sangat perabih duit RM19.90 tu. Tensionnya... Rupanya aku dah beli dan dah baca novel ini pada 1 November 2003. Patutlah aku tak perasan sangat ke tajuknya sebab dah 8 tahun aku baca buku itu.
Bercerita pasal novel Ria Qistina pula belum lagi aku baca novel ini Puteri kesayanganku Tyra Iskina telah mengoyakkan kulit novel Ria Qistina. Melenting jugak aku. Memang dapat cubitan free kat peha sampai merah juga aku melepaskan amarah kat puteri kecil aku itu. Apa yang menjadikan aku hangin satu badan ialah dia sendiri yang bawa novel itu kepadaku dan katanya, 
"Mama.. tia dah koyakan buku mama,.."
dengan muka selamanya Tyra serahkan novel yang dah koyak kulit depan tu kat aku. Aku pula dengan mata terjegil dan tangan yang ringan mensasarkan peha Tyra yang ketika itu berseluar pendek .Merah juga kulit puteriku itu. Tapi dia hanya cakap, Tia koyak aje..


Pada 29hb Disember pula, aku , hubby dan anak-anak pergi ke bandar Machang. tujuan sebenarnya nak check claim OT aku dah masuk ke lum. Lepas ke bank ternampak Kedai Buku Banggol cawangan Machang. Aku pun ajak anak-anak masuk. Selain beli keperluan sekolah anak-anak aku sempat lagi sambar 3 buah novel iaitu :
  1. Cinta 365 Hari karya Norzailina nordin
  2. Rindu di Awan Biru karya Meen Zulaikha
  3. Bulan Berbisik karya Samsiah Mohd Nor
Buat masa ini ianya menjadi koleksiku sahaja kerana aku belum berkesempatan untuk membacanya. Sekarang aku mempunyai 8 buah novel yang menunggu untuk di baca.

Ini foto Zaza  Azfar pu teraku yang ke-3






Rabu, 4 Januari 2012

Aku Fenin Lalat

Kekadang terasa sukar untuk memahami seseorang. Semalam dia kelihatan okey dan amat menyenangkan. Tiba-tiba tengah hari apabila di sapa dia seolah tidak mengenali kita. Senyuman yang di balas juga hanya di hujung bibir sahaja.

Kasi Laju Sket..