Isnin, 14 Oktober 2013

Sephia Bab 4


BAB 4

Pasangan itu kelihatan sangat bahagia. Pia menyandar kemas dalam pelukan Ayin. Suaminya itu tersandar di sofa panjang merah terang sambil matanya memandang peti televisyen yang sedang menayangkan cerita kungfu lakonana Jackie Chan.
Pia menggigit kacang kemudian menyuapkan ke mulut Ayin. Pia menjerit kecil apabila Ayin berpura-pura menggigit jarinya. Mata Ayin tidak lepas dari memandang skrin televisyen. Pia mencuri peluang itu mendongak memandang wajah suaminya.
Pia sendiri bagaikan tidak percaya akhirnya dia menajdi milik lelaki yang pernah dipanggil Pakcik. Dia sendiri hairan bagaimana dia boleh bersetuju menerima lamaran lelaki itu. Mereka juga tidak mengambil masa yang lama untuk berkahwin. Dulu dia tidak tahu bagaimana ayah dan mak hendak berhadapan dengan Ayin yang sebaya mereka. Kematangan Ayin benar-benar memikat hati Pia.
“Mana kacang lagi sayang?”
“Dah habislah abang,” jawab Pia tergelak kecil.
“Tu kat dlam mulut sayang. Bagilah dekat abang,” usik Ayin sambil memuncungkan bibirnya.
“Betul abang nak?”
“Hei..! Isteri abang ni. Kenapalah tak boleh ke?”
“Okey.. nganga biar Pia suapkan.”
“ Hem... Pia suapkan dengan mulut Pia sendiri ke mulut abang ya !”
“Abang ni...” jerit Pia manja.
Pia tersenyum-senyum dan bangun. Dia merapatkan mukanya hampir dengan Ayin. Ayin membuka mulutnya luas. Pia menolak kacang yang ada di dalam mulutnya ke mulut Ayin dan.....
Ayin terus menggomol Pia. Meronta-ronta seketika. Ayin tidak henti-henti mencumbui bibir Pia.
“Abang..! Bagilah Pia bernafas sekejap..” jerit Pia meronta-ronta. Ayin tidak mempedulikan rengekan Pia dan terus mencumbui isterinya.
Telefon tangan milik Ayin tiba-tiba berbunyi. Pia tersenyum lega. Ayin meraba-raba telefon di atas meja di sisinya tanpa melepaskan kucupan di bibir Pia. Pia ingin bangun tetapi Ayin terus menariknya duduk.
“Yes.. Ya..” Ayin bercakap sebentar di telefon. Dia mengeluh keras. Pia memandang wajah suaminya hairan.
“Abang kena jumpa kawan malam ni sekejap. Ada hal penting,” seperti biasa Ayin memberitahu Pia tanpa disoal. Hal penting? Pia sendiri tidak pernah bertanya apa dia hal penting itu.
Ayin memeluk Pia kemas. Mencium dahi,mata, pipi dan bibir Pia hangat. Akhir sekali dia menyembamkan mukanya ke dada Pia. Menggesel hidungnya seketika dan menggigit lembut. Pia membalas pelukan suaminya dan mereka sama-sama tertawa kecil penuh kebahagiaan. 
“Bangunlah Pia. Dah dekat maghrib ni. Abang pun nak mandi,” Ayin menggoncang lembut badan Pia. Pia terlena di dalam dakapannya di atas sofa panjang merah itu. Pia merenggek kecil enggan bangun.
“Sayang.. bangunlah. Abang nak keluar pulak ni..”
Pia bangun dengan malas. Dia mendepakan tangannya mengurangkan lenguh. Membuat senaman ringan. Dia kemudian membetulkan pakaian di badannya. Sebelum berdiri tegak dia melayangkan kucupan di pipi Ayin dan terus berlalu. Ayin mengemas semula kusyen dan bantal kecil yang bertaburan di lantai. Dia juga menutup televisyen, mengambil bekas kulit kacang dan mengikut pintu yang dilalui oleh Pia tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..