Selasa, 16 Julai 2013

Sephia.. Bab 3 (ii)

Perlahan-lahan ditolak pintu bilik tidur. Dia menjengok kepalanya ke dalam bilik. Di atas katil batang tubuh isterinya tidur menelengkup memeluk bantal.
Apa hal pulak ni? Dia bertanya di dalam hati kerisauan. Langkahnya diatur perlahan menghampiri sisi katil. Dia berdiri seketika memerhati batang tubuh isterinya dengan penuh persoalan.
“Pia , kenapa ni sayang?” Dia menepuk bahu Pia lembut. Pia tidak bergerak. Bila dia menyeru sekali lagi nama Pia sambil membelai rambut isterinya barulah Pia mengangkat wajah. Mata Pia sembab dan bengkak.
“Kenapa ni sayang?” Ayin bertanya hairan. Kucupan lembut hinggap di dahi isteri tercinta.
Pia menolak badannya dan bangkit. Lantas dipeluknya tubuh Ayin. Hampir terdorong lelaki itu dengan reaksi spontan isterinya.
“Abang..!” Pia menangis lagi. Ayin bertambah hairan.
“Kenapa Pia? Ala.. jangan bimbang. Abang tak marahlah Pia keluar shopping sorang-sorang tu..” pujuk Ayin lembut sambil membelai-belai rambut Pia.
“Abang.. Pia...! Bukan pasal tu. Pia tengah sedih ni. Biarkan Pia menangis dulu..Rasa sakit dada Pia ni abang..!” Rintih Pia seperti anak kecil. Ayin tertawa . Dia memeluk semakin erat. Dikucupnya ubun-ubun Pia dengan penuh kasih sayang.
“Okey..! Okey..! Menangislah. Lepas tu ceritalah kepada abang,” Pujuk Ayin lagi. Pia betul-betul menangis di dalam pelukan Ayin. Hampir lencun baju Ayin di bahagian dada dek air mata Pia. Lenguh juga Ayin menahan berat tubuh Pia. Bila esakan Pia tidak kedengaran lagi, Ayin memegang bahu Pia. Dia meleraikan pelukan. Merenung wajah Pia. Teruk juga wajah Pia bila menangis. Ayin menggeleng-geleng kepalanya. Dia mengucup pipi dan dahi Pia.
“Terima kasih abang. Pia dah rasa lega sikit,” cetus Pia malu.
“Apa sebenarnya yang mengganggu fikiran Pia? Ceritalah abang bersedia mendengarnya,” pujuk Ayin lembut penuh pengertian.
“Tak ada pa-apalah abang. Pia dah okey ni..” balas Pia dan merebahkan badannya ke bahu Ayin sekali lagi. Ayin membelai-belai rambut Pia sambil tidak berhenti-henti mengucup rambut isterinya. Dia kemudian merebahkan badan Pia ke atas tilam dan dia juga sama-sama rebah memujuk Pia.
Jam berdenting enam kali. Ayin tiba-tiba melepaskan pelukan.
“Ala sayang ! Abang nak mandilah dulu,”
“ Maafkan Pia. Abang pergilah mandi dulu. Biar Pia sediakan pakaian abang. Lepas tu Pia pun nak mandilah juga..”
“Pia marilah mandi dengan abang.” Ajak Ayin yang sudah membaluti tubuhnya dengan tuala mandi. Pia sedang menukar pakaiannya.
“Abang mandilah dulu.”
“Marilah kita mandi sama-sama...”
“Tak naklah..”

Ayin terus mendokong Pia dan menolak pintu bilik air. Pia mulanya meronta-ronta tapi kemudian membiarkan sahaja apabila Ayin meletakkannya ke dalam kolah mandi. Dia juga membuka paip dan mengambil syampu mandian lalu dituang ke dalam kolah. Kemesraan itu disulami bunga-bunga bahagia bagi pasangan yang masih bergelar pengantin baru itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..