Sabtu, 6 Julai 2013

Bab 3 - i

BAB 3 

Bab 3(i)

Apabila sampai di rumah, Pia terus menuju ke biliknya. Dia menangis tersedu-sedu. Kenapa mesti aku jumpa abang Sham semula? Kenapa...??? Pia menumbuk bantalnya geram.
 “Pia..! Abang terpaksa. Keluarga abang tu..”
“Abang nak apa lagi? Abangkan dah jadi doktor...”
“Mak abang Pia. Mak abang paksa juga abang ikut kehendak dia. Tiga tahun aje abang pergi oversea...”
“Lepas tu balik nanti. Abang jadi engineer. Pia lebih suka abang jadi doktor..”
“Pia.. fahamilah masalah abang..”
“Sudahlah..! Tiga tahun tu jangkamasa yang panjang. Macam-macam boleh berlaku. Entah-entah abang balik ke sini nanti, mak abang dah ada calon untuk abang,”
“Tak.. abang sayangkan Pia. Sebab tu buat sementara waktu ni, abang kena ikut arahan mak. Nanti lepas ni senang nak pujuk..”
“Pia tak sanggup bang.. Atau abang memang sengaja nak lari dari Pia..”
“Tidak Pia.. Abang sayangkan Pia..”
“Kalau abang sayangkan Pia, tolong jangan pergi okey.”
“Abang...abang..” Lama mereka membisu. Pia mengorak langkah, menjauhkan diri dari sisi Abang Sham. Dia cuba menumpukan perhatian ke arah seekor burung yang sedang bertenggek di dahan pokok meranti.
“Baiklah,.. kalau begitu, senang cerita aje kita putus. Abang tak dapat buat keputusan sendiri. Pia tak nak paksa abang..”
 “Pia..”
“Abang memang saja nak mainkan Pia. Pia benci abang.” Pia menangis tersedu-sedu. Hatinya terasa amat sakit. Perit. Terasa diri dipermainkan. Dia berlari ke jalan raya meninggalkan Sham di dalam keretanya. Pia menahan teksi dan berlalu dari situ.  Sham memanggil nama Pia dan cuba mengejarnya tapi Pia menghilang dilarikan teksi. Selepas itu Sham cuba menghubungi telefon Pia tapi setiap panggilan tidak dijawab. Sham juga mengunjungi rumah sewa Pia tapi Pia enggan berjumpa.
Akhirnya Pia mendapat tahu, Sham telah berangkat ke luar negeri. Hati Pia amat merana. Dia rasa amat kecewa. Lebih-lebih lagi dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Sham meninggalkan seribu kenangan dan kedukaan dalam hidupnya.
Airmata Pia terus meleleh mengingatkan semua detik dan peristiwa itu. Terlalu sukar untuk dikikis kenangan kisah cinta antara dia dan Sham. Pia terus menangis dan menangis. Dia tidak pedulikan matanya yang bengkak sebab menangis.
Sejam selepas itu baru Ayin balik. Dia hairan melihat pintu pagar tidak berkunci. Begitu juga pintu rumah.

“Pia..” Ayin memanggil nama Pia tetapi tiada jawaban. Ayin berkejar ke bilik rehat, dapur dan tiada sesiapa. Lantas dia berlari ke bilik tidurnya. Pintu bilik tidur bertutup rapat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..