Isnin, 1 Julai 2013

Cinta dihatiku.... Sephia Bab 2

Bab 2

“Phia, abang tak balik lunch! Sorry aaa…” Pia merenung nasi dan lauk pauk yang dimasaknya terhidang di atas meja. Terkilan juga apabila dia penat-penat memasak tapi Ayin suaminya tidak balik makan.
Pia mengadap hidangan tengahari itu sendirian. Dia makan sedikit sahaja. Selebihnya dia simpan dan bercadang untuk panaskan bila Ayin balik malam nanti. Ruang dapur yang sederhana luas itu menempatkan  sebuah meja berbentuk pulau dengan sinki di tengahnya. Di situlah tempat Pia menyediakan makanan dan bahan masakannya. Pia menikmati hidangan di sebuah meja makan berbentuk bulat berkerusi enam . Pia mengemas semula meja makan. Dia membersihkan pinggan mangkuk yang telah digunakan dan mengelapnya lalu di susun kemas ke tempatnya.
Kemudian dia keluar ke bilik rehat dan bersantai di situ. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa panjang warna merah terang tempat yang biasa dia dan Ayin berehat bila di rumah. Pia tidak tahu apa yang hendak dibuat. Dia merenung jahitan cross-stich gambar sepasu bunga matahari yang sudah bertahun terbengkalai.
“Larat ke kau nak habiskan kerja ni Pia?” Somy rakan baik sekuliah pernah menanyakannya. Kerja tangan itu sudah lama terbengkalai. Dia pernah memberitahu Somy dia akan cuba juga untuk menyiapkannya walau mengambil masa yang lama. Pia membelek kerja tangannya itu. Dia bercadang untuk menyambung semula hasil seninya itu.
Kelekaan bersendirian itu menyebabkan bahunya terasa lenguh dan sakit. Pia merenung jam di dinding. Patutlah dah satu jam lebih dia membuat kerjanya itu. Matanya juga sudah hampir sakit, pening mengira petak-petak kecil itu. Hanya bahagian pasu yang telah berjaya disiapkannya. Kalau ikutkan hati dia memang tidak sanggup untuk menyiapkan kerja-kerja sebegini. Leceh. Lebih baik beli sahaja di kedai, tak payah buang masa dan tenaga bersengkang mata menyiapkannya.  Jam di dinding sudah menghampiri ke pukul 2.15 petang. Pia mengemas semula peralatan kraftangannya itu. Dia belum lagi bersolat zohor.
Pia mengeliat seketika. Meluruskan sendi-sendi yang terasa lenguh dan ngilu. Bekas plastik beg berwarna kuning itu di letakkan kembali ke dalam gerobok laci paling bawah di bilik rehatnya. Pia bangun menuju ke kamarnya. Dia bercadang untuk mandi menyegarkan diri dan bersolat zohor seterusnya keluar bersiar-siar.Pia cuba menelefon Ayin tetapi tidak berjawab. Dia meninggalkan pesanan SMS kepada suaminya itu memberitahu dia keluar dari rumah.
Dia bercadang untuk keluar bersiar-siar sambil shopping. Bersendirianlah. Mula-mulanya dia bercadang untuk mengajak Tintin yang tinggal tidak jauh dari rumahnya tetapi kelihatan sunyi dan telefonnya juga tidak berjawab. Lantas dia terpaksa keluar bersendirian. Setengah jam selepas itu Pia mengeluarkan kereta Myvi Putih miliknya dari garaj, memandu perlahan keluar dari kawasan perumahan itu. Dia tersenyum dan mengangkat tangan apabila pengawal yang menjaga pintu pagar di situ memberi tabik hormat kepadanya. Dulu, semasa dia mula-mula datang ke situ, dia terkejut bila dilayan sebegitu. Apabila diberitahu kepada Ayin, suaminya itu tergelak besar.
“Piakan isteri abang. Di sini abang pegawai atasan…” jelas Ayin sambil ketawa besar.
Pia memandu keretanya laju di atas aspal hitam selepas memasuki tol Sungai Besi. Hampir setengaj jam kemudian dia sudah berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pusat membeli-belah di kawasan itu sibuk seperti biasa. Tempat meletak kenderaan juga hampir penuh. Pia bercadang untuk ke Maju Juntion sahaja. Pusat membeli belah itu sibuk seperti biasa di kunjungi pelanggan tetapi di waktu begini keadaan masih tenang mungkin masih ramai yang berkerja di pejabat belum tamat waktunya. Pia memasuki sebuah butik pakaian wanita. Dia ingin membeli sepasang gaun malam kerana Ayin ada mengajaknya untuk menghadiri satu majlis makan malam rasmi di tempatnya. Pia leka membelek sehelai gaun warna biru muda dari kain sutera. Gaun labuh itu sesuai dan kelihatan secocok untuk Pia. Gadis promoter juga sibuk melayani dan memujinya. Pia rimas juga dengan layanan sebegitu. Dah kerja dia untuk pujuk pelanggan membelinya…
Akhirnya Pia membeli juga gaun malam itu walaupun harganya agak mahal. Pia juga singgah di kedai pakaian lelaki. Dia bercadang untuk membeli sepasang kemeja untuk Ayin.
Tanpa disedarinya sepasang mata  kuyu milik seseorang sedang mencuri memandangnya. Pia leka membelek baju kemeja yang tergantung di situ. Dia berkenan dengan sepasang kemaja jenama Orlando. Harganya berpatutan dan dia menarik keluar baju itu tetapi saiznya tidak sesuai untuk Ayin.
“Boleh saya tolong cik?” tegur seorang jurujual perempuan.
“Ya, boleh tolong carikan saya Saiz L untuk saya,” jawab Pia dengan senang hati.
Setelah selesai Pia menjinjing beg membeli-belah dan menuju ke tempat parking di tingkat atas. Dia menaiki eskelator ke tempat parking.
Pia membuka pintu kereta dan meletakkan beg yang dijinjingnya ke tempat duduk belakang. Dia tidak mempedulikan seorang lelaki yang sedang memerhatikannya dari tadi. Pia membetulkan kaca mata hitamnya.
Belum pun sempat dia membuka pintu kereta bahagian pemandu, lelaki di kereta sebelah keluar dan menegurnya.
“Pia…!”
Pia berpaling dan terperanjat.
“Abang Sham..!” Terkejut Pia melihat lelaki yang sedang berdiri di sebelah keretanya. Menggigil lututnya melihat lelaki itu tersenyum manis kepadanya.
Ketika itu juga telefon tangan Pia berbunyi. Pia tergaman. Benar-benar tergaman. Dia memandang lelaki itu dan telefon di dalam beg tangannya silih berganti.
“Jawab panggilan itu dahulu.”
Pia membuka begnya dengan tangan yang menggigil. Dia melihat ke arah nombor yang terpampang di skrin telefonnya. Ayin. Getusnya perlahan. Dia memusing membelakangi lelaki itu dan menjawab panggilan itu.
“Pia kat mana ni?” Suara Ayin dihujung sana.
“Pia, keluar shopping kat KL ni..”
“Dengan siapa?”
“So..so..sorang bang..” Suara Pia tergagap.
“Kenapa ni yang.. Tak sabar-sabar keluar sampaikan tak beritahu abang.”
“Maafkan Pia bang. Pia dah telefon abang. Tak jawab. Pia dah tinggalkan SMS. Abang sibuk agaknya. Abang baca tak SMS Pia?”
“Dah baca. Sebab tu abang telefon.”
“Pia dah habis shopping. Dah nak baliklah ni.”
“Baiklah. Abang tunggu Pia kat rumah.”
Panggilan diputuskan. Pia menyimpan semula telefonnya ke dalam beg tangan.
“Patutlah abang telefon tak dapat. Pia dah tukar nombor telefon ya.” Tegur Abang Sham sinis. Pia serba salah.
“Bila.. bila abang Sham balik sini?”
“Kenapa ni Pia? Pia tak suka jumpa abang? Pia masih marahkan abang?”
Pia diam. Dia berdiri kaku sambil bersandar ke  keretanya. Wajahnya tunduk memandang ke bawah.
“Dah lama kita tak jumpa. Abang betul-betul rindukan Pia.”
Pia masih membisu.
“ Jom temankan abang,” Abang Sham masih seperti dulu. Mesra. Pia menggeleng kepala.
“Kenapa ni Pia.Pia tak suka jumpa abang?”
“Maafkan Pia , abang Sham. Pia kena balik.”
Pia cepat-cepat masuk ke dalam keretanya. Abang Sham cuba menahannya tapi Pia cepat-cepat menghidupkan enjin keretanya. Dia segera mengundurkan keretanya dan berlalu dari situ. Meninggalkan lelaki itu terpana dengan tindakannya. Sham menjadi hairan dengan tindakan Pia. Kenapa? Apakah masih marah seperti dulu?
Sham masuk ke dalam keretanya. Dia ingin mengikuti Pia dari jauh. Dia ingin tahu di mana Pia tinggal.
Sham menjadi hairan melihat Pia memasuki kawasan Kem Tentera. Kenapa? Dia tinggal di sinikah? Dia memerhati dari jauh. Setelah dilihat kereta Pia menghilang di dalam kawasan Kem itu barulah dia memberhentikan kereta dan menuju ke pondok pengawal.
“Hello .. Encik boleh tumpang tanya?” Sham bertanya kepada kakitangan yang sedang berdiri di pintu pagar.
“Ya encik. Boleh saya bantu?”
“Oh! Ya, sebentar tadi saya lihat kereta kawan saya masuk ke sini.”
“Kereta siapa encik?”
“ Syafiani kawan saya tu.Dia memandu kereta Myvi Putih bernombor pendaftaran…” Sham menyebut nombor kereta Pia.
“Oh! Itu Puan Syafiani. Isteri Mejar Shahrin.”
“Isteri Mejar Syahrin?” Terkejut Sham mendengar penjelasan pengawal itu.
Pia.. !!! Jeritnya menyeru nama Pia dalam hati. Dia melangkah longlai menuju ke keretanya.Pia kenapa ini yang harus menimpaku. Apa silap abang. Seingatnya belum pun setahun dia meninggalkan Pia kerana ke UK.

Sham kembali ke rumahnya dengan perasaan yang kecewa. Dia merenung siling rumahnya. Kosong. Sekosong fikirannya. Rumah ini tidak sampai sebulan didiaminya. Sudah lama dibelinya dan dia merancang untuk mendudukinya bersama Pia. Hari ini perancangannya hancur sekelip mata. Dia berharap sekembalinya ke sini dia akan membuat kejutan tapi tidak disangkanya dia yang akan terkejut. Dia rasa benar-benar terpukul dengan keadaan sekarang. Pia, apa salahku? Kenapa ini yang harus berlaku kepada kita?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..