Khamis, 27 Jun 2013

Cinta di hatiku... Sephia

Aku masih mencari tajuk yang sesuai untuk cerita ini. Endingnya masih jauh lagi..
Cerita berkaitan Sue tidak dapat aku teruskan atas sebab yang pernah aku coretkan sebelum ini...
Aku masih mencari idea baru untuk menamatkan keresahan di hati Sue.
Aku telah beberapa kali edit cerita Sue... tapi penyudahnya amat tidak memuaskan hatiku.
Untuk mengurangkan kerinduan beberapa peminat aku dalam diam.(Bangga juga sebab dah ada peminat yang sentiasa menyokong usahaku ini walaupun hasilnya entah ke mana dan mungkin mengecewakan.)

Untuk tidak menghampakan pengunjung setia yang tidak jemu melayari blog usangku ini... Aku persembahkan epilog ceritaku yang berkaitan dengan kerjayaku...
Ceritaku ini seimbas lalu bagi yang mengenaliku mungkin mengaitkan ceritaku dengan hidupku tetapi sebenarnya ianya hanyalah khayalan imagnasiku sahaja. Mungkin berkait sedikit sahaja tapi untuk aku nafikan 100% tidak juga tetapi percentage pertautan itu memang ada.
Kisah kali ini berkisar tentang seorang gadis yang bernama Sephia, nama manjanya... dan ceritnya pun bermula di sini...
Saya juga perlukan komen anda untuk saya berkarya lagi...



Bab 1

 

Kini abang Sham kembali. Tapi untuk apa? Pia tidak sanggup lagi untuk mengingati kisah silamnya. Dia seboleh-bolehnya ingin melupakan kisahnya bersama Sham. Terlalu pahit rasanya untuk dikenang.

“ Cik Syafiani.. you kenal Sham bukan. I nak ingatkan you..usahlah nak berangan nak berkahwin dengan dia. Sedarlah sikit siapa diri awak tu..!!!!!”

“Saudari ni sapa?”

“Salmiza bakal isteri Sham,… Bila dia balik dari oversea nanti kami akan kahwin.. cincin ini buktinya..”

Pia masih ingat warna biru Sephire di jari perempuan tersebut. Sungguh cantik cincin itu.

Rentetan dari peristiwa itu lama juga dia mengambil masa untuk melupakan Sham. Lebih-lebih lagi  apa yang Sham lakukan pada dia. Sebuah kenangan yang sukar untuk ddilupakan. Begitu pahit dirasakan.

“ Pia, lupakan Sham. Engkau cantik, ramai lagi lelaki yang terkejarkan kau..” Zaida pernah berkata padanya.

“ Ya, Pia.. kalau kau nak aku boleh kenalkan kau dengan Mahes..”

Bermacam-macam  pujukan  diberi kepadanya. Kerana peristiwa dia dan Sham, Pia jadi tidak keruan. Semenjak hari itu kehidupan Pia terus berubah. Pia terus membilang teman lelaki . Mana-mana yang terpikat dengan kecantikannya digoda habisan tetapi tidaklah sampai melibatkan maruah diri. Dia pintar memainkan perasaan lelaki. Tetapi suatu hari dia hampir tertewas apabila salah seorang dari mereka cuba membuat tidak senonoh pada dirinya di tempat letak kereta.

“ Apa ni Din. Jangan buat macam ni. Pia tak suka..”

“Din.. kau dah gila ke..”

“Pia..kalau dengan Sham boleh, kenapa dengan aku tak boleh…”

“ Din.. kau gila.. Jangan sentuh aku ,” Pia terus meronta-ronta apabila Din mula memegangnya kasar. Din memeluknya dan menolak tubuh Pia ke arah dinding.

Tiba-tiba …buk..Tubuh Din terlentang. Tersasar kebelakang. Pia menjerit, melolong dan menutup  mukanya. Bila dia membuka mata dia sudah berada di hospital .

Betapa malunya di saat itu apabila ramai yang mengerumuni dirinya terutama kakitangan lelaki yang nakal.

“Lain kali hati-hati Sephia..” macam-macam nasihat diberikan. Berbagai-bagai persoalan diajukan kepadanya.

“Awak mesti buat laporan polis Sephia,” Cadang seorang staf  lelaki lain.

“No..No.. Saya tak mau.. , Saya taka pa-apa…..” Pia menggeleng kepala sambil tangannya menerawang tidak tentu arah. Dia tidak dapat membayangkan nanti apabila dia akan di soal siasat oleh polis dan kemudian doktor akan memeriksanya seperti kes-kes yang pernah dilihat sebelum ini.

“ Habis tu awak nak biarkan dia bebas..?”

“No..saya tak apa..”

“ Syukurlah.. nasib baik abang itu tolong engkau,”  Zaida membebel..

“ Sapa tolong aku?”

“Eh..! Teruk betul kau ni,..Orang yang tolong pun kau tak kenal,”

Akhirnya dia dapat tahu orang yang menolongnya. Dia amat berterima kasih kepada orang itu.

“Terima kasih abang Syahrim kerana menolong saya,”…

“Abang Ayin, Pia dapat dekat Pahang,” suara Pia begitu ceria di telefon. Dia tertawa dan bercerita dengan gembira. Mak Yah tersenyum mendengar perbualan anak gadisnya itu.

“Betul ke abang nak datang masa konvo Pia?” terjerit-jerit kegembiraan gadis itu mendengarnya. Mak Yah yang mencuri perbualannya mengeleng kepala dengan gelagat Pia. Perhubungan Pia dengan orang yang menolongnya akhirnya bertambah baik dari hari ke hari.bertambahn mesra.

“Pia tak ada boyfriend..” Pia tertawa lagi.

“Ada.. ada.. dah ada sekarang ni.. Abang Ayin lah boyfriend Pia sekarang,” ujar Pia dan ketawa mengekek. Ketika itu dia dan Ayin sedang minum di restoran Mc Donald Mentakab. Pia yang memakai baju t’shirt pink dengan rambutnya separas bahu kelihatan jelita dengan lipstick warna sama yang menyerlahkan seperti anak remaja. Jam tangan bermuka besar juga dari warna yang sama. Sepit rambut juga berwarna pink. Hari ini adalah hari pink untuk Pia. Ayim tersenyum melihat keceriaan Pia. Dia menjeling bungkusan coklat untuk Pia yang berwarna pink juga.

“Bukan abanglah, orang lain..” tingkah Ayin. Dia tahu Pia hanya bergurau. Pia tidak akan serius untuk sesuatu perkara sekiranya dia masih boleh ketawa mengekek. Hampir setahun mengenali Pia, dia seakan sudah tahu rentak hati gadis cantik di depannya itu. Senang di dekati tetapi sukar untuk digapai. Sentiasa ceria dan tidak lokek senyuman. Dia pernah melihat Pia dimarahi seseorang tapi Pia masih boleh tersenyum. Beruntunglah siapa yang memiliki gadis itu.

“Entahlah abang.. Sebenarnya Pia sudah tawar hati untuk bercinta..” Suara Pia sedikit kendur. Ayin memahami. Kisah Pia dengan Sham pernah di ceritakan oleh Pia.

“Habis tu pak we Pia yang ramai-ramai tu..” usul Ayin menduga.

“Pia tak ada yang betul-betul steady lagi kini…” Pia terus bercerita dan bercerita.

“Izan kawan Pia dah kawin. Aisyah pula ajak kenduri dia minggu depan,” sambung Pia lagi.

“Habis kenduri Pia bila..”

“Sapalah yang nak orang macam Pia ni..”
“Pia kan cantik..”

“Cantik luaran sahaja bang. Tapi dalaman Pia sakit,”

“Kenapa cakap macam tu?” Pia terdiam. Dia menguis air yang menitis di gelas dengan hujung jarinya.

“Betul Pia tak  ada yang steady ni?” Duga Ayin lagi.

“Betul bang..” Pia mengangguk perlahan. Wajahnya berubah mendung.

“Habis tu Pia tak nak berkahwin ke?”

“Tengok orang lain ada pasangan masing-masing teringin juga. Tapi bila fikir nasib diri Pia tawar hati.”

“Pia lupakanlah kisah semalam tu. Fikirlah hari esok dan masa depan Pia. Pia masih muda. Masih banyak yang Pia boleh capai dan perbaiki..” nasihat Ayin ikhlas.

“Pia menyerah jodoh pada Tuhan. Pia beritahu mak dan ayah biarlah mereka yang cari jodoh untuk Pia. Pia ikut sahaja pilihan mereka..” Suara Pia perlahan. Dia tunduk merenung gelas minuman di depannya. Bila dia mengangkat wajahnya, pandangannya bertembung dengan mata lelaki di depannya itu.

“Betul ke ni Pia?..” Lelaki itu tersenyum menduga.

“Betul bang..” jawab Pia lirih.

“Pia seperti orang kecewa,” ujar lelaki itu separuh mengusik.

“Mungkin ya bang..”

“Kalau abang ubati kekecewaan itu?” duga lelaki itu sambil merenung wajah Pia dengan senyuman menggoda.

“Abang jangan buat lawak, tengahari buta ni bang..” Pia tertawa kecil.

“Abang serius ni Pia. Kalau abang jumpa orang tua Pia macam mana?” tambah Ayin sambil merenung mata Pia. Wajah Pia pucat. Dia merenung wajah lelaki di depannya tidak berkelip-kelip. Lelaki itu mengangguk dan perlahan-lahan meraih tangan Pia di atas meja.

“Tapi… kita tak pernah bercinta bang..” balas Pia polos. Dia menarik tangannya dari sentuhan Ayim.

“Kita bercinta selepas berkahwin…” usul Ayin lagi.

“Pia tak layak jadi isteri abang,” Suara Pia bernada pilu.

“Kenapa?”

“Abang lelaki baik. Pia pernah ternoda bang.” Airmatanya meleleh di pipi Pia. Lelaki itu hanya tersenyum. Dia melepaskan tangan Pia.

“Abang ikhlas ingin memperisterikan Pia. Bagi abang, apa yang berlaku sebelum ini tidak perlu diungkit. Mungkin masa itu Pia terlalu alpa. Yang pentingnya hari ini, dan hari esok dan seterusnya. Abang tidak pedulikan kisah silam Pia. Abang hanya kenali Pia hari ini dan esok dan itulah Pia yang abang kenali .” Begitu luhur luahan lelaki itu.

Air mata mula bertakung di kelopak mata Pia dan akhirnya Pia menangis tersedu-sedu. Hilang sudah keceriaan pinkky girl itu. Mujurlah semasa itu tiada pelanggan lain di situ. Kerusi yang dipilih agak tersorok. Ayin serba salah juga melihat Pia menangis. Dia menghulurkan tisu Mc D yang masih bersih untuk Pia sapu airmatanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..