Khamis, 30 Mei 2013

Sue... Tega Kuhadapi Realiti ini.... 10

Kali ini kemaafan di pinta kerana tidak dapat menyiarkan sambungan cerita Sue. Masalah berlaku apabila saya telah menukar laptop baru dan memformat laptop lama maka skrip-skrip asal telah terdelete. Saya hanya menyedarinya apabila hard disk lama telah diformat beberapa kali kerana masalah virus.
Skrip asal di atas kertas 'kajang' pula telah keterlupaan kotak mana di simpan. Saya perlukan masa untuk mencari idea skrip baru atau menyelongkar stor bawah tangga untuk mencari skrip asal.
Rasa kecewa juga kerana tidak dapat berkongsi karya saya di sini dan kesibukan dengan tugasan harian menyebabkan idea baru juga kekeringan, maka saya mengambil keputusan menyepi diri sahaja.
Terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah di sini dan memberi saya idea serta semangat yang masih bersisa untuk terus berkarya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..