Ahad, 5 Mei 2013

Sketsa Musim PRU

Waktu ini jam di laptop aku menunjukkan pukul 1.59 pagi. Hari ini adalah hari Ahad bersamaan 5hb Mei 2013. Hari ini seawal 8.00 pagi aku bercadang untuk  keluar . Ke mana lagi kalau bukan ke tempat pembuangan undi. Aku mulanya bercadang untuk tidur di rumah bonda kerana tempat pembuangan undi lebih dekat berbanding dengan rumahku sendiri. Namun atas beberapa hal yang belum selesai aku mengambil keputusan tidur bertemankan bantal peluk di katil kamarku. Malam ni aku hanya menerima beberapa sms sahaja dari teman. Ada yang bercerita berkaitan parti politik dan ada yang bercerita pasal 'Dinner' yang akan berlangsung pada 19hb Mei nanti.
Aku mengambil peluang bersendirian seharian ini tidak keluar ke mana-mana kerana rimas sangat untuk berada di luar di musim Pilihanraya ini. Kerimasan utama adalah berada di atas jalan raya. Semalam aku mengambil masa hampir sejam untuk melintasi jalan berdekatan simpang keluar dari rumahku untuk ke rumah bonda. Memang aku rasa ingin menangis waktu itu kerana melihat kenderaan bersusun-susun di atas jalan raya mustahil aku bisa menyelit diri dan melintas jalan yang sesak sebegini. Aku menjeling seketika di bahagian kananku. Kelihatan penyokong sebuah parti politik ghairah melambai menyambut pengundi lain yang baru balik dengan kenderaan. Bendera parti ditangan ditunjuk dan dilonjak penuh bersemangat. Setiap kereta yang lalu seolah-olah mahu dihentikan menunjukkan semangat juang yang tinggi namun pada pandangan dangkalku, suasananya ternyata berbeza. Arus kenderaan menjadi semakin sesak dan suasana sedikit kecoh. Hon dan laungan serta bunyi trompet membingitkan telinga. Aku yang ingin melintas ini pun berasa cuak. Aku rasa kerja bodoh aje tu sebab ada beberapa orang anak muda berlari ke tengah jalanraya sambil menunjukkan bendera parti ditangan sehingga kenderaan berhenti di jalanan. Waktu itu juga aku memecut keretaku dengan agak gopoh melintasi jalan yang sesak kerana segelintir manusia yang menyusahkan pengguna jalanraya lain juga.
Lebih dikesalkan kerana sikap segelintir penyokong parti itu yang berkumpul beramai-ramai di tepi jalan sambil memekik dan menjerit ke arah pengguna jalan raya.

Apabila mereka terpandang kereta yang mempunyai logo, bendera atau poster parti lawan penyokong terbabit menjerit lebih kuat, memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat.

Penyokong terbabit dilihat dengan sengaja menghalang laluan tersebut hingga menyebabkan kenderaan kadang-kala terhenti seketika.

yang kecoh2 kat jalan raya tu.. tak habis2 konvoi n hon... agaknya begitulah keadaannya bila di padang mahsyar... bingung...kesana kesini.. tak tentu arah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..