Jumaat, 24 Oktober 2014

Pentingnya Asid Folik Untuk Wanita

Sebelum Mengandung Pastikan Anda Makan Pil Asid Folik:
Pesanan dari Unit Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Apa Itu Asid Folik ?
Asid folik adalah salah satu vitamin B yang sangat penting dalam kehidupan manusia.
Asid Folik diperlukan untuk merangsang kesempurnaan pembentukan saraf tunjang (Neural Tube) semasa peringkat awal mengandung iaitu 4 minggu pertama.
Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan saraf tunjang (Neural Tube Defect /NTDs).

Mengapa Asid Folik Penting?
Asid folik dapat mengurangkan kecacatan janin (birth defect) yang dipanggil kecacatan saraf tunjang (Neural Tube Defect/NTDs) seperti:
  1. Gangguan pada saraf tunjang (Spinal Bifida/Open Spine). Keadaan teruk boleh menyebabkan lumpuh(muscle paralysis).
  2. Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau tidak terbentuk langsung (Anencephaly).
  3. Terjadi lubang di bahagian tempurung kepala di mana, tisu otak terkeluar (Encephalocele).
Pengambilan asid folik juga dapat mengurangkan keguguran dan lahir mati.
Kemungkinan besar asid folik juga dapat mengurangkan lain-lain kecacatan/masalah bayi seperti :
  1. Sumbing lelangit (cleft palate)
  2. Kecacatan jantung
  3. Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama panjang (Limb reduction)
  4. Kecacatan sistem pembuangan air kencing (Urinary).
  5. Pucat (anemia).
Keperluan Harian Asid Folik.
Kandungan Asid Folik Dalam Makanan

Bila Asid Folik Tambahan Perlu Diambil?
Sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung.
Sebaik-baiknya pil asdi folik diambil secararutin setiap hari pada peringkat remaja lagi.

Siapa Yang Memerlukan Asid Folik
1.  Semua wanita berumur 14 - 44 tahun khususnya:
          - Wanita yang layak mengandung
          -  Wanita yang merancang untuk mengandung
2.  Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang.

Di Mana Ubat Asid Folik Boleh Diperolehi?
Anda perlu makan ubat biji asid folik yang boleh diperolehi daripada klinik-klinik kesihatan, hospital dan farmasi swasta.

Lain-lain Maklumat Penting Tentang Asid Folik
  • Tiada kesan sampingan jika diambil seperti dinasihatkan sekiranya tiada masalah perubatan seperti sawan.
  • Untuk memastikan anda mendapat keperluan asid folik yang cukup, ubat biji asid folik perlu diambil.
  • Beberapa kajian telah menunjukkan pengambilan asid folik dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit berikut.
  • Penyakit Jantung
  • Strok/angin ahmar
  • Kanser Usus Besar
  • Kanser Pangkal Rahim
  • Asid folik memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah yang normal.
Tips Untuk Mengekalkan Asid Folik Dalam Makanan
Asid folik mudah larut dalam air dan jika memasak terlalu lama akan memusnahkannya. Oleh itu:
  • Pendekkan masa memasak.
  • Kurangkan air atau kuah dalam masakan.
  • Memasak secara kukus, goreng separuh atau guna mikcrowave.
  • Pilih makanan atau sayuran segar.
PERHATIAN
Jika anda pernah melahirkan bayi yang mengalami kecacatan saraf tunjang (NTDs) dapatkan khidmat nasihat doktor dahulu sebelum merancang untuk mengandung lagi.

Sumber: Pamplet Kesihatan Unit Kesihatan Keluarga, JKNK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..