Khamis, 12 Disember 2019

Sambungan aira dan ...

Hari yang sepatutnya menjadi hari yang bahagia bagi gadis sepertinya menjadi sebaliknya untuk Aira. Tiada pelamin indah menghiasi hari pernikahannya. Tiada inai dijari menjadi saksi perkahwinan. Dia hanya merasa dahinya sejuk dikucup oleh bibir Shawn semasa upacara pernikahan selesai. Hambar. Dia merenung cincin berlian yang dihadiahkan oleh Uncle Ishak untuk majlis perkahwinan itu. Cincin berlian mahal itu tidak mampu memujuk hatinya yang kesedihan itu.
Aira tidur di kamar sendirian. Shawn pula tidur di biliknya sendiri. Itulah kenangan malam perkahwinan yang tidak mungkin dilupakan. Aira sangat sedih kerana Izati tidak pulang menghadiri saat dia bergelar isteri dan selanjutnya sebagai kakak iparnya.
Semua orang tertanya kemana Izati pergi. Uncle Ishak juga mengarahkan orang-orangnya mencari Izati tetapi sia-sia kerana Izati langsung tidak dapat dikesan.
Tini pula kelihatan takut-takut apabila berbicara berkenaan Izati. Aira tidak mempedulikan sangat pasal Tini. Dia hanya memikirkan dirinya. Dia tidak mahu memikirkan orang lain lagi. Dia hanya ingin memikirkan dirinya sahaja. Dirinya yang bernasib malang.
“Papa hadiahkan perbelanjaan honeymoon. Pilihlah ke mana Aira nak pergi...” ujar Uncle Ishak semasa Aira turun makan pagi itu. Wajahnya sedikit ceria apabila secalit lipstik warna merah jambu menghiasi bibirnya. Tini yang beria-ria memaksanya berhias sebegitu. Tini seperti biasa sudah menyiapkan sarapan untuk keluarga itu. Abah dan Umi tersenyum manis menunggu di meja makan. Shawn hanya menjelingnya dengan ekor mata.
Aira hanya menjamah sekeping roti bakar dan secawan jus oren. Tiada lagi minuman teh kegemarannya. Selepas bersarapan Aira meminta diri berlalu ke kamarnya. Dia perasan dengan renungan mata Umi apabila melihat Aira bangun menolak kerusi dan meminta izin ke kamarnya. Shawn hanya menjelingnya sepintas lalu.
“Shawn, abah harap kamu dapat menjaga dan memberi tunjuk ajar sebagai menantu abah. Aira masih anak kecil. Dia masih perlukan bimbingan untuk dia belajar mengenai sebelok kehidupan berumah tangga ,” nasihat abah kepada menantu barunya.
Shawn hanya tersenyum dan mengangguk. Dia mendengar dengan teliti bicara bapa mertua barunya itu.
Selesai di meja makan. Shawn masuk ke biliknya.
Kamar sederhana luas yang menempatkan sebuah katil besar, meja belajar dan sofa itu kelihatan kemas. Mungkin Tini orang gajinya yang mengemas.
Shawn duduk di meja belajarnya. Dia teringat kembali bicara bapa mertuanya.
“ Aku dah jadi suami sekarang ...” hanya itu yang terluah di bibirnya. Terbayang wajah Aira di ruang matanya. Gadis itu sangat kasihan kerana menjadi isterinya. Isteri yang tidak pernah diharapkan kehadirannya. Wajah Aira yang putih kuning itu terbayang jelas di ruang matanya.
Gadis itu terlalu naif untuk menjadi isterinya. Walaupun beza usia mereka hanya 2 tahun tetapi kehadiran gadis itu seakan menggugat kehidupannya.
Di kamar sebelah Aira berdiri di tingkap mengadap ke luar. Bilik itu kini telah menjadi biliknya semenjak kehadirannya di situ. Dia masih menunggu kepulangan Izzati. Banyak perkara yang akan diceritakan kepada temannya itu. Dia tidak mahu sahabatnya itu bersalah sangka kerana dalam masa dua hari ini dia telah bertukar status menjadi kakak ipar sahabatnya itu. Aira tidak selesa dengan status dirinya itu. Isteri kepada lelaki yang dia tidak cintai. Status yang dicanangkan akan dipegang bersama lelaki yang dicintainya iaitu Izlan. Terasa dadanya ngilu mengenangkan Izlan.
Aira meraba dadanya. Adakah hatinya masih perlu menyimpan perasaan cinta yang telah jauh dari matanya.
Aira melihat sahaja cek yang masih kosong di depannya itu. Cek itu atas nama Aira Asheqeen Bt Mohd Zakaria. Itulah nama penuh Aira.Aira tidak berminat dengan cek itu. Hatinya masih lagi celaru dengan peristiwa yang menimpanya. Fikirannya kusut. Dia tidak menyangka dia di duga sebegini.

Perbincangan selepas itu dengan Shawn hanya dipersetujui oleh Shawn sahaja. Aira menurut sahaja apabila Shawn mengesyorkan mereka bebulan madu ke Bali. Aira tidak mengiakan atau membantah pilihan Shawn. Dia hanya perlu menenangkan diri dan berfikiran positif. Dia kini tidak lagi hidup bersendirian. Dia juga tidak lagi boleh mengharapkan orang tuanya untuk membantu dia kali ini. Kini dia adalah milik lelaki yang tidak dia impikan untuk menjadi suaminya.
Aira tidak peduli sama ada Shawn seorang lelaki yang baik atau bertanggungjawab ataupun tidak. Dia tahu Shawn masih belajar di kolej dan dia tidak berminat untuk mengetahui kursus apa yang diambil atau dipelajarinya. Aira kini dengan dunianya sendiri.
Selepas abah dan umi balik, hanya tinggal mereka bertiga di rumah itu sementara menunggu hari untuk berangkat ke Bali. Tini, Shawn dan Aira sahaja di rumah itu. Shawn masih leka dengan rutin sebelum ini. Dia jarang lekat di rumah. Pagi tadi Aira menjadi mangsa amarahnya hanya kerana kopi yang dibancuh oleh Aira tidak mengikut citarasanya.
Pijar tangannya menahan panas air kopi yang disimbah oleh Shawn ke tangannya. Aira menangis diperlakukan seperti itu.
“ Aku benci perempuan yang manja. Sikit-sikit menangis..!” tengking Shawn sebelum berlalu sambil menendang kerusi. Hatinya jengkel melihat Aira mengalir air mata menahan kepanasan air kopi yang terkena tangannya.
“ Astaga Cik Aira. Kenapa jadi macam ni...” Tini segera mengambil ais batu dan mendemah tangan Aira. Dia juga menyapu krim untuk meredakan tangan Aira yang kelihatan merah.
“Kenapalah Encik Shawn kejam macam ni. Kesian kat Cik Aira...” rungut Tini sambil tangannya lincah menyapu losyen ke tangan Aira.
Aira hanya mampu menangis sahaja dengan keadaan itu.
Rupanya keadaan itu tidak berakhir di situ sahaja. Shawn muncul di dapur dan terus menarik tangan Aira. Terjerit Aira dengan tindakan Shawn. Tini pula hanya kaku tidak berani menolong.
Aira diheret masuk ke bilik tidur Shawn. Aira ingin membantah tetapi dia tidak berani kerana Shawn menjadi ganas dan liar. Batang tubuh Aira yang kecil molek di humban ke atas katil . Aira menggigil apabila Shawn menutup pintu dan menguncinya dari dalam.
“ Kau bini aku. Kau kena layan aku selayaknya..!” Suara Shawn memberi arahan. Aira tidak dapat berfikir apakah yang akan berlaku seterusnya. Dia benar takut-takut. Tubuhnya mengigil dan dia  hanya menyerah sahaja.
“Kau sengaja memerangkap aku kan...!” Tengking Shawn lagi. Dia mencengkam muka Aira tanpa belas kasihan. Aira terkapar-kapar mengelak mukanya yang sakit dicengkam oleh Shawn.
“ Kerana kau temanita aku Yuki lari. Sebab kau Yuki tinggalkan aku..” tuduh Shawn lagi. Aira tidak dapat menahan perasaannya. Hanya airmata yang mengalir menahan kepedihan dihati. Dia hanya mampu menafikan di dalam hatinya sahaja. Tuduhan Shawn tidak berasas. Dia tidak mengenali siapa Yuki. Dia juga tidak ingin mengenali Yuki. Mungkinkah Yuki adalah perempuan Jepun yang pernah diceritakan oleh Izati.

Aira hanya menerima sahaja perbuatan Shawn. Selepas puas menyiksanya Shawn meninggalkannya terdampar di tepi katil.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Kasi Laju Sket..