Aku dah berjaya menyalin novel ke bentuk softcopy sekitar 19 bab. Skrip ni aku mula semasa aku tinggal kat hostel masa mula2 keja kat Mentakab. Aku berjaya menyiapkannya hampir setahun kemudian selepas aku berkahwin. Masa tu aku belum ada komputer jadi salinan asal aku tulis dan merapu di buku latihan yang aku beli semata2 untuk berkarya. Masa tu sumber inspirasiku adalah TV drama Kantonis. Lepas tengok cerita lakonan Leon Lai aku akan dapat idea berkarya. Tetapi kesibukan kerja dan aktiviti luaran aku ambil masa yang lama untuk siapkan dan noktahkan ceritanya. Selain daripada itu aku juga mengarang novel lain yang bercerita sedikit berkait dengan ex-bf yang kerja tentera.(Maaf suamiku) Walaupun tiada jodoh dgn abg TUDM tu tapi dia menjadi sumber inspirasiku untuk berkarya kerana di dalam karyaku itu jodoh heroin bertemu dengan TUDM itu juga. Tetapi sehingga sekarang karyaku itu masih tergantung walaupun sudah memasuki bab ke 75. Aku masih belum punya idea untuk menoktahkan ceritanya.
Okey .. sebenarnya aku nak bercerita pasal sinopsis novel aku yang dah ada endingnya ini. Apa pendapat sahabat semua dengan sinopsis ini.?
Aira terpaksa berkahwin dnegan Ikmal. Ketika peristiwa itu
dia berusia 17 tahun. Aira telah bertunang dengan sepupunya Izlan. Selepas
peperiksaan SPM tunangnya mengajak Aira berkahwin. Tetapi aira tidak bersetuju
dan mereka bergaduh besar. Aira melihat tunangnya keluar dengan gadis lain. Aira
berasa amat kecewa dan membawa diri.
Untuk mengubati luka dihatinya, aira membawa diri ke ibu
kota. Dia mengikut temannya Izati ke ibu kota dan bermalam di rumah abang Izati
selama 3 bulan. Pd malam ke-3, izati telah keluar bersama teman lelakinya dan
tinggallah Aira sendirian di rumah. Pada pukul 8.30 mlm abang izati balik
bersama seorang ppuan lain. Tetapi mereka bergaduh dan ppuan itu meninggalkan
rumah itu. Aira tidak mempedulikan situasi itu dan dia masuk ke kamar mandi.
Ketika dia sedang mandi sekali lagi kekecohan dan suara lelaki di luar
biliknya. Aira keluar dan dia terkejut apabila melihat Shawn yang berseluar
pendek dan beberapa orang lelaki lain merenungnya sinis. Aira dituduh
berkhalwat dengan Shawn. Aira dan ikmal di bawa ke balai polis. Semasa sesi
soal jwb aira tidak menjawab sepatah pun dan dia hanya menangis.
“kami menerima laporan ada pasangan berada di dlm rumah ini
dan laporan itu tepat..”
Izati tidak dapat dihubungi dan temanita Shawn juga
menghilang. Apabila perbincangan kedua belah pihak dilakukan permuafakatan
dicapai. Psgn itu harus segera dinikahkan demi nama baik dan reputasi keluarga
ikmal.
Aira juga kecewa dengan tunangnya apabila Izlan menuduhnya
curang. Tidak lama selepas itu dia mendengar berita tunangnya berkahwin dengan
gadis lain.Dalam kesedihan dan keterpaksaan aira menjadi isteri Shawn. Shawn
menuduhnya memerangkapnya dan menyebabkan temanitanya yuki lari. Shawn
melayannya dengan teruk.
Semasa malam pertamanya dia sudah menjadi mangsa dera Shawn.
Shawn membawanya honeymoon ke pulau tetapi penderaan Shawn semakin teruk. Dia
dicerca dan dipukul oleh Shawn. Shawn juga membiarkannya kelaparan apabila
tidak menyediakan makanan untuknya. Dia hanya mampu menangis apabila sepak
terajang Shawn hinggap di tubuhnya. Dia masih ingat, dia pengsan apabila Shawn
mengetuk kepalanya dengan pasu. Apabila dia sedar seorang doktor merawatinya
tetapi nasibnya tetap malang kerana doktor itu adalah doktor yang diupah oleh Shawn. Shawn juga mengugutnya agar tidak
menceritakan masalahnya kepada orang lain.
Apabila balik dari
pulau dia terkejut apabila diberitahu temannya Izati meninggal kerana
kemalangan.
Keluarga mentuanya melayan dia dengan baik kecuali Shawn.
Bapa mertuanya juga telah membuat kejutan apabila menyerah semua hartanya atas
nama Aira dengan perjanjian selagi dia
menjadi isteri Shawn harta itu tetap atas nama Aira. Shawn juga tidak
dibenarkan menikahi wanita lain selain Aira dan tidak akan mendapat satu sen
pun harta sekiranya berpisah dengan Aira.
Ikmal menjadi marah dan membawa Aira ke luar negeri. Di
Indonesia, Aira hampir di jual kepada satu sindiket di atas percaturan temanita
Ikmal. Aira dapat melarikan diri dan bertemu dengan seorang wanita. Aira yang
menyelamatkan wanita itu dari di culik.
Aira tinggal bersama wanita itu dan dia di layan selayaknya.
Selama 5 bulan Aira selamat bersama Mbak Miranti sehingga kunco-kunco Shawn
berjaya mengesan jejaknya. Apabila Shawn muncul bersama gengnya dan cuba
membuat kacau sehingga polis masuk campur. Apabila geng shawn berlalu, Mbak
Miranti membawa Aira keluar dari indonesia terus ke Singapura.
Informer Mbak Miranti
memberitahu masih ada orang Shawn yang memburu mereka lalu Mbak miranti membawa
Aira ke Australia. Mereka hidup aman di
sana sehinggalah Mbak miranti meninggal dunia akibat di racun. Sebelum
meninggal Mbak Miranti memberitahu kisah sebenarnya bahawa duit yang diguna
selama ini adalah pemberian Shawn. Shawn jugalah yang menampung perbelanjaan
Aira belajar. Orang yang meracunnya adalah adik tiri Mbak miranti Yuki ‘Oh
iaitu temanita Shawn. Dalam hal ini Shawn tidak bersalah tetapi dia terpaksa
kerana yuki O adalah adik kepada seorang yakuza jepun. Ibu mbak miranti telah
berkahwin dengan ayah yuki menyebabkan yuki berdendam kepada mbak miranti. Yuki
o juga berdendam dgn Aira kerana Aira telah merampas Shawn darinya. Aira telah
melanjutkan pelajaran di Universiti Australia sehingga beroleh Ijazah dalam
bidang Pengurusan Perniagaan.
Uncle Sammy peguam Mbak Miranti memberitahu Aira bahawa
bantuan Mbak Miranti kepadanya akan terhenti setelah Aira habis belajar dan
berkerja. Seluruh harta Mbak Miranti akan diserahkan kepada Badan kebajikan di
negara asalnya dan 1/3 lagi tetap jadi milik Aira pada hari pernikahan Aira.
Uncle Sammy juga telah membawa keluarga Aira berjumpa Aira semasa hari
graduasinya. Dia juga mendapat berita Yuki o telah terbunuh dalam serangan
hendap oleh geng lawannya dan rangkaiannya juga telah musnah. Setelah menerima ijazah, Aira kembali ke tanah
air. Selama 12 tahun dia meninggalkan tanah air dan dia perlu bangkit semula
untuk meneruskan hidupnya.
Dengan sedikit duit peninggalan Mbak miranti, Aira menyewa
sebuah apartmen dan mencari kerja. Dia berkerja di Pejabat Encik Abid. Di situ
juga dia bertemu dengan Izlan yang berkerja sebagai Jurutera di Pejabat
seberang jalan. Hubungan mereka pun kembali bertaut. Izlan banyak membantu dan
memberi sokongan kepadanya.
Sementara itu Shawn juga telah tamat belajar dan berkerja di
pejabat yang sama dengan Izlan. Shawn juga telah berubah setelah bapanya En.
Ishak memaksanya mencari Aira jika tidak dia tidak akan mendapat satu sen pun
duit dari bapanya. Ikmal bertemu Aira semasa Aira datang ke pejabat Izlan
menyerahkan kertas kerja. Aira tidak dapat mengecamnya begitu juga dengan Ikmal
kerana 15 tahun masa berlalu banyak kisah yang terjadi dan perubahan fizikal
terutama sekali. Aira juga menjadi seorang wanita yg anggun dan berkarisma.
Izlan juga memanggil Aira along. Ikmal
sentiasa mencuri memerhatinya dan tidak terlintas di fikirannya bahawa di
depannya itu adalah isterinya sendiri sehinggalah Aira berkunjung ke rumahnya
dan bertemu bapa mertuanya En. Ishak.
“Papa.. ini Aira pa. Teman Izati. .” Aira menangis menyalami
lelaki itu yang kini sudah berusia 71 tahun. En ishak tidak menyangka dia akan
dipertemukan semula dengan Aira menantunya. En Ishak membuka cerita kenapa dia
menyerahkan semua hartanya kepada Aira. Encik Ishak membuat keputusan itu
kerana dia hanya ada 2 orang sahaja anak iaitu Shawn dan izati. Setelah Izati
meninggal kerana menjadi mangsa kekejaman yuki, en ishak telah menyiasat latar
belakang aira dan amat bersimpati dengan nasib gadis itu. Dia berani
menyerahkan hartanya atas nama Aira kerana dia telah mengenali Aira sebelum ini
sebagai teman baik dan penyelamat anaknya Izati. Ikmal baginya tidak boleh
diharap kerana terlibat dlm hubungan dgn yuki dari kumpulan kongsi gelap. Izati
juga di bunuh kerana keengganan en ishak terlibat dgn hubungan kongsi gelap dgn
geng yuki.
Semasa itu juga Ikmal balik dan mencuri perbualan. Dia amt
terkejut bila mengetahui Aira adalah isterinya. Dia merayu dan menangis kepada
Aira agar menerimanya semula dan menyesalal atas sikapnya selama ini kepada
Aira. Dia terpaksa melakukan itu semua kerana paksaan Yuki jika tidak bapanya
akan di bunuh. Yuki juga tidak memaksanya mencerai Aira kerana dengan cara itu
yuki boleh mengawal hidup Ikmal.
Setelah kematian yuki barulah ikmal bebas sepenuhnya dari
ppuan itu dan dia telah berusaha mencari Aira tapi tidak bertemu. Dia juga
telah menyambung pelajaran dan berubah menjadi lelaki yang baik dan berkerja di
syarikat en.abid.
Semenjak itu pertemuan di rumah bapa mertuanya Ikmal selalu
mencarinya. Ikmal mahu menjalinkan hubungannya semula dengan Aira.
Apakah kesudahannya novel ini? Bagaimana cerita seterusnya
Aira, Izlan, dan Ikmal? Sabarlah
menunggu ya kesudahan novel ini yang masih dalam kelenguhan menaip semula dari
salinan asal di Buku latihan ...
Shawn n Ikmal ???
novel akak memang best..saya suka baca..full cite nye kat mana akak?? saya tak sabar nak baca full cite..
BalasPadam