Memaparkan catatan dengan label Sinopsis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinopsis. Papar semua catatan

Khamis, 27 Jun 2013

Cinta di hatiku... Sephia

Aku masih mencari tajuk yang sesuai untuk cerita ini. Endingnya masih jauh lagi..
Cerita berkaitan Sue tidak dapat aku teruskan atas sebab yang pernah aku coretkan sebelum ini...
Aku masih mencari idea baru untuk menamatkan keresahan di hati Sue.
Aku telah beberapa kali edit cerita Sue... tapi penyudahnya amat tidak memuaskan hatiku.
Untuk mengurangkan kerinduan beberapa peminat aku dalam diam.(Bangga juga sebab dah ada peminat yang sentiasa menyokong usahaku ini walaupun hasilnya entah ke mana dan mungkin mengecewakan.)

Untuk tidak menghampakan pengunjung setia yang tidak jemu melayari blog usangku ini... Aku persembahkan epilog ceritaku yang berkaitan dengan kerjayaku...
Ceritaku ini seimbas lalu bagi yang mengenaliku mungkin mengaitkan ceritaku dengan hidupku tetapi sebenarnya ianya hanyalah khayalan imagnasiku sahaja. Mungkin berkait sedikit sahaja tapi untuk aku nafikan 100% tidak juga tetapi percentage pertautan itu memang ada.
Kisah kali ini berkisar tentang seorang gadis yang bernama Sephia, nama manjanya... dan ceritnya pun bermula di sini...
Saya juga perlukan komen anda untuk saya berkarya lagi...



Bab 1

 

Kini abang Sham kembali. Tapi untuk apa? Pia tidak sanggup lagi untuk mengingati kisah silamnya. Dia seboleh-bolehnya ingin melupakan kisahnya bersama Sham. Terlalu pahit rasanya untuk dikenang.

“ Cik Syafiani.. you kenal Sham bukan. I nak ingatkan you..usahlah nak berangan nak berkahwin dengan dia. Sedarlah sikit siapa diri awak tu..!!!!!”

“Saudari ni sapa?”

“Salmiza bakal isteri Sham,… Bila dia balik dari oversea nanti kami akan kahwin.. cincin ini buktinya..”

Pia masih ingat warna biru Sephire di jari perempuan tersebut. Sungguh cantik cincin itu.

Rentetan dari peristiwa itu lama juga dia mengambil masa untuk melupakan Sham. Lebih-lebih lagi  apa yang Sham lakukan pada dia. Sebuah kenangan yang sukar untuk ddilupakan. Begitu pahit dirasakan.

“ Pia, lupakan Sham. Engkau cantik, ramai lagi lelaki yang terkejarkan kau..” Zaida pernah berkata padanya.

“ Ya, Pia.. kalau kau nak aku boleh kenalkan kau dengan Mahes..”

Bermacam-macam  pujukan  diberi kepadanya. Kerana peristiwa dia dan Sham, Pia jadi tidak keruan. Semenjak hari itu kehidupan Pia terus berubah. Pia terus membilang teman lelaki . Mana-mana yang terpikat dengan kecantikannya digoda habisan tetapi tidaklah sampai melibatkan maruah diri. Dia pintar memainkan perasaan lelaki. Tetapi suatu hari dia hampir tertewas apabila salah seorang dari mereka cuba membuat tidak senonoh pada dirinya di tempat letak kereta.

“ Apa ni Din. Jangan buat macam ni. Pia tak suka..”

“Din.. kau dah gila ke..”

“Pia..kalau dengan Sham boleh, kenapa dengan aku tak boleh…”

“ Din.. kau gila.. Jangan sentuh aku ,” Pia terus meronta-ronta apabila Din mula memegangnya kasar. Din memeluknya dan menolak tubuh Pia ke arah dinding.

Tiba-tiba …buk..Tubuh Din terlentang. Tersasar kebelakang. Pia menjerit, melolong dan menutup  mukanya. Bila dia membuka mata dia sudah berada di hospital .

Betapa malunya di saat itu apabila ramai yang mengerumuni dirinya terutama kakitangan lelaki yang nakal.

“Lain kali hati-hati Sephia..” macam-macam nasihat diberikan. Berbagai-bagai persoalan diajukan kepadanya.

“Awak mesti buat laporan polis Sephia,” Cadang seorang staf  lelaki lain.

“No..No.. Saya tak mau.. , Saya taka pa-apa…..” Pia menggeleng kepala sambil tangannya menerawang tidak tentu arah. Dia tidak dapat membayangkan nanti apabila dia akan di soal siasat oleh polis dan kemudian doktor akan memeriksanya seperti kes-kes yang pernah dilihat sebelum ini.

“ Habis tu awak nak biarkan dia bebas..?”

“No..saya tak apa..”

“ Syukurlah.. nasib baik abang itu tolong engkau,”  Zaida membebel..

“ Sapa tolong aku?”

“Eh..! Teruk betul kau ni,..Orang yang tolong pun kau tak kenal,”

Akhirnya dia dapat tahu orang yang menolongnya. Dia amat berterima kasih kepada orang itu.

“Terima kasih abang Syahrim kerana menolong saya,”…

“Abang Ayin, Pia dapat dekat Pahang,” suara Pia begitu ceria di telefon. Dia tertawa dan bercerita dengan gembira. Mak Yah tersenyum mendengar perbualan anak gadisnya itu.

“Betul ke abang nak datang masa konvo Pia?” terjerit-jerit kegembiraan gadis itu mendengarnya. Mak Yah yang mencuri perbualannya mengeleng kepala dengan gelagat Pia. Perhubungan Pia dengan orang yang menolongnya akhirnya bertambah baik dari hari ke hari.bertambahn mesra.

“Pia tak ada boyfriend..” Pia tertawa lagi.

“Ada.. ada.. dah ada sekarang ni.. Abang Ayin lah boyfriend Pia sekarang,” ujar Pia dan ketawa mengekek. Ketika itu dia dan Ayin sedang minum di restoran Mc Donald Mentakab. Pia yang memakai baju t’shirt pink dengan rambutnya separas bahu kelihatan jelita dengan lipstick warna sama yang menyerlahkan seperti anak remaja. Jam tangan bermuka besar juga dari warna yang sama. Sepit rambut juga berwarna pink. Hari ini adalah hari pink untuk Pia. Ayim tersenyum melihat keceriaan Pia. Dia menjeling bungkusan coklat untuk Pia yang berwarna pink juga.

“Bukan abanglah, orang lain..” tingkah Ayin. Dia tahu Pia hanya bergurau. Pia tidak akan serius untuk sesuatu perkara sekiranya dia masih boleh ketawa mengekek. Hampir setahun mengenali Pia, dia seakan sudah tahu rentak hati gadis cantik di depannya itu. Senang di dekati tetapi sukar untuk digapai. Sentiasa ceria dan tidak lokek senyuman. Dia pernah melihat Pia dimarahi seseorang tapi Pia masih boleh tersenyum. Beruntunglah siapa yang memiliki gadis itu.

“Entahlah abang.. Sebenarnya Pia sudah tawar hati untuk bercinta..” Suara Pia sedikit kendur. Ayin memahami. Kisah Pia dengan Sham pernah di ceritakan oleh Pia.

“Habis tu pak we Pia yang ramai-ramai tu..” usul Ayin menduga.

“Pia tak ada yang betul-betul steady lagi kini…” Pia terus bercerita dan bercerita.

“Izan kawan Pia dah kawin. Aisyah pula ajak kenduri dia minggu depan,” sambung Pia lagi.

“Habis kenduri Pia bila..”

“Sapalah yang nak orang macam Pia ni..”
“Pia kan cantik..”

“Cantik luaran sahaja bang. Tapi dalaman Pia sakit,”

“Kenapa cakap macam tu?” Pia terdiam. Dia menguis air yang menitis di gelas dengan hujung jarinya.

“Betul Pia tak  ada yang steady ni?” Duga Ayin lagi.

“Betul bang..” Pia mengangguk perlahan. Wajahnya berubah mendung.

“Habis tu Pia tak nak berkahwin ke?”

“Tengok orang lain ada pasangan masing-masing teringin juga. Tapi bila fikir nasib diri Pia tawar hati.”

“Pia lupakanlah kisah semalam tu. Fikirlah hari esok dan masa depan Pia. Pia masih muda. Masih banyak yang Pia boleh capai dan perbaiki..” nasihat Ayin ikhlas.

“Pia menyerah jodoh pada Tuhan. Pia beritahu mak dan ayah biarlah mereka yang cari jodoh untuk Pia. Pia ikut sahaja pilihan mereka..” Suara Pia perlahan. Dia tunduk merenung gelas minuman di depannya. Bila dia mengangkat wajahnya, pandangannya bertembung dengan mata lelaki di depannya itu.

“Betul ke ni Pia?..” Lelaki itu tersenyum menduga.

“Betul bang..” jawab Pia lirih.

“Pia seperti orang kecewa,” ujar lelaki itu separuh mengusik.

“Mungkin ya bang..”

“Kalau abang ubati kekecewaan itu?” duga lelaki itu sambil merenung wajah Pia dengan senyuman menggoda.

“Abang jangan buat lawak, tengahari buta ni bang..” Pia tertawa kecil.

“Abang serius ni Pia. Kalau abang jumpa orang tua Pia macam mana?” tambah Ayin sambil merenung mata Pia. Wajah Pia pucat. Dia merenung wajah lelaki di depannya tidak berkelip-kelip. Lelaki itu mengangguk dan perlahan-lahan meraih tangan Pia di atas meja.

“Tapi… kita tak pernah bercinta bang..” balas Pia polos. Dia menarik tangannya dari sentuhan Ayim.

“Kita bercinta selepas berkahwin…” usul Ayin lagi.

“Pia tak layak jadi isteri abang,” Suara Pia bernada pilu.

“Kenapa?”

“Abang lelaki baik. Pia pernah ternoda bang.” Airmatanya meleleh di pipi Pia. Lelaki itu hanya tersenyum. Dia melepaskan tangan Pia.

“Abang ikhlas ingin memperisterikan Pia. Bagi abang, apa yang berlaku sebelum ini tidak perlu diungkit. Mungkin masa itu Pia terlalu alpa. Yang pentingnya hari ini, dan hari esok dan seterusnya. Abang tidak pedulikan kisah silam Pia. Abang hanya kenali Pia hari ini dan esok dan itulah Pia yang abang kenali .” Begitu luhur luahan lelaki itu.

Air mata mula bertakung di kelopak mata Pia dan akhirnya Pia menangis tersedu-sedu. Hilang sudah keceriaan pinkky girl itu. Mujurlah semasa itu tiada pelanggan lain di situ. Kerusi yang dipilih agak tersorok. Ayin serba salah juga melihat Pia menangis. Dia menghulurkan tisu Mc D yang masih bersih untuk Pia sapu airmatanya.

Rabu, 14 November 2012

Sinopsis Novel Belum Bertajuk



Aku dah berjaya menyalin novel ke bentuk softcopy sekitar 19 bab. Skrip ni aku mula semasa aku tinggal kat hostel masa mula2 keja kat Mentakab. Aku berjaya menyiapkannya hampir setahun kemudian selepas aku berkahwin. Masa tu aku belum ada komputer jadi salinan asal aku tulis dan merapu di buku latihan yang aku beli semata2 untuk berkarya. Masa tu sumber inspirasiku adalah TV drama Kantonis. Lepas tengok cerita lakonan Leon Lai aku akan dapat idea berkarya. Tetapi kesibukan kerja dan aktiviti luaran aku ambil masa yang lama untuk siapkan dan noktahkan ceritanya. Selain daripada itu aku juga mengarang novel lain yang bercerita sedikit berkait dengan ex-bf yang kerja tentera.(Maaf suamiku) Walaupun tiada jodoh dgn abg TUDM tu tapi dia menjadi sumber inspirasiku untuk berkarya kerana di dalam karyaku itu jodoh heroin bertemu dengan TUDM itu juga. Tetapi sehingga sekarang karyaku itu masih tergantung walaupun sudah memasuki bab ke 75. Aku masih belum punya idea untuk menoktahkan ceritanya.
Okey .. sebenarnya aku nak bercerita pasal sinopsis novel aku yang dah ada endingnya ini. Apa pendapat sahabat semua dengan sinopsis ini.?

  Aira terpaksa berkahwin dnegan Ikmal. Ketika peristiwa itu dia berusia 17 tahun. Aira telah bertunang dengan sepupunya Izlan. Selepas peperiksaan SPM tunangnya mengajak Aira berkahwin. Tetapi aira tidak bersetuju dan mereka bergaduh besar. Aira melihat tunangnya keluar dengan gadis lain. Aira berasa amat kecewa dan membawa diri.
Untuk mengubati luka dihatinya, aira membawa diri ke ibu kota. Dia mengikut temannya Izati ke ibu kota dan bermalam di rumah abang Izati selama 3 bulan. Pd malam ke-3, izati telah keluar bersama teman lelakinya dan tinggallah Aira sendirian di rumah. Pada pukul 8.30 mlm abang izati balik bersama seorang ppuan lain. Tetapi mereka bergaduh dan ppuan itu meninggalkan rumah itu. Aira tidak mempedulikan situasi itu dan dia masuk ke kamar mandi. Ketika dia sedang mandi sekali lagi kekecohan dan suara lelaki di luar biliknya. Aira keluar dan dia terkejut apabila melihat Shawn yang berseluar pendek dan beberapa orang lelaki lain merenungnya sinis. Aira dituduh berkhalwat dengan Shawn. Aira dan ikmal di bawa ke balai polis. Semasa sesi soal jwb aira tidak menjawab sepatah pun dan dia hanya menangis.
“kami menerima laporan ada pasangan berada di dlm rumah ini dan laporan itu tepat..”
Izati tidak dapat dihubungi dan temanita Shawn juga menghilang. Apabila perbincangan kedua belah pihak dilakukan permuafakatan dicapai. Psgn itu harus segera dinikahkan demi nama baik dan reputasi keluarga ikmal.
Aira juga kecewa dengan tunangnya apabila Izlan menuduhnya curang. Tidak lama selepas itu dia mendengar berita tunangnya berkahwin dengan gadis lain.Dalam kesedihan dan keterpaksaan aira menjadi isteri Shawn. Shawn menuduhnya memerangkapnya dan menyebabkan temanitanya yuki lari. Shawn melayannya dengan teruk.
Semasa malam pertamanya dia sudah menjadi mangsa dera Shawn. Shawn membawanya honeymoon ke pulau tetapi penderaan Shawn semakin teruk. Dia dicerca dan dipukul oleh Shawn. Shawn juga membiarkannya kelaparan apabila tidak menyediakan makanan untuknya. Dia hanya mampu menangis apabila sepak terajang Shawn hinggap di tubuhnya. Dia masih ingat, dia pengsan apabila Shawn mengetuk kepalanya dengan pasu. Apabila dia sedar seorang doktor merawatinya tetapi nasibnya tetap malang kerana doktor itu adalah doktor yang diupah oleh Shawn.  Shawn juga mengugutnya agar tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain.
 Apabila balik dari pulau dia terkejut apabila diberitahu temannya Izati meninggal kerana kemalangan.
Keluarga mentuanya melayan dia dengan baik kecuali Shawn. Bapa mertuanya juga telah membuat kejutan apabila menyerah semua hartanya atas nama Aira dengan perjanjian  selagi dia menjadi isteri Shawn harta itu tetap atas nama Aira. Shawn juga tidak dibenarkan menikahi wanita lain selain Aira dan tidak akan mendapat satu sen pun harta sekiranya berpisah dengan Aira.
Ikmal menjadi marah dan membawa Aira ke luar negeri. Di Indonesia, Aira hampir di jual kepada satu sindiket di atas percaturan temanita Ikmal. Aira dapat melarikan diri dan bertemu dengan seorang wanita. Aira yang menyelamatkan wanita itu dari di culik. 
Aira tinggal bersama wanita itu dan dia di layan selayaknya. Selama 5 bulan Aira selamat bersama Mbak Miranti sehingga kunco-kunco Shawn berjaya mengesan jejaknya. Apabila Shawn muncul bersama gengnya dan cuba membuat kacau sehingga polis masuk campur. Apabila geng shawn berlalu, Mbak Miranti membawa Aira keluar dari indonesia terus ke Singapura.
 Informer Mbak Miranti memberitahu masih ada orang Shawn yang memburu mereka lalu Mbak miranti membawa Aira ke Australia.  Mereka hidup aman di sana sehinggalah Mbak miranti meninggal dunia akibat di racun. Sebelum meninggal Mbak Miranti memberitahu kisah sebenarnya bahawa duit yang diguna selama ini adalah pemberian Shawn. Shawn jugalah yang menampung perbelanjaan Aira belajar. Orang yang meracunnya adalah adik tiri Mbak miranti Yuki ‘Oh iaitu temanita Shawn. Dalam hal ini Shawn tidak bersalah tetapi dia terpaksa kerana yuki O adalah adik kepada seorang yakuza jepun. Ibu mbak miranti telah berkahwin dengan ayah yuki menyebabkan yuki berdendam kepada mbak miranti. Yuki o juga berdendam dgn Aira kerana Aira telah merampas Shawn darinya. Aira telah melanjutkan pelajaran di Universiti Australia sehingga beroleh Ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
Uncle Sammy peguam Mbak Miranti memberitahu Aira bahawa bantuan Mbak Miranti kepadanya akan terhenti setelah Aira habis belajar dan berkerja. Seluruh harta Mbak Miranti akan diserahkan kepada Badan kebajikan di negara asalnya dan 1/3 lagi tetap jadi milik Aira pada hari pernikahan Aira. Uncle Sammy juga telah membawa keluarga Aira berjumpa Aira semasa hari graduasinya. Dia juga mendapat berita Yuki o telah terbunuh dalam serangan hendap oleh geng lawannya dan rangkaiannya juga telah musnah.  Setelah menerima ijazah, Aira kembali ke tanah air. Selama 12 tahun dia meninggalkan tanah air dan dia perlu bangkit semula untuk meneruskan hidupnya.
Dengan sedikit duit peninggalan Mbak miranti, Aira menyewa sebuah apartmen dan mencari kerja. Dia berkerja di Pejabat Encik Abid. Di situ juga dia bertemu dengan Izlan yang berkerja sebagai Jurutera di Pejabat seberang jalan. Hubungan mereka pun kembali bertaut. Izlan banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya.
Sementara itu Shawn juga telah tamat belajar dan berkerja di pejabat yang sama dengan Izlan. Shawn juga telah berubah setelah bapanya En. Ishak memaksanya mencari Aira jika tidak dia tidak akan mendapat satu sen pun duit dari bapanya. Ikmal bertemu Aira semasa Aira datang ke pejabat Izlan menyerahkan kertas kerja. Aira tidak dapat mengecamnya begitu juga dengan Ikmal kerana 15 tahun masa berlalu banyak kisah yang terjadi dan perubahan fizikal terutama sekali. Aira juga menjadi seorang wanita yg anggun dan berkarisma. Izlan juga memanggil Aira along.  Ikmal sentiasa mencuri memerhatinya dan tidak terlintas di fikirannya bahawa di depannya itu adalah isterinya sendiri sehinggalah Aira berkunjung ke rumahnya dan bertemu bapa mertuanya En. Ishak.
“Papa.. ini Aira pa. Teman Izati. .” Aira menangis menyalami lelaki itu yang kini sudah berusia 71 tahun. En ishak tidak menyangka dia akan dipertemukan semula dengan Aira menantunya. En Ishak membuka cerita kenapa dia menyerahkan semua hartanya kepada Aira. Encik Ishak membuat keputusan itu kerana dia hanya ada 2 orang sahaja anak iaitu Shawn dan izati. Setelah Izati meninggal kerana menjadi mangsa kekejaman yuki, en ishak telah menyiasat latar belakang aira dan amat bersimpati dengan nasib gadis itu. Dia berani menyerahkan hartanya atas nama Aira kerana dia telah mengenali Aira sebelum ini sebagai teman baik dan penyelamat anaknya Izati. Ikmal baginya tidak boleh diharap kerana terlibat dlm hubungan dgn yuki dari kumpulan kongsi gelap. Izati juga di bunuh kerana keengganan en ishak terlibat dgn hubungan kongsi gelap dgn geng yuki.
Semasa itu juga Ikmal balik dan mencuri perbualan. Dia amt terkejut bila mengetahui Aira adalah isterinya. Dia merayu dan menangis kepada Aira agar menerimanya semula dan menyesalal atas sikapnya selama ini kepada Aira. Dia terpaksa melakukan itu semua kerana paksaan Yuki jika tidak bapanya akan di bunuh. Yuki juga tidak memaksanya mencerai Aira kerana dengan cara itu yuki boleh mengawal hidup Ikmal.
Setelah kematian yuki barulah ikmal bebas sepenuhnya dari ppuan itu dan dia telah berusaha mencari Aira tapi tidak bertemu. Dia juga telah menyambung pelajaran dan berubah menjadi lelaki yang baik dan berkerja di syarikat en.abid.
Semenjak itu pertemuan di rumah bapa mertuanya Ikmal selalu mencarinya. Ikmal mahu menjalinkan hubungannya semula dengan Aira.

Apakah kesudahannya novel ini? Bagaimana cerita seterusnya Aira, Izlan, dan Ikmal?  Sabarlah menunggu ya kesudahan novel ini yang masih dalam kelenguhan menaip semula dari salinan asal di Buku latihan ...
Shawn n Ikmal ???

Kasi Laju Sket..