Aku masih mencari tajuk yang sesuai untuk cerita ini. Endingnya masih jauh lagi..
Cerita berkaitan Sue tidak dapat aku teruskan atas sebab yang pernah aku coretkan sebelum ini...
Aku masih mencari idea baru untuk menamatkan keresahan di hati Sue.
Aku telah beberapa kali edit cerita Sue... tapi penyudahnya amat tidak memuaskan hatiku.
Untuk mengurangkan kerinduan beberapa peminat aku dalam diam.(Bangga juga sebab dah ada peminat yang sentiasa menyokong usahaku ini walaupun hasilnya entah ke mana dan mungkin mengecewakan.)
Untuk tidak menghampakan pengunjung setia yang tidak jemu melayari blog usangku ini... Aku persembahkan epilog ceritaku yang berkaitan dengan kerjayaku...
Ceritaku ini seimbas lalu bagi yang mengenaliku mungkin mengaitkan ceritaku dengan hidupku tetapi sebenarnya ianya hanyalah khayalan imagnasiku sahaja. Mungkin berkait sedikit sahaja tapi untuk aku nafikan 100% tidak juga tetapi percentage pertautan itu memang ada.
Kisah kali ini berkisar tentang seorang gadis yang bernama Sephia, nama manjanya... dan ceritnya pun bermula di sini...
Saya juga perlukan komen anda untuk saya berkarya lagi...
Cerita berkaitan Sue tidak dapat aku teruskan atas sebab yang pernah aku coretkan sebelum ini...
Aku masih mencari idea baru untuk menamatkan keresahan di hati Sue.
Aku telah beberapa kali edit cerita Sue... tapi penyudahnya amat tidak memuaskan hatiku.
Untuk mengurangkan kerinduan beberapa peminat aku dalam diam.(Bangga juga sebab dah ada peminat yang sentiasa menyokong usahaku ini walaupun hasilnya entah ke mana dan mungkin mengecewakan.)
Untuk tidak menghampakan pengunjung setia yang tidak jemu melayari blog usangku ini... Aku persembahkan epilog ceritaku yang berkaitan dengan kerjayaku...
Ceritaku ini seimbas lalu bagi yang mengenaliku mungkin mengaitkan ceritaku dengan hidupku tetapi sebenarnya ianya hanyalah khayalan imagnasiku sahaja. Mungkin berkait sedikit sahaja tapi untuk aku nafikan 100% tidak juga tetapi percentage pertautan itu memang ada.
Kisah kali ini berkisar tentang seorang gadis yang bernama Sephia, nama manjanya... dan ceritnya pun bermula di sini...
Saya juga perlukan komen anda untuk saya berkarya lagi...
Bab 1
Kini
abang Sham kembali. Tapi untuk apa? Pia tidak sanggup lagi untuk mengingati
kisah silamnya. Dia seboleh-bolehnya ingin melupakan kisahnya bersama Sham.
Terlalu pahit rasanya untuk dikenang.
“
Cik Syafiani.. you kenal Sham bukan. I nak ingatkan you..usahlah nak berangan
nak berkahwin dengan dia. Sedarlah sikit siapa diri awak tu..!!!!!”
“Saudari
ni sapa?”
“Salmiza
bakal isteri Sham,… Bila dia balik dari oversea nanti kami akan kahwin.. cincin
ini buktinya..”
Pia
masih ingat warna biru Sephire di jari perempuan tersebut. Sungguh cantik
cincin itu.
Rentetan
dari peristiwa itu lama juga dia mengambil masa untuk melupakan Sham.
Lebih-lebih lagi apa yang Sham lakukan
pada dia. Sebuah kenangan yang sukar untuk ddilupakan. Begitu pahit dirasakan.
“
Pia, lupakan Sham. Engkau cantik, ramai lagi lelaki yang terkejarkan kau..”
Zaida pernah berkata padanya.
“
Ya, Pia.. kalau kau nak aku boleh kenalkan kau dengan Mahes..”
Bermacam-macam pujukan
diberi kepadanya. Kerana peristiwa dia dan Sham, Pia jadi tidak keruan.
Semenjak hari itu kehidupan Pia terus berubah. Pia terus membilang teman lelaki
. Mana-mana yang terpikat dengan kecantikannya digoda habisan tetapi tidaklah
sampai melibatkan maruah diri. Dia pintar memainkan perasaan lelaki. Tetapi
suatu hari dia hampir tertewas apabila salah seorang dari mereka cuba membuat
tidak senonoh pada dirinya di tempat letak kereta.
“
Apa ni Din. Jangan buat macam ni. Pia tak suka..”
“Din..
kau dah gila ke..”
“Pia..kalau
dengan Sham boleh, kenapa dengan aku tak boleh…”
“
Din.. kau gila.. Jangan sentuh aku ,” Pia terus meronta-ronta apabila Din mula
memegangnya kasar. Din memeluknya dan menolak tubuh Pia ke arah dinding.
Tiba-tiba
…buk..Tubuh Din terlentang. Tersasar kebelakang. Pia menjerit, melolong dan
menutup mukanya. Bila dia membuka mata
dia sudah berada di hospital .
Betapa
malunya di saat itu apabila ramai yang mengerumuni dirinya terutama kakitangan
lelaki yang nakal.
“Lain
kali hati-hati Sephia..” macam-macam nasihat diberikan. Berbagai-bagai
persoalan diajukan kepadanya.
“Awak
mesti buat laporan polis Sephia,” Cadang seorang staf lelaki lain.
“No..No..
Saya tak mau.. , Saya taka pa-apa…..” Pia menggeleng kepala sambil tangannya
menerawang tidak tentu arah. Dia tidak dapat membayangkan nanti apabila dia
akan di soal siasat oleh polis dan kemudian doktor akan memeriksanya seperti
kes-kes yang pernah dilihat sebelum ini.
“
Habis tu awak nak biarkan dia bebas..?”
“No..saya
tak apa..”
“
Syukurlah.. nasib baik abang itu tolong engkau,” Zaida membebel..
“
Sapa tolong aku?”
“Eh..!
Teruk betul kau ni,..Orang yang tolong pun kau tak kenal,”
Akhirnya
dia dapat tahu orang yang menolongnya. Dia amat berterima kasih kepada orang
itu.
“Terima
kasih abang Syahrim kerana menolong saya,”…
“Abang
Ayin, Pia dapat dekat Pahang,” suara Pia begitu ceria di telefon. Dia tertawa
dan bercerita dengan gembira. Mak Yah tersenyum mendengar perbualan anak
gadisnya itu.
“Betul
ke abang nak datang masa konvo Pia?” terjerit-jerit kegembiraan gadis itu
mendengarnya. Mak Yah yang mencuri perbualannya mengeleng kepala dengan gelagat
Pia. Perhubungan Pia dengan orang yang menolongnya akhirnya bertambah baik dari
hari ke hari.bertambahn mesra.
“Pia
tak ada boyfriend..” Pia tertawa lagi.
“Ada..
ada.. dah ada sekarang ni.. Abang Ayin lah boyfriend Pia sekarang,” ujar Pia
dan ketawa mengekek. Ketika itu dia dan Ayin sedang minum di restoran Mc Donald
Mentakab. Pia yang memakai baju t’shirt pink dengan rambutnya separas bahu
kelihatan jelita dengan lipstick warna sama yang menyerlahkan seperti anak
remaja. Jam tangan bermuka besar juga dari warna yang sama. Sepit rambut juga
berwarna pink. Hari ini adalah hari pink untuk Pia. Ayim tersenyum melihat
keceriaan Pia. Dia menjeling bungkusan coklat untuk Pia yang berwarna pink
juga.
“Bukan
abanglah, orang lain..” tingkah Ayin. Dia tahu Pia hanya bergurau. Pia tidak
akan serius untuk sesuatu perkara sekiranya dia masih boleh ketawa mengekek.
Hampir setahun mengenali Pia, dia seakan sudah tahu rentak hati gadis cantik di
depannya itu. Senang di dekati tetapi sukar untuk digapai. Sentiasa ceria dan
tidak lokek senyuman. Dia pernah melihat Pia dimarahi seseorang tapi Pia masih
boleh tersenyum. Beruntunglah siapa yang memiliki gadis itu.
“Entahlah
abang.. Sebenarnya Pia sudah tawar hati untuk bercinta..” Suara Pia sedikit
kendur. Ayin memahami. Kisah Pia dengan Sham pernah di ceritakan oleh Pia.
“Habis
tu pak we Pia yang ramai-ramai tu..” usul Ayin menduga.
“Pia
tak ada yang betul-betul steady lagi kini…” Pia terus bercerita dan bercerita.
“Izan
kawan Pia dah kawin. Aisyah pula ajak kenduri dia minggu depan,” sambung Pia
lagi.
“Habis
kenduri Pia bila..”
“Sapalah
yang nak orang macam Pia ni..”
“Pia kan cantik..”
“Pia kan cantik..”
“Cantik
luaran sahaja bang. Tapi dalaman Pia sakit,”
“Kenapa
cakap macam tu?” Pia terdiam. Dia menguis air yang menitis di gelas dengan
hujung jarinya.
“Betul
Pia tak ada yang steady ni?” Duga Ayin
lagi.
“Betul
bang..” Pia mengangguk perlahan. Wajahnya berubah mendung.
“Habis
tu Pia tak nak berkahwin ke?”
“Tengok
orang lain ada pasangan masing-masing teringin juga. Tapi bila fikir nasib diri
Pia tawar hati.”
“Pia
lupakanlah kisah semalam tu. Fikirlah hari esok dan masa depan Pia. Pia masih
muda. Masih banyak yang Pia boleh capai dan perbaiki..” nasihat Ayin ikhlas.
“Pia
menyerah jodoh pada Tuhan. Pia beritahu mak dan ayah biarlah mereka yang cari
jodoh untuk Pia. Pia ikut sahaja pilihan mereka..” Suara Pia perlahan. Dia
tunduk merenung gelas minuman di depannya. Bila dia mengangkat wajahnya,
pandangannya bertembung dengan mata lelaki di depannya itu.
“Betul
ke ni Pia?..” Lelaki itu tersenyum menduga.
“Betul
bang..” jawab Pia lirih.
“Pia
seperti orang kecewa,” ujar lelaki itu separuh mengusik.
“Mungkin
ya bang..”
“Kalau
abang ubati kekecewaan itu?” duga lelaki itu sambil merenung wajah Pia dengan
senyuman menggoda.
“Abang
jangan buat lawak, tengahari buta ni bang..” Pia tertawa kecil.
“Abang
serius ni Pia. Kalau abang jumpa orang tua Pia macam mana?” tambah Ayin sambil
merenung mata Pia. Wajah Pia pucat. Dia merenung wajah lelaki di depannya tidak
berkelip-kelip. Lelaki itu mengangguk dan perlahan-lahan meraih tangan Pia di
atas meja.
“Tapi…
kita tak pernah bercinta bang..” balas Pia polos. Dia menarik tangannya dari
sentuhan Ayim.
“Kita
bercinta selepas berkahwin…” usul Ayin lagi.
“Pia
tak layak jadi isteri abang,” Suara Pia bernada pilu.
“Kenapa?”
“Abang
lelaki baik. Pia pernah ternoda bang.” Airmatanya meleleh di pipi Pia. Lelaki
itu hanya tersenyum. Dia melepaskan tangan Pia.
“Abang
ikhlas ingin memperisterikan Pia. Bagi abang, apa yang berlaku sebelum ini
tidak perlu diungkit. Mungkin masa itu Pia terlalu alpa. Yang pentingnya hari
ini, dan hari esok dan seterusnya. Abang tidak pedulikan kisah silam Pia. Abang
hanya kenali Pia hari ini dan esok dan itulah Pia yang abang kenali .” Begitu
luhur luahan lelaki itu.
Air
mata mula bertakung di kelopak mata Pia dan akhirnya Pia menangis tersedu-sedu.
Hilang sudah keceriaan pinkky girl itu. Mujurlah semasa itu tiada pelanggan
lain di situ. Kerusi yang dipilih agak tersorok. Ayin serba salah juga melihat
Pia menangis. Dia menghulurkan tisu Mc D yang masih bersih untuk Pia sapu
airmatanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan