Bab
2
“Phia,
abang tak balik lunch! Sorry aaa…” Pia merenung nasi dan lauk pauk yang
dimasaknya terhidang di atas meja. Terkilan juga apabila dia penat-penat
memasak tapi Ayin suaminya tidak balik makan.
Pia
mengadap hidangan tengahari itu sendirian. Dia makan sedikit sahaja. Selebihnya
dia simpan dan bercadang untuk panaskan bila Ayin balik malam nanti. Ruang
dapur yang sederhana luas itu menempatkan
sebuah meja berbentuk pulau dengan sinki di tengahnya. Di situlah tempat
Pia menyediakan makanan dan bahan masakannya. Pia menikmati hidangan di sebuah
meja makan berbentuk bulat berkerusi enam . Pia mengemas semula meja makan. Dia
membersihkan pinggan mangkuk yang telah digunakan dan mengelapnya lalu di susun
kemas ke tempatnya.
Kemudian dia keluar ke bilik rehat dan bersantai di situ.
Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa panjang warna merah terang tempat yang
biasa dia dan Ayin berehat bila di rumah. Pia tidak tahu apa yang hendak
dibuat. Dia merenung jahitan cross-stich gambar sepasu bunga matahari yang
sudah bertahun terbengkalai.
“Larat
ke kau nak habiskan kerja ni Pia?” Somy rakan baik sekuliah pernah
menanyakannya. Kerja tangan itu sudah lama terbengkalai. Dia pernah memberitahu
Somy dia akan cuba juga untuk menyiapkannya walau mengambil masa yang lama. Pia
membelek kerja tangannya itu. Dia bercadang untuk menyambung semula hasil
seninya itu.
Kelekaan
bersendirian itu menyebabkan bahunya terasa lenguh dan sakit. Pia merenung jam
di dinding. Patutlah dah satu jam lebih dia membuat kerjanya itu. Matanya juga
sudah hampir sakit, pening mengira petak-petak kecil itu. Hanya bahagian pasu
yang telah berjaya disiapkannya. Kalau ikutkan hati dia memang tidak sanggup
untuk menyiapkan kerja-kerja sebegini. Leceh. Lebih baik beli sahaja di kedai,
tak payah buang masa dan tenaga bersengkang mata menyiapkannya. Jam di dinding sudah menghampiri ke pukul
2.15 petang. Pia mengemas semula peralatan kraftangannya itu. Dia belum lagi
bersolat zohor.
Pia
mengeliat seketika. Meluruskan sendi-sendi yang terasa lenguh dan ngilu. Bekas plastik
beg berwarna kuning itu di letakkan kembali ke dalam gerobok laci paling bawah
di bilik rehatnya. Pia bangun menuju ke kamarnya. Dia bercadang untuk mandi
menyegarkan diri dan bersolat zohor seterusnya keluar bersiar-siar.Pia cuba
menelefon Ayin tetapi tidak berjawab. Dia meninggalkan pesanan SMS kepada
suaminya itu memberitahu dia keluar dari rumah.
Dia
bercadang untuk keluar bersiar-siar sambil shopping. Bersendirianlah.
Mula-mulanya dia bercadang untuk mengajak Tintin yang tinggal tidak jauh dari
rumahnya tetapi kelihatan sunyi dan telefonnya juga tidak berjawab. Lantas dia
terpaksa keluar bersendirian. Setengah jam selepas itu Pia mengeluarkan kereta
Myvi Putih miliknya dari garaj, memandu perlahan keluar dari kawasan perumahan
itu. Dia tersenyum dan mengangkat tangan apabila pengawal yang menjaga pintu
pagar di situ memberi tabik hormat kepadanya. Dulu, semasa dia mula-mula datang
ke situ, dia terkejut bila dilayan sebegitu. Apabila diberitahu kepada Ayin,
suaminya itu tergelak besar.
“Piakan
isteri abang. Di sini abang pegawai atasan…” jelas Ayin sambil ketawa besar.
Pia
memandu keretanya laju di atas aspal hitam selepas memasuki tol Sungai Besi.
Hampir setengaj jam kemudian dia sudah berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Pusat membeli-belah di kawasan itu sibuk seperti biasa. Tempat meletak
kenderaan juga hampir penuh. Pia bercadang untuk ke Maju Juntion sahaja. Pusat
membeli belah itu sibuk seperti biasa di kunjungi pelanggan tetapi di waktu
begini keadaan masih tenang mungkin masih ramai yang berkerja di pejabat belum
tamat waktunya. Pia memasuki sebuah butik pakaian wanita. Dia ingin membeli
sepasang gaun malam kerana Ayin ada mengajaknya untuk menghadiri satu majlis
makan malam rasmi di tempatnya. Pia leka membelek sehelai gaun warna biru muda
dari kain sutera. Gaun labuh itu sesuai dan kelihatan secocok untuk Pia. Gadis
promoter juga sibuk melayani dan memujinya. Pia rimas juga dengan layanan
sebegitu. Dah kerja dia untuk pujuk pelanggan membelinya…
Akhirnya
Pia membeli juga gaun malam itu walaupun harganya agak mahal. Pia juga singgah
di kedai pakaian lelaki. Dia bercadang untuk membeli sepasang kemeja untuk
Ayin.
Tanpa
disedarinya sepasang mata kuyu milik
seseorang sedang mencuri memandangnya. Pia leka membelek baju kemeja yang
tergantung di situ. Dia berkenan dengan sepasang kemaja jenama Orlando.
Harganya berpatutan dan dia menarik keluar baju itu tetapi saiznya tidak sesuai
untuk Ayin.
“Boleh
saya tolong cik?” tegur seorang jurujual perempuan.
“Ya,
boleh tolong carikan saya Saiz L untuk saya,” jawab Pia dengan senang hati.
Setelah
selesai Pia menjinjing beg membeli-belah dan menuju ke tempat parking di
tingkat atas. Dia menaiki eskelator ke tempat parking.
Pia
membuka pintu kereta dan meletakkan beg yang dijinjingnya ke tempat duduk
belakang. Dia tidak mempedulikan seorang lelaki yang sedang memerhatikannya
dari tadi. Pia membetulkan kaca mata hitamnya.
Belum
pun sempat dia membuka pintu kereta bahagian pemandu, lelaki di kereta sebelah
keluar dan menegurnya.
“Pia…!”
Pia
berpaling dan terperanjat.
“Abang
Sham..!” Terkejut Pia melihat lelaki yang sedang berdiri di sebelah keretanya.
Menggigil lututnya melihat lelaki itu tersenyum manis kepadanya.
Ketika
itu juga telefon tangan Pia berbunyi. Pia tergaman. Benar-benar tergaman. Dia
memandang lelaki itu dan telefon di dalam beg tangannya silih berganti.
“Jawab
panggilan itu dahulu.”
Pia
membuka begnya dengan tangan yang menggigil. Dia melihat ke arah nombor yang
terpampang di skrin telefonnya. Ayin. Getusnya perlahan. Dia memusing
membelakangi lelaki itu dan menjawab panggilan itu.
“Pia
kat mana ni?” Suara Ayin dihujung sana.
“Pia,
keluar shopping kat KL ni..”
“Dengan
siapa?”
“So..so..sorang
bang..” Suara Pia tergagap.
“Kenapa
ni yang.. Tak sabar-sabar keluar sampaikan tak beritahu abang.”
“Maafkan
Pia bang. Pia dah telefon abang. Tak jawab. Pia dah tinggalkan SMS. Abang sibuk
agaknya. Abang baca tak SMS Pia?”
“Dah
baca. Sebab tu abang telefon.”
“Pia
dah habis shopping. Dah nak baliklah ni.”
“Baiklah.
Abang tunggu Pia kat rumah.”
Panggilan
diputuskan. Pia menyimpan semula telefonnya ke dalam beg tangan.
“Patutlah
abang telefon tak dapat. Pia dah tukar nombor telefon ya.” Tegur Abang Sham
sinis. Pia serba salah.
“Bila..
bila abang Sham balik sini?”
“Kenapa
ni Pia? Pia tak suka jumpa abang? Pia masih marahkan abang?”
Pia
diam. Dia berdiri kaku sambil bersandar ke
keretanya. Wajahnya tunduk memandang ke bawah.
“Dah
lama kita tak jumpa. Abang betul-betul rindukan Pia.”
Pia masih membisu.
Pia masih membisu.
“
Jom temankan abang,” Abang Sham masih seperti dulu. Mesra. Pia menggeleng
kepala.
“Kenapa ni Pia.Pia tak suka jumpa abang?”
“Kenapa ni Pia.Pia tak suka jumpa abang?”
“Maafkan
Pia , abang Sham. Pia kena balik.”
Pia
cepat-cepat masuk ke dalam keretanya. Abang Sham cuba menahannya tapi Pia
cepat-cepat menghidupkan enjin keretanya. Dia segera mengundurkan keretanya dan
berlalu dari situ. Meninggalkan lelaki itu terpana dengan tindakannya. Sham
menjadi hairan dengan tindakan Pia. Kenapa? Apakah masih marah seperti dulu?
Sham
masuk ke dalam keretanya. Dia ingin mengikuti Pia dari jauh. Dia ingin tahu di
mana Pia tinggal.
Sham
menjadi hairan melihat Pia memasuki kawasan Kem Tentera. Kenapa? Dia tinggal di
sinikah? Dia memerhati dari jauh. Setelah dilihat kereta Pia menghilang di
dalam kawasan Kem itu barulah dia memberhentikan kereta dan menuju ke pondok
pengawal.
“Hello
.. Encik boleh tumpang tanya?” Sham bertanya kepada kakitangan yang sedang
berdiri di pintu pagar.
“Ya
encik. Boleh saya bantu?”
“Oh! Ya, sebentar tadi saya lihat kereta kawan saya masuk ke sini.”
“Oh! Ya, sebentar tadi saya lihat kereta kawan saya masuk ke sini.”
“Kereta
siapa encik?”
“
Syafiani kawan saya tu.Dia memandu kereta Myvi Putih bernombor pendaftaran…”
Sham menyebut nombor kereta Pia.
“Oh!
Itu Puan Syafiani. Isteri Mejar Shahrin.”
“Isteri Mejar Syahrin?” Terkejut Sham mendengar penjelasan pengawal itu.
“Isteri Mejar Syahrin?” Terkejut Sham mendengar penjelasan pengawal itu.
Pia..
!!! Jeritnya menyeru nama Pia dalam hati. Dia melangkah longlai menuju ke
keretanya.Pia kenapa ini yang harus menimpaku. Apa silap abang. Seingatnya
belum pun setahun dia meninggalkan Pia kerana ke UK.
Sham
kembali ke rumahnya dengan perasaan yang kecewa. Dia merenung siling rumahnya.
Kosong. Sekosong fikirannya. Rumah ini tidak sampai sebulan didiaminya. Sudah
lama dibelinya dan dia merancang untuk mendudukinya bersama Pia. Hari ini
perancangannya hancur sekelip mata. Dia berharap sekembalinya ke sini dia akan
membuat kejutan tapi tidak disangkanya dia yang akan terkejut. Dia rasa
benar-benar terpukul dengan keadaan sekarang. Pia, apa salahku? Kenapa ini yang
harus berlaku kepada kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan