BAB 3
Bab 3(i)
Apabila
sampai di rumah, Pia terus menuju ke biliknya. Dia menangis tersedu-sedu.
Kenapa mesti aku jumpa abang Sham semula? Kenapa...??? Pia menumbuk bantalnya
geram.
“Pia..! Abang terpaksa. Keluarga abang tu..”
“Abang nak apa lagi? Abangkan dah jadi doktor...”
“Abang nak apa lagi? Abangkan dah jadi doktor...”
“Mak
abang Pia. Mak abang paksa juga abang ikut kehendak dia. Tiga tahun aje abang
pergi oversea...”
“Lepas
tu balik nanti. Abang jadi engineer. Pia lebih suka abang jadi doktor..”
“Pia..
fahamilah masalah abang..”
“Sudahlah..!
Tiga tahun tu jangkamasa yang panjang. Macam-macam boleh berlaku. Entah-entah
abang balik ke sini nanti, mak abang dah ada calon untuk abang,”
“Tak..
abang sayangkan Pia. Sebab tu buat sementara waktu ni, abang kena ikut arahan
mak. Nanti lepas ni senang nak pujuk..”
“Pia
tak sanggup bang.. Atau abang memang sengaja nak lari dari Pia..”
“Tidak
Pia.. Abang sayangkan Pia..”
“Kalau
abang sayangkan Pia, tolong jangan pergi okey.”
“Abang...abang..”
Lama mereka membisu. Pia mengorak langkah, menjauhkan diri dari sisi Abang Sham.
Dia cuba menumpukan perhatian ke arah seekor burung yang sedang bertenggek di
dahan pokok meranti.
“Baiklah,..
kalau begitu, senang cerita aje kita putus. Abang tak dapat buat keputusan
sendiri. Pia tak nak paksa abang..”
“Pia..”
“Abang
memang saja nak mainkan Pia. Pia benci abang.” Pia menangis tersedu-sedu.
Hatinya terasa amat sakit. Perit. Terasa diri dipermainkan. Dia berlari ke
jalan raya meninggalkan Sham di dalam keretanya. Pia menahan teksi dan berlalu
dari situ. Sham memanggil nama Pia dan
cuba mengejarnya tapi Pia menghilang dilarikan teksi. Selepas itu Sham cuba
menghubungi telefon Pia tapi setiap panggilan tidak dijawab. Sham juga
mengunjungi rumah sewa Pia tapi Pia enggan berjumpa.
Akhirnya
Pia mendapat tahu, Sham telah berangkat ke luar negeri. Hati Pia amat merana.
Dia rasa amat kecewa. Lebih-lebih lagi dengan apa yang berlaku kepada dirinya.
Sham meninggalkan seribu kenangan dan kedukaan dalam hidupnya.
Airmata
Pia terus meleleh mengingatkan semua detik dan peristiwa itu. Terlalu sukar
untuk dikikis kenangan kisah cinta antara dia dan Sham. Pia terus menangis dan
menangis. Dia tidak pedulikan matanya yang bengkak sebab menangis.
Sejam
selepas itu baru Ayin balik. Dia hairan melihat pintu pagar tidak berkunci.
Begitu juga pintu rumah.
“Pia..”
Ayin memanggil nama Pia tetapi tiada jawaban. Ayin berkejar ke bilik rehat,
dapur dan tiada sesiapa. Lantas dia berlari ke bilik tidurnya. Pintu bilik
tidur bertutup rapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan