Perlahan-lahan
ditolak pintu bilik tidur. Dia menjengok kepalanya ke dalam bilik. Di atas
katil batang tubuh isterinya tidur menelengkup memeluk bantal.
Apa
hal pulak ni? Dia bertanya di dalam hati kerisauan. Langkahnya diatur perlahan
menghampiri sisi katil. Dia berdiri seketika memerhati batang tubuh isterinya
dengan penuh persoalan.
“Pia
, kenapa ni sayang?” Dia menepuk bahu Pia lembut. Pia tidak bergerak. Bila dia
menyeru sekali lagi nama Pia sambil membelai rambut isterinya barulah Pia
mengangkat wajah. Mata Pia sembab dan bengkak.
“Kenapa
ni sayang?” Ayin bertanya hairan. Kucupan lembut hinggap di dahi isteri
tercinta.
Pia
menolak badannya dan bangkit. Lantas dipeluknya tubuh Ayin. Hampir terdorong
lelaki itu dengan reaksi spontan isterinya.
“Abang..!” Pia menangis lagi. Ayin bertambah hairan.
“Abang..!” Pia menangis lagi. Ayin bertambah hairan.
“Kenapa
Pia? Ala.. jangan bimbang. Abang tak marahlah Pia keluar shopping sorang-sorang
tu..” pujuk Ayin lembut sambil membelai-belai rambut Pia.
“Abang..
Pia...! Bukan pasal tu. Pia tengah sedih ni. Biarkan Pia menangis dulu..Rasa
sakit dada Pia ni abang..!” Rintih Pia seperti anak kecil. Ayin tertawa . Dia
memeluk semakin erat. Dikucupnya ubun-ubun Pia dengan penuh kasih sayang.
“Okey..!
Okey..! Menangislah. Lepas tu ceritalah kepada abang,” Pujuk Ayin lagi. Pia
betul-betul menangis di dalam pelukan Ayin. Hampir lencun baju Ayin di bahagian
dada dek air mata Pia. Lenguh juga Ayin menahan berat tubuh Pia. Bila esakan
Pia tidak kedengaran lagi, Ayin memegang bahu Pia. Dia meleraikan pelukan. Merenung
wajah Pia. Teruk juga wajah Pia bila menangis. Ayin menggeleng-geleng
kepalanya. Dia mengucup pipi dan dahi Pia.
“Terima
kasih abang. Pia dah rasa lega sikit,” cetus Pia malu.
“Apa
sebenarnya yang mengganggu fikiran Pia? Ceritalah abang bersedia mendengarnya,”
pujuk Ayin lembut penuh pengertian.
“Tak
ada pa-apalah abang. Pia dah okey ni..” balas Pia dan merebahkan badannya ke
bahu Ayin sekali lagi. Ayin membelai-belai rambut Pia sambil tidak
berhenti-henti mengucup rambut isterinya. Dia kemudian merebahkan badan Pia ke
atas tilam dan dia juga sama-sama rebah memujuk Pia.
Jam
berdenting enam kali. Ayin tiba-tiba melepaskan pelukan.
“Ala
sayang ! Abang nak mandilah dulu,”
“ Maafkan Pia. Abang pergilah mandi dulu. Biar Pia sediakan pakaian abang. Lepas tu Pia pun nak mandilah juga..”
“ Maafkan Pia. Abang pergilah mandi dulu. Biar Pia sediakan pakaian abang. Lepas tu Pia pun nak mandilah juga..”
“Pia
marilah mandi dengan abang.” Ajak Ayin yang sudah membaluti tubuhnya dengan
tuala mandi. Pia sedang menukar pakaiannya.
“Abang
mandilah dulu.”
“Marilah
kita mandi sama-sama...”
“Tak
naklah..”
Ayin
terus mendokong Pia dan menolak pintu bilik air. Pia mulanya meronta-ronta tapi
kemudian membiarkan sahaja apabila Ayin meletakkannya ke dalam kolah mandi. Dia
juga membuka paip dan mengambil syampu mandian lalu dituang ke dalam kolah.
Kemesraan itu disulami bunga-bunga bahagia bagi pasangan yang masih bergelar
pengantin baru itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan