BAB 5
Pia
mengulurkan kunci kereta kepada Ayin yang sudah siap berpakaian kemas. Ayin
memegang tangan Pia dan mengucupnya dengan penuh kasih sayang.
“Pia
jagalah rumah. Abang keluar sekejap sahaja. Lepas jumpa kawan abang terus
balik,” pesan Ayin sebelum keluar. Pia melambai kepada suaminya sehingga kereta
suaminya hilang dari pendangannya. Dia kemudian menutup pintu dan masuk kembali
ke dalam rumahnya.
Pia
sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dibuat apabila bersendirian. Dia
bercadang untuk meneruskan kerjanya mengait cross-stich. Dia mengeluarkan
plastik kuning yang berisi barang-barang kerjanya dan di bawa ke bilik
rehat. Sambil itu tangannya menekan
remote control tv. Berita jam 8.00 malam belum lagi habis siaran. Pia bersandar
di kerusi sambil tangannya menarik benang.
Ketenangan
itu sekali lagi terganggu apabila telefon tangan miliknya berbunyi. Pia segera
mengangkatkan kain dan jarum di tangannya ke atas meja. Segera dia berkalih ke
tepi dan mengambil telefon tangannya lalu menjawab panggilan yang diterima.
“Hello...”
“Hello.. ni Syafiani ke?”
“Hello.. ni Syafiani ke?”
“Ya,
akulah ni, Zet. Apa halnya?” Pia amat mengenali suara di hujung sana.
“Pia..
sorrylah menganggu. Kau sedang buat apa tu?”
“
Aku sedang menyiapkan Crosstich ni. Apa mimpi call aku ni?”
“Gini
sebenarnya. Mak Mentua aku sakit. Jadi aku cadang nak balik ke Singapore besok.
So, kau boleh tolong aku tak?”
“Apa
dia?”
“Cuti
kau kan ada seminggu lagikan. Aku nak mintak bantuan dari kau sikit. .Tukar
cuti..” Zet temannya itu menerangkan dengar suara yang sayu tapi penuh
pengharapan.
“Baiklah,
aku boleh tolong. Tapi esok aku ada hal penting..”
“Tak
mengapanya. Besok dengan lusa Roha akan ganti dulu.”
“Okey.
Eloklah macam tu. Aku setuju ganti tiga hari lagi tu.”
“Terima kasih Pia.. Kalau mak mentua aku dah ok, aku akan segera balik.”
Pia mengangguk faham. Tak apalah dia balik kerja awal pun. Kesian juga dengan Zet. Nasib baik dia tiada hal yang hendak dilakukan kecuali esok.
“Terima kasih Pia.. Kalau mak mentua aku dah ok, aku akan segera balik.”
Pia mengangguk faham. Tak apalah dia balik kerja awal pun. Kesian juga dengan Zet. Nasib baik dia tiada hal yang hendak dilakukan kecuali esok.
Pia
bercadang untuk memberitahu Ayin bila suaminya itu balik nanti. Pia mengemas
kembali alatan jahitannya. Moodnya seakan terganggu dengan panggilan telefon
itu tadi. Matanya masih menjeling ke arah peti televisyen tetapi cerita yang
dipaparkan tidak menarik perhatiannya. Pemikirannya berputar mengingati perkara
lain.
Pia
menjeling jam di dinding. Hampir jam 9.00malam. kebetulan ketika itu berita tv
juga sudah tamat. Pia mengambil surat khabar di atas meja di depannya. Dia
membelek mencari intisari televisyen tetapi tiada yang menarik minatnya.
Pia
bangun dan meninggalkan bilik rehat. Dia menuju ke ruang tamu. Melabuhkan
punggungnya di sofa . Dia menyandar kemas di situ. Memejamkan matanya. Cuba
menenangkan fikirannya. Mendengar dan menghayati bunyi air terjun dari kolam di
tepi tingkap. Tapi dia gagal. Fikirannya sebenarnya tidak tenang.
Pia
mengambil keputusan untuk menelefon
ibunya di kampung. Kebiasaanya waktu begini ibunya sudah pulang dari surau dan
sedang berehat sambil menonton tv. Belum pun sempat dia menyentuh ganggang
telefon di atas meja kecil di ruang tepi tangga, ianya sudah berbunyi. Terperanjat
Pia seketika. Pia cepat-cepat menjawabnya. Tidak elok sebenarnya membiarkan si
pemanggil menunggu lama.
“Hello..
Tuan Syahrim ada?” Suara seorang lelaki menyentuh cuping telinganya.
“Maaf..
dia baru sahaja keluar..”
Selepas
Pia memberitahu begitu, si pemanggil terus meletakkan telefon.
Pia
juga meletakkan telefonnya perlahan-lahan ke induknya semula. Dia terlupa
niatnya untuk menelefon ibunya tadi. Pia menyandar kemas di kerusi. Memejamkan
matanya. Bila dia membuka matanya barulah dia teringat rancangannya untuk
menelefon ibunya. Cepat-cepat dia mendail nombor telefon ibunya di kampung.
“Assalamualaikum,”
suara seorang perempuan lembut memberi salam.”
“Waalaikumussalam.
Ibu, Pia ni!”
“Pia!
Apa khabar nak? Kenapa lama tak telefon ibu? Shahrim apa khabar?” Ibunya riuh
bertanya. Pia tertawa ceria dengan soalan ibunya yang bertubi-tubi itu.
“Alhamdulillah.
Anak dan menantu ibu sihat. Ibu dan abah apa khabar?”
“Kami
kat kampung sihat. Pia, macam mana Pia dengan Ayin ?”
“Macam
mana apa ibu? Kami baik-baik sahaja ibu.”
“Yalah...!
Pia kena layan suami kau dengan baik. Ingat tanggungjawab seorang isteri.
Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Satu lagi jangan buat
perkara-perkara yang boleh memalukan ibu dan abah...”
Pia
tersenyum dengan pesanan ibunya.
“Zamin
pun dah nak ikut jejak Pia.”
“Siapa
budak perempuan tu ibu?”
“Ibu
dah jumpa. Berkenan juga dengan dia. Baik dan lembut orangnya. Cantik juga.”
“Mana cantik dengan Pia ibu?”
“Alahai. Pia anak ibu memang cantik.”
“Mana cantik dengan Pia ibu?”
“Alahai. Pia anak ibu memang cantik.”
Pia
ketawa ceria dengan jawapan ibunya.
Hampir
satu jam dia berbual dengan ibunya. Pelbagai cerita dan khabar di beritahu ibu.
Teruja juga dia mendengar berita yang disampaikan oleh ibu. Bolehlah dia
mengambil cuti panjang lagi. Lagipun semenjak berkahwin dia tidak berkesempatan
balik ke kampung. Mungkin selepas Zet habis bercuti dia boleh menyambung
cutinya semula.
Pia
menjeling jam di dinding. Sudah pukul 10.30 malam. Pia rasa mengantuk. Dia
menguap sekali. Pia menjeling ke arah pintu depan apabila ternampak silau
cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap bercermin yang tersingkap
langsirnya. Ayin sudah balik. Getus hati Pia gembeira. Pia cepat-cepat bangun
dan berkejar ke pintu. Dugaannya tepat apabila kereta milik Ayin berhenti disebelah
keretanya. Pia membuka pintu menunggu di situ. Ayin keluar dari keretanya dan
menuntup pintu keretanya. Pia menyambut suaminya dengan senyuman manis dan
menghulurkan tangan. Dia mengucup tangan suaminya dan dibalas oleh kucupan di
dahi oleh suaminya.
“Pia
tak tidur lagi ke?” Tanya Ayin sambil membuka kasut.
“Belum
lagi. Pia tunggu abang,” jawab Pia dan menutup kembali pintu. Ayin memeluk bahu
Pia sambil beriringan masuk menuju ke ruang tamu. Ayin duduk di sofa sambil
membuka butang baju. Pia juga melabuhkan punggungnya di sisi suaminya.
“Abang
nak minum?”
“Terima
kasihlah. Abang baru aje minum kat luar. Pia haus ke? Boleh abang temankan.”
Pia
menggeleng kepalanya. Dia membiarkan sahaja tangan suaminya yang membelai-belai
rambutnya. Masing-masing terdiam seketika membangkitkan daerah sepi melayani
fikiran masing-masing.
“Abang
nak mandi dulu,” ujar Ayin terus bangun. Dia sempat lagi melayangkan sebuah
ciuman di pipi Pia sekilas. Pia tergaman dan memerhati sahaja pergerakan
suaminya.
Pia
memeriksa pintu rumahnya dan setelah memastikan semuanya di kunci dia menutup
lampu di ruang tamu. Dia memanjat anak tangga ke tingkat atas menuju ke kamar
beradunya. Semasa dia masuk ke bilik tidur, Ayin masih lagi mandi. Pia
mengeluarkan pakaian tidur suaminya dan meletakkan di atas katil. Pia menolak
pintu bilik air yang tidak berkunci. Ayin masih mandi di ruang mandi yang
dipisahkan oleh pintu gelangsar bertirai biru legap. Pia menghampiri sinki.
Pili air dibuka dan dia mencuci tangannya dengan air dan sabun. Kemudian dia
mencapai tube kecil yang mengandungi pencuci muka jenama Giffarine. Secalit
krim putih sebesar biji kacang itu dipicit ke atas tapak tangannya, lalu dielus
lembut dan diusap ke mukanya. Wajah
mulusnya diurut lembut.. Dia mengambil berus gigi dan meneyeh ubat gigi jenama Giffarine juga lalu
menggosok giginya pula. Hampir 15 minit berada di bilik air barulah Pia
melangkah keluar. Dia menghampiri meja solek di tepi sudut, mengambil sikat
rambut di dalam bekas di atas meja. Rambutnya separas bahu itu disikat lembut
dan dibiarkan terlepas bebas. Rutin yang akan dilakukan sebelum tidur setiap
malam.
Pia
menarik alas cadar dan melipatnya lalu diletak ke tepi. Kemudian dia menarik
lagi sisi cadar dan menariknya lagi agar kelihatan kemas. Setelah berpuas hati
barulah dia merebahkan badannya di atas katil. Berbaring selesa, merenung
siling lalu ditarik selimutnya dan perlahan-lahan memejamkan matanya.
Pia
mendengar suara Ayin mengigil kesejukan keluar dari bilik mandi. Pia terus
memejamkan matanya. Lima minit selepas itu tilam di sebelah Pia berkeriut
bergerak. Pia mematungkan dirinya. Menanti penuh debaran.
“Pia
dah tidur ke?” Bisik Ayin menyentuh cuping telinganya.
“Belum
lagi..”
“Kenapa
ni? Marahkan abang ke, awalnya baring?” Tanya Ayin sedikit hairan. Dia meraih
Pia ke dalam pelukannya. Bau wangi sabun mandi Elianto menyerbu hidung Pia.
Perlahan-lahan dirungkai pelukan Ayin.
“Taklah..”
jawab Pia sepatah.
“Kenapa
Pia macam tak ada mood aje?” Tanya Ayin lagi. Pia menolak gebarnya dan
berpaling ke arah Ayin yang sedang menyandar di kepala katil. Dia bersila
mengadap suaminya. Tangan suaminya digenggam. Mengucupnya dan dibawa ke
pipinya.
“Tadi,
kawan Pia telefon. Dia minta tolong, Pia ganti kerja dia lusa. Mak mentua dia
sakit tenat di Singapore,” cerita Pia sambil merenung wajah suaminya mengharap
pengertian.
“So,
Pia setuju?”
“Ya.
Kesian juga dekat dia. Tapi, esok dan lusa , Roha yang ganti dulu.”
“Tak
mengapalah. Ini masa dia. Besok abang hantar Pia..” pujuk Ayin dan meraih Pia
ke dalam pelukannya.
“Bukan
esok bang. Lusa masih cuti lagi. Hari minggu baru Pia masuk kerja petang.”
“Tak
mengapalah. Besok selepas solat Jumaat kita bertolak,”ujar Ayin lembut.
“Bukan
ke esok abang ada makan malam di TDI.” Pia mendongak memandang wajah suaminya.
“Ha..ah
! Abang lupalah. Nasib baik sayang ingatkan. Abang dah janji dengan Jen nak
bawa sayang sama,” cetus Ayin tertawa dengan kealpaannya sambil mencuit hidung
Pia manja.
“Petang
lusa abang hantar okey,” sambung Ayin lagi. Pia mengangguk sambil menutup
mulutnya dengan tangan menguap. Air mata menitis di pipinya tanpa disedari.
Ayin tertawa kecil sambil menyapu air mata di pipi Pia. Kesan daripada menahan
mengantuk.
“Abang,
tadi Pia telefon ibu. Ibu kirim salam,” ujar Pia lagi.
“Waalaikumussalam.
Ibu dan keluarga dekat kampung semuanya sihat ke?” Tanya Ayin pula. Dia
kemudian merebahkan tubuhnya di sisi Pia dan Pia menarik selimut menutupi
tubuh.
“Alhamdulillah.
Semuanya sihat. Abang, Zamin dah nak kahwin. Ibu minta kita balik awal sikit.”
“Yalah.
Nanti abang cuba atur cuti awal.” Pia membiarkan sahaja Ayin membelai
rambutnya.
“Jomlah
kita tidur abang. Pia dah mengantuk sangat ni.” Pia bersuara sambil memeluk
tubuh suaminya.
“Baca
doa tidur dulu sayang..” ujar Ayin nada mengusik. Dia membalas pelukan
isterinya dan membiarkan Pia lena di atas lengannya. Lampu tidur perlahan-lahan
dimalapkan dan akhirnya suis terus dipadam. Ayin berdoa di dalam gelap itu
sambil mengucup dahi isterinya dan sama-sama lelap di dalam dakapan malam yang
begitu tenang dan syahdu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan