BAB 6
Pia
meletakkan pakaiannya ke dalam bonet kereta. Beg sandang milik Ayin juga
diambil dan disumbat ke tempat barang di bahagian belakang. Ayin menjinjing
batang pancing dan kotak memancing. Terbongkok-bongkok dia mengatur susunan
barang di bonet belakang keretanya. Dua pasang baju kurung dan beebrapa helai
kemaja milik Ayin yang sudah bergosok di sangkut di bahagian tempat duduk
belakang. Pia mengambil bakul bekas makanan lalu diletakkan berdekatan tempat
duduk bahagian belakang yang mudah dicapai dari tempat duduk depan.
“Dah
habis susun barang sayang?” Ayin menghampiri Pia yang sedang berdiri menyandar
di pintu kereta. Di tangannya kanannya sepeket kacang yang masih belum dibuka
peknya sementara di tangan kiri sebotol air mineral dikelek erat.
“Sudah
abang.”
“Biar
abang kunci rumah ya. Sayang panaskan enjin dan buka aircond.” Ujar Ayin
berlalu ke dalam rumah. Pia akur dengan arahan suaminya. Dia masuk ke tempat
pemandu dan menghidupkan enjin kereta. Dia menekan suis aircond dan juga tombol
radio saluran Gegar THR kegemarannya. Kemudian dia berkalih ke sebelah pemandu
bersandar kemas di kerusi menunggu Ayin. Setelah memastikan semua pintu
berkunci, Ayin masuk ke tempat memandu dan menutup pintu keretanya. Kenderaan
pancuan empat roda itu perlahan-lahan bergerak keluar dari kawasan perumahan
itu menuju ke pintu pagar utama.
“Lepas
ni bila pula Pia cuti?” tanya Ayin tenang memandu. Dia menjeling sekilas isteri
di sisi.
“Entahlah
! Tengok Zet berapa hari dia ambil cuti..” jawab Pia sambil menyandar kemas di
kerusi. Dia menekan skrin telefon di tangannya. Melihat kalendar mencongak
membilang hari. Mulutnya dimuncungkan memberi reaksi tidak senang pada
perkiraan fikirannya. Ayin menjeling seketika dan kemudian memandang ke depan.
Tangannya yang sasa itu membelai rambut Pia persis anak kecil . Pia berpaling
memandang wajah suami di sisi yang tenang memandu.
“Oh,
ya ! Abang nak singgah rumah Kak Ngah dekat Gombak kejap. Nak ambil barang
yang Kak Ngah kirim untuk mak.” Beritahu
Ayin tiba-tiba. Pia mengangguk sahaja.
Setengah
jam kemudian kenderaan mereka membelok ke arah UIA menjejaki kawasan perumahan
yang berdekatan. Kedatangan mereka di sambut oleh pembantu rumah.
“Tuan
Syahrim. Datin ada kat belakang,” beritahu perempuan separuh usia itu. Ayin
hanya mengangguk dan tersenyum sambil memaut bahu Pia memeluk pinggangnya.
Pia
menyalami perempuan sebaya ibunya sambil mengucup tangannya. Sebuah pelukan erat
dan kucupan hingga di pipi Pia.
“Wah,
semakin cantik adik Kak Ngah ni,” Puji tuan rumah sambil melepaskan pelukan.
Matanya bercahaya merenung wajah Pia yang tersipu-sipu malu.
“Isteri
saya tu Kak Ngah..” sambut Ayin sambil ketawa diiringi deraian ketawa yang
lain.
“Mak
minta bawak ubat . Ayin nak ke Kuantan tak?” Datin Milah bertanya sambil mempersilakan
tetamunya duduk.
“Tengoklah
kalau saya ada masa kak. Pia pun esok dah kerja.”
“Habis tu pagi ni Ayin nak terus balik ke Mentakab ke?”
“Habis tu pagi ni Ayin nak terus balik ke Mentakab ke?”
“Cadangnya
gitulah.”
“Kalau
begitu apakata kita terus bertolak ke rumah mak. Lagipun esok Pia kerja petang..”
cadang Pia pula. Ayin termenung seketika dan mengangguk bersetuju dengan
pendapat Pia.
“Boleh
juga. Kalau begitu, mana ubat tu? Bolehlah kami meneruskan perjalanan,” usul
Ayin pula.
“Ayin
dengan Pia tunggu sekejap. Kak Ngah ambil ubat,” Datin Milah bangun
meninggalkan tetamunya itu di ruang tamu.
Pia
melihat persekitaran rumah yang amat menarik susunannya dan persekitarannya
yang menghijau menenangkan mata memandang. Rumah banglo di tepi bukit itu amat
nyaman sekali udaranya pabila sang bayu menghembus lembut membawa angin dari
gunung. Haruman bunga-bunga segar di halaman di bawa angin semilir menyamankan
suasana.
“
Pia boleh tolong abang drive nanti ya,” usul Pia menawarkan diri. Ayin
mengangguk bersetuju. Perjalanan hampir empat jam ke Kuantan sememangnya memenatkan. Apabila
bergilir memandu meringankan sedikit bebanan. Barulah hati tenang memandu.
Selepas selesai urusan dengan Datin Milah, pasangan itu meninggalkan kawasan
perumahan itu meneruskan perjalanan.
Jam
di dash board kereta menunjukkan pukul 10.30 pagi ketika mereka meninggalkan
kawasan tol Gombak. Ayin memandu tenang . Pia di sebelahnya sudah terlentok,
lena. Ayin memandu sederhana laju di di Lebuh Raya Karak itu diiringi lagu dari
corong radio yang menjadi halwa telinga semasa memandu.
Sekali
sekala Ayin menjeling Pia di sebelahnya. Dia tersenyum melihat gaya Pia tidur.
Mengantuk benar nampaknya. Tol Bentong dilewati dan perjalanan diteruskan.
Ketika
sampai di Pekan Karak, Ayin berhenti mengisi minyak dan meneruskan
perjalananya. Ketika itu jam sudah pukul 12.45 tengahari.
Ketika
sampai di Lanchang azan Zohor sudah berkumandang. Ayin singgah di Masjid
Lanchang untuk solat zohor.
Ayin
mengejutkan Pia yang masih terlena.
“Bangun
sayang !” Bahu Pia digoncang lembut. Pia membuka matanya. Terpisat-pisat
menahan kantuk.
“
Bangun sayang! Kita berhenti makan dan solat zohor di sini,” ujar Ayin sebelum
membuka pintu keretanya. Pia mengeliat kecil sebelum keluar dari kereta. Ayin
sedang mengeluarkan pakaiannya untuk solat zohor. Pia mengambil sehelai tuala
kecil dan terus menuju ke bahagian perempuan. Pia menutupkan kepalanya dengan
tuala di tangannya dan mencari tandas. Dia terpaksa berdiri menunggu giliran
untuk masuk ke tandas.
Ketika
Pia masuk ke dalam masjid di bahagian perempuan tidak berapa ramai orang. Syaf
1 sudah penuh dan di syaf ke-2 hanya terdapat tiga orang wanita sedang solat.
Pia meminjam telekung di masjid itu untuk solat.
Selesai
solat zohor, Pia bersalaman dengan jemaah wanitanyang ada dan meminta diri. Dia
menuju ke keretanya. Ayin belum datang lagi. Pia terpaksa duduk menunggu di
bangku bawah pokok kerana kunci kereta ada pada suaminya. Sambil menunggu
matanya melilau melihat jemaah yang keluar dari masjid..
Seorang
perempuan separuh usia menghampirinya.
“
Assalamualaikum ,” tegurnya ramah sambil menghulurkan tangan.
“
Waalaikumussalam,” jawab Pia sambil menyambut huluran tangan yang menyapanya.
“
Anak tunggu siapa?”
“
Oh ! Saya tunggu suami , “ Jawab Pia tersenyum mesra.
“Orang
sinikah?”
“
Tak saya dari KL nak ke Kuantan.”
“
Oh ! Makcik nak balik ke Temerloh.”
“
Temerloh ? Saya kerja di Mentakab.”
“
Ya ke? Kat mana tu?”
“ Hospital Mentakab.”
“ Hospital Mentakab.”
Perbualan
mereka berhenti seketika apabila Ayin muncul, Pia memperkenalkan suaminya
kepada makcik itu. Selepas itu pasangan itu meminta diri dan beriringan ke
kereta.
“
Kita makan dekat Kedai depan tu. Nampak bersih juga kedainya ,” cadang Ayin.
Pia mengangguk sambil memegang erat lengan suaminya. Perutnya juga sudah
berkeroncong sementelah sudah tidak di isi dari pagi tadi. Ayin memesan makanan
sementara Pia mencari tempat duduknya.
Ayin
datang dan duduk di kerusi mengadap Pia.
“
Abang dah pesan nasi dengan lauk ikan gulai tempoyak.”
Pia
menangguk. Minuman yang di pesan juga sudah tiba. Pia meneguk jus ‘ carot’ susu dengan perlahan. Nikmatnya
apabila air yang dingin meluncur laju anak tekaknya. Pia menjeling gelas air
barli suam suaminya yang sudah hampir separuh diteguknya. Ayin jarang meminum minuman beraisberbeza
dengan Pia yang tidak lekang dengan jus-jus yang menjadi kegemarannya.
“
Abang rasa, besok pagilah abang hantar Pia ke Mentakab. Malam ni kita tidur
rumah mak dulu.”
Pia
bersetuju sahaja dengan usul suaminya. Hidangan tengahari itu dinikmati dengan
berselera. Gulai tempoyak ikan patin, goreng talapia, sayur bayam dan
ulam-ulaman kegemaran suami isteri itu.
Selepas
selesai makan, mereka meninggalkan pekan Lanchang dan meneruskan perjalanan.
Kali
ini Pia pula meminta izin untuk memandu. Ayin pula mengambil peluang untuk
melelapkan mata. Pia memasang radio siaran Gegar THR kegemarannya. Lagu-lagu
yang berkumandang menjadi peneman dia sepanjang perjalanan itu.
“
Janganlah laju sangat yang,” Ayin
menegur bila dia merasakan Pia menekan laju minyak. Pia tertawa kecil sambil
memperlahankan semula kelajuan keretanya. Dia leka menghayati lagu dari corong
radio sehingga dia tidak menyedari meter kereta sudah melebihi 90km sejam.
Jalan Lancahang ke Temerloh dan seterusnya ke Kuantan itu sederhana sibuk.
Pia
menjeling Ayin disebelahnya . Lenakah ? Dia menekan sedikit pedal minyak.
“
Yaaang..” Ayin bersuara lagi.
“
Yalah abang. Tidurlah,” balas Pia sambil tertawa kecil.
Ayin
membuka matanya dan bangkit. Dia mendepakan tangannya sambil menjeling ke luar.
“
Sayang ni. Laju benar. Dah sampai Rasau.”
Ayin
menggeleng-geleng kepala. Dia melihat jam di kereta sudah pukul 3.00 petang.
“
Kalau Pia penat , berhentilah. Biar abang pula bawa,” ujar Ayin.
“
Tak mengapalah bang. Dah dekat ni.”
“Betul
Pia tak penat?”
“
Ya, masih larat lagi.”
“
Okeylah. Abang sambung tidur sikit lagi. Tapi jangan laju sangat tau, “ pesan
Ayin sambil mula menutup kembali matanya.
Tidak
sampai lima minit kepalanya terlentok semula.
Pukul
4.30 petang kereta yang dipandu sudah sampai ke Beserah. Pia memandu tenang
keretanya. Ketika kenderaan yang dipandu sampai ke rumah mertuanya, Ayin masih
lena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan