BAB 7
Pintu
pagar kebetulan sudah terbuka. Pia memakirkan keretanya di bawah pokok mempelam
depan rumah. Dia keluar dari keretanya perlahan-lahan tanpa mengejutkan Ayin.
Seorang
perempuan separuh usia berkerusi roda tersenyum menyambutnya. Pia segera
menyalami wanita itu dan memeluknya serta mencium pipinya.
“
Apa khabar mak ?”
“
Alhamdulillah. Mana Ayin?”
“
Ada.. dalam kereta. Tidur.” Ujar Pia tertawa sambil menolak kerusi roda ibu
mertuanya menghampiri kereta.
Ayin
masih lagi lena di dalam kereta. Pia mengetuk cermin kereta. Beberapa kali
diketuk barulah Ayin tersedar. Terpisat-pisat dia bangun. Bila melihat bondanya
sudah menunggu di luar, cepat-cepat dia membuka pintu kereta dan keluar.
“
Kenapa Pia tak kejutkan abang?”
“ Kesian abang ! Lena tidur, tak sampai hati nak kejutkan.”
“ Kesian abang ! Lena tidur, tak sampai hati nak kejutkan.”
Ayin
terus menyalami emaknya dan menolak masuk kerusi roda emaknya.
“
Kak Ngah kirim salam pada mak ,” beritahu Ayin. Pia mengikuti dari belakangnya
sambil menjinjing beg sandangnya.
“
Mana ubat yang kak ngah kirim tu ?” tanya Ayin kepada Pia.
“
Masya Allah. Lupa. Ada dalam kereta . Biar Pia ambil ,” ujar Pia dan bangun.
Dia cepat-cepat menuju ke kereta di luar rumah. Plastik yang mengandungi
bungkusan ubat untuk mentuanya di ambil.
“
Ubat ni kakngah cakap mak dah tahu cara makannya.”
“
Ya . yang hari tu pun ada lagi bakinya.”
“
Ayah ke mana mak ?” Tanya Ayin bila tidak melihat kelibat ayahnya. Suasana di
rumah itu agak sunyi.
“
Oh ! Ayah kau keluar dengan Idin. Bulan depan Abang Long kau akan balik...” Mak
Aji riuh bercerita. Semua cerita anak-anak dikongsi bersama. Pembantu rumah
datang menghidangkan minuman. Jus roselle bersama keledek goreng.
“Jemput
minum Pia, Ayin,” pelawa ibu mertuanya.
Pia
mengangguk dan menyambut gelas jus yang dihulurkan oleh Melati.
“Melati,
tolong siapkan makanan ya. Ayin dengan Pia tentu lapar datang dari jauh.”
“Kami
berdua dah makan tengahari tadi mak. Masih kenyang lagi ni. Pia nak bersembang
dengan mak dulu,” ujar Pia sambil memegang tangan ibu mertuanya dan melentokkan
kepalanya manja ke bahu Mak Aji.
“
Lagipun, malam ni kami tidur di sini. Besok pagi baru bertolak ke Mentakab.
Besok petang Pia dah bekerja ,” terang Ayin pula.
“
Eloklah kami berdua tidur di sini.”
Mereka
berbual-bual dengan rancak. Perbualan mereka terganggu seketika apabila bapa
mertuanya pulang.
“Hah..Ayin
, bila sampai?” Tegur Haji Hassan sambil duduk mengambil tempatnya. Tangannya
mencapai surat khabar di atas meja lalu di lipat dan di kipas-kipas badannya.
“Dah
lama anak menantu balik. Abang Aji tu yang lambat balik..” ujar Mak Aji. Ayin
dan Pia menyalami tangan Haji Hassan. Cerita keluarga terus bersambung dan
semakin rancak apabila seorang pemuda turut sama menyertainya.
“
Pak Uda, Mak Uda bila sampai?” Tegur pemuda itu ramah sambil berjabat tangan
dengan Ayin dikuti Pia.
Hampir
setengah jam juga mereka beramah mesra.
“
Idin kena keluar semula. Ada janji dengan kawan,” ujar pemuda itu lalu meminta
diri. Mak Aji juga memerhati Pia yang
duduk di sisinya. Wajah kepenatan menantunya menimbulkan rasa kesian di
hatinya. Dia membelai-belai rambut menantu comelnya itu.
“
Ayin.. Pia... Pergilah berehat. Pia suka berendam, mintak Melati isikan air
kolah kamu tu..” usul Mak Aji. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Pia
mengangguk sambil menjeling Ayin.
“
Baiklah mak. Badan Pia ni dah melekit sangat. Mak dah tak tahan bau hangit
badan Pia ya mak..” usik Pia sambil mencium pipi Mak Aji lalu bangun. Ayin juga
meminta diri. Dia mendahului Pia menuju ke kamar khusus untuk mereka setiap
kali mereka pulang ke sini.
“
Mintak diri dulu ya mak, ayah !” Ujar Pia dengan hormat mengikuti suaminya dari
belakang. Mentuanya mengangguk sambil tersenyum mesra.
Di
kamar, Pia mengibas-ngibas katilnya kerana sudah lama tidak di guna. Dia
menarik alas comforter yang baru dikemas oleh Melati. Melipatnya dan diletak ke
tepi.
Pia
menyelongkar beg pakaiannya. Dia mengeluarkan alat soleknya lalu diletak ke
atas meja.
“
Abang mandi dulu. Nanti kita solat asar sama-sama.” Ujar Ayin lalu melangkah ke
kamar mandi. Dia menyambut tuala yang dihulur oleh isterinya lalu ditutup pntu
kamar mandi.
Pia
menukar pakaiannya dan melilit badannya dengan tuala. Sementara menunggu Ayin
mandi dia membentangkan sejadah solat. Selepas itu dia duduk berehat di sofa
panjang warna merah hati sambil memejamkan matanya. Menenangkan minda
merehatkan badannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan