Pia
kembali bekerja. Keadaan wad kanak-kanak itu seperti biasa sibuk. Suara bising
kanak-kanak bermain diselang seli dengan tangisan si kecil yang dalam kesakitan
menambahkan kesibukan suasana. Pia menyusun semual fail-fail pesakit. Laporan
untuk pagi itu juga sudah siap ditulis. Nasib baik Dr Rahman awal melihat
pesakit pagi ini.
“
Nurse, plaster tercabut...,” seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menghampiri
Pia yang sedang menolak troli ke katil pesakit berdekatan.
Pia
tersenyum ke arah kanak-kanak itu.
“
Baiklah. Nanti kejap lagi akak tampalkan yang baru. Darvin duduk kat kerusi tu
dulu. Sekejap lagi akak datang. Akak nak ambil plaster baru untuk Darvin...”
pujuk Pia sambil membelek tangan anak itu memujuknya dengan lembut. Kanak-kanak
itu akur dengan pujukan Pia dan duduk di kerusi berdekatan kaunter. Pia mencari
plaster di bawah troli rawatan yang ditolaknya tadi. Apabila terjumpa plaster
itu dia menghampiri Darvin.
“
Darvin jangan bagi kena air masa mandi, tangan yang ada jarum ini ya. Lagipun
kalau basah ia akan cepat kotor dan nanti banyak pula kuman melekat dekat
sini...” nasihat Pia kepada Darvin. Pesakit kecil itu mengangguk dan
mengucapkan terima kasih lalu berjalan laju ke katilnya. Pia tersenyum puas
melihat kegembiraan kanak-kanak itu. Sudah seminggu kanak-kanak itu berada di dalam
wad kerana masalah paru-paru dan masih meneruskan antibiotik.
“
Pia ! Kau dah makan ke? “ Tegur Betty teman sekerjanya.
“
Belum...! Kau nak ke Kafe ke?” Tanya Pia kembali.
“Ya,
cadang gitulah.”
“Em...Pia
kirim dekat awak ajelah ya,” Pia mengeluarkan duit dari dalam poket baju
putihnya dan menghulurkan kepada Betty. Dia juga memesan kekacang yang menjadi
kegemarannya. Carol teman sekerjanya juga memesan makanan kepada Betty.
Pia
meneruskan kerjanya.
“Pia,
result FBC , pesakit Nurul Ain tu dah balik ke?” Dr Fong tiba-tiba muncul dari
pintu wad sebelah yang dipisahkan oleh pintu gelangsar cermin.
“Belum
lagi Doc, Kak Za pergi hantar pesakit ke Dewan Bedah. Pia telefon ke lab aje
sekarang.”
“Okey,
boleh juga.” Ujar Dr Fong dan meminta tiket pesakit katil 16 dan 20. Pia
menghulurkan kedua-dua nota pesakit yang berada di atas troli berdekatannya.
“Eh!
Mentua Zety apa khabar ?”
“
Hang tak tau lagi ke ? Dah meninggal. KJ minta Zety sambung lagi cuti sampai
minggu depan,” cerita Nadia lagi. Terkesima dada Pia mendengar berita itu.
“Innalillahiwainna lillahirojiun...” ujar Pia perlahan. Rasa simpatinya
terhadap Zety teman sekerjanya yang sangat menyayangi mentuanya kerana ibu
kandung Zety sendiri juga sudah tiada semenjak dari kecil lagi. Pia bertafakur
seketika menghadiahkan Alfatihah untuk almarhumah mertua Zety.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan