Khamis, 11 Disember 2008

Katakan Cinta itu..

Assalamualaikum..Diari bagaikan sahabat baik yang memahami segala-galanya.
walaupun hanya catatan harian atau ada yang menyebutnya
buku harian tetapi tidak perlu diertikan sebagai harfiah
(perkataan demi perkataan).Kita tak perlu mengisi catatannya
setiap hari. Bila dirasakan perlu atau ada peristiwa yang
benar-benar berkesan bolehlah ia dicatatakan. Segala rasa
seperti resah, risau atau apa sahaja yang tidak boleh dibualkan
dengan orang lain, boleh ditumpahkan ke dalam diari. Ia memang
sahabat sejati dan setia setiap masa.
Dan yang penting ia tidak akan mengkhianati kita dengan
menceritakan perkara itu kepada orang lain.

Petang tadi pukul 8.00malam aku sampai di rumahku dengan selamat..Sepanjang perjalanan sejauh 321km dari kampung ke rumahku, banyak yang menarik perhatian. Di bukit tujuh setiap kali melewati tempat itu, hatiku berdebar.. Aku hanya mampu berdoa semoga perjalanan kenderaanku lancar tanpa gangguan dan tanpa lori besar di depanku.
Aku jadi takut bila teringat perkara-perkara ngeri yang berlaku sepanjang jalan iu. Aku jadi takut untuk tidur atau pejam mata, bahkan aku takut untuk buka mata melihat sekeliling jalan-jalan di situ.. Kenderaan di musim perayaan ini sementelah hari ini adalah hari ke-4 raya korban, masing-masing berbondong-bondong berebut untuk pulang. Potong-memotong adalah perkara biasa di atas jalan raya. Keberanian pemandu kenderaan terserlah lebih-lebih lagi ramai juga aku dapati memotong di garisan berkembar. Kecut perut juga apabila melihat kereta lain memecut laju memotong keretaku dan dari arah hadapan kenderaan lain bertali arus laju.. Apalagi jalan raya sepatutnya dua satu lorong menjadi 3 lorong...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..