Ahad, 8 Mac 2009

Pergi PTK di SMK Sri Semantan


Teringat peristiwa yang dah lepas. Jadi rindu pada teman-teman. Kenangan menghadiri Exam PTK yang dah lepas. Pada 16/12/2008 aku dengan beberapa orang teman sepejabat telah pergi menjalani peperiksaan tahap kecekapan yang bertempat di SMK Seri Semantan. Seawal jam 9.00pagi aku telah bersedia dalam kawasan sekolah tersebut. Berdebar juga bila mengingatkan hendak menjalani peperiksaan. Ramai juga pada hari tersebut yang menghadapi peperiksaan itu. Kertas soalan yang pertama ialah PTK Khusus.. Al-hamdulillah dapatlah juga aku menjawabnya walaupun beberapa soalan aku terkeliru jawapannya. Selepas habis kertas yang pertama aku sempat berbincang dengan teman-teman tentang soalan yang baru lepas. Bila berbincang dan ada perbezaan jawapan rasa tension juga. Tapi bila jawaban ada persamaan tu seronok sangat dibuatnya.
Selepas berehat sejam, kertas soalan ke-dua bermula pukul 11.30pagi dan berakhir pukul 12.30 tengahari..Alhamdulillah aku dapat menjawabnya dengan tenang. Harap-harap dapatlah tahap 4 kedua-dua kertas soalan. Hehehe..dapatlah merasa gaji pada P2T.. plak...Insya Allah..aku dah cuba yang terbaik.
Peperiksaan PTK aku dah lalui. Kini menunggu waktu untuk meghadapi Peperiksaan Kumulatif I plak pada 7 April nanti. Aku rasa sedikit bersedia tapi yakin untuk menempuhinya. Semoga aku dapat menghadapi peperiksaan ini dengan jayanya. Doakanlah kejayaanku. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..