Jumaat, 20 Mac 2009

Bagaimana Mengenalpasti Anda Tidak Di Curi Lihat Arah Bertentangan..

BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ?

Melihat cerita Jackie Chan beraksi depan cermin, dan ada wanita yang melihat aksinya dari belakang cermin bertentangan ,membuat aku rasa seriau takut perkara sama berlaku kepada aku sekiranya menggunakan cermin sedemikian di tempat lain contohnya di toilet, fitting room, kat hotel ...dan ada mata jahat yang melihat tanpa keizinan..
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian dan lain-lain, adakah anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat sekarang ini apabila ada orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup dan kemungkinan juga di pasang di ruang ganti bahagian lelaki.Adalah sangat sukar untuk kita memastikan permukaannya sahaja hanya dengan melihatnya saja.

Sekarang kita perlu berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat memastikan apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?.

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap)antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat
dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !

Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah
"TEST HUJUNG KUKU JARI". Tidak perlu membayar.

Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari
"PERKOSAAN VISUAL" !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..