Ahad, 5 April 2009

HEMM ALAHAI.....


Aku jarang update blog ini sebab aku lebih tertumpu pada blog utama iaitu Tyra4iskina. Aku juga tak pernah beritahu sesiapapun pasal blog ini. Sebab di sini adalah tempat untuk aku lepas boring aje. Cerita menarik aku lebih suka kongsi di blog tyra4iskina. Tapi semenjak ada seorang pengunjung.. maaf. aku anggap tersesat ke sini sebab aku tak mengharap ada sesiapa berkunjung ke sini.. Bukan tak sudi ada pengunjung tapi aku rasa tak ada yang menarik di sini sebenarnya. Tetapi selepas ada yang terjumpa blog ini.. aku jadi bersemangat nak buat perubahan sikit. Rasa nak berubah tapi tak tahu nak ubah camne..
Nak intro diri sangat tak seronok juga sebab aku kena jaga kerja aku.. dan sekelilingku.. Takut terover nanti ada yang ? plak..

Lagipun semenjak bergelar student semula ini aku jadi kesuntukan masa untuk memikir hal lain kecuali pelajaran, kuliah, assingment dan practical...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..