Rabu, 23 Disember 2009

Terima kasih Pensyarah dan teman-teman sekuliah


Sudah beberapa minggu ini kesibukan yang teramat sangat. Peperiksaan Akhir Kebidanan 1/2009 (Teori) telah berakhir pada 21hb Disember 2009. Syukur Alhamdulillah.


Walaupun exam final teori dah habis tapi fikiran kena focus pula kepada exam amali pada hujung tahun iaitu OSCE pada 29 dan 30hb Disember 2009 diikuti dengan VIVA pada 31hb Disember pula. Hati lebih berdebar memikir untuk praktikal ini. Kalau gugup dan gelabah mulut tidak dapat bertutur lancar dan tangan tidak dapat melakukan apa yang dipraktik sebelum ini.

Aku boleh dikatakan mudah gugup. Lebih-lebih lagi apabila ada orang yang memerhati dan memberi penilaian markah ke atas kerjaku sebagai pelajar ini.

Bercerita pasal final exam teori yang lepas, aku amat berterima kasih kepada lecture aku Cik Aini, Puan Nab dan Puan Ram yang telah bertungkus lumus mengajar aku dan teman-teman selama setahun ini dari 15hb Januari 2009 sehingga 14hb Januari 2010. Aku bangga kini dengan apa yang telah aku capai. Yalah hampir 9 tahun bergelar pekerja tiba-tiba setelah beranak pinak tiba-tiba aku terbuka hati untuk belajar semula. Setelah lama tidak mengadap buku dan assignment yang bertimbun membuat aku muak dan hampir termuntah, bahhkan kadang-kadang aku rasa ingin cabut lari dari meneruskannya. Otakku benar-benar kusut dan tertekan dengan suasana yang tidak pernah kujangkakan ini. Aku fikir, ianya mudah untuk ku tempuhi kerana apa yang aku pelajari ini tidak jauh bezanya dengan apa yang aku telah praktis di dalam kerjayaku selama ini tetapi jangkaanku ternyata meleset sama-sekali. Aku jadi nanar dan tidak keruan apabila terpaksa berpisah dan berjauhan dari keluarga. Aku tidak dapat tumpu pada pelajaran kerana rasa rindu dan terbeban apabila teringat anak-anak dan suami lebih-lebih lagi bersendirian di sini.

Hari ini aku telah bangkit dari kegelapan itu. Aku melihat teman-teman sebagai pendorong untuk aku berjaya. Kenapa mereka boleh ? Aku pun mesti boleh mencapai kejayaan juga kerana aku dan mereka tiada bezanya. Sama-sama meninggalkan kerjaya dan keluarga untuk datang belajar di sini. Terima kasih untuk temanku jua yang sama-sama jatuh dan bangkit dan dapat mencapai segala yang diimpikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..