Ahad, 24 Januari 2010

Episode Baru


Di tempat baru..
Sudah 2 minggu aku di sini. Bermula cerita dan hikayat baru dalam diariku. Apa yang kutemui di sini berbeza dengan apa yang telah aku lalui selama ini. Keterujaaan dengan kehidupan di tempat baru dan keletihan menyelesaikan tugas-tugas baru mengheret suami dan anak-anakku sama dalam kancah dunia baruku. Serba serbi baru.. hanya aku yang haru biru..
Aku ditugaskan dibahagian MCH setelah habis kursus setahun di KB.
Walaupun aku asal dari daerah ini tapi aku tidak mengenali sangat tentang tempat ini. Aku rasa aku semakin asing apabila menemui orang-orang di sini. Aku semakin bertambah usia rupanya. Anak-anak kecil yang ku temui semasa zaman persekolahanku dulu telah dewasa kini dan beranak pinak.. Jadi aku kini seorang MAKCIK..
Aku belek rambutku pagi tadi di depan cermin.. Terkejut juga apabila melihat 3 helaian putih di kepalaku.. Uban... Namun apabila ku raba wajahku.. Alhamdulillah kulit ku masih terasa licin, tegang dan gebu. Lega seketika. ..

1 ulasan:

  1. salam... along walaupun kita semakin jauh sekrang..tapi ia tetap sama... hubungan bagai air yg dicincang.. marah seketika... ego tak akan kekal lama jika disirami dengan kasih sayang... along, adikmu ini tidak sempurna... cuba untuk menjadi sempurna tetapi tidak tahu... bercakap pasal usia, memang "ya" kita semaking OLD... ramai kekawan tertutama perempuan udah bertungan dan kawin.. tak kurang teman sekuliah sedang bercuti bersalin... ha.. betul tu... macam2 belaku dalam tempoh 3 tahun ini...

    Selamat menempuh kehidupan baru di kampung... hargailah apa yg ada..sesungguhnya aku tidak lagi mempunyai peluang yang sama... hidup aku makin jauh di perantauan... semakin jauh dan makin sibuk... bukan kupinta menjadi bergini tetapi tuntutan kehidupan sekarang.. apapun I Love My Family...

    Along, buat yg terbaik....:) Jaga Abah, Ma, Mok, Anak buah dan Adik2 kita... harap dapat jadi seperti sebelum.. be normal back...:)

    BalasPadam

Kasi Laju Sket..