Jumaat, 11 Jun 2010

Cerita Aku, Mentakab, Kota Bharu, Manek Urai dan JPAM Kuala Krai

Hampir 6 bulan rupanya aku telah meninggalkan bandar Mentakab yang telah 10 tahun aku menghuninya. Membina kerjaya, menemui cinta dan membina keluarga di situ akhirnya masuk tahun ke 10 aku terpaksa melangkah kaki meninggalkan bandar itu yang sudah sinonim dan sebati dengan hidupku. Anak-anakku semuanya anak Pahang. Ic: 06-XXXX.. Tapi demi keluarga aku terpaksa meninggalkan kehidupan yang telah kubina di situ untuk kembali ke kampung halamanku.
Mentakab - Temerloh banyak meninggalkan nostalgia untukku. Hospital Mentakab , Hospital Temerloh dan Klinik Kesihatan Bandar Mentakab adalah tempat aku menabur bakti dan mencari rezeki. Membina kerjaya dan membina keluarga jua. Hati kecil ini masih dan teramat rindu suasana kehidupan di Taman Seri Bukit Bendera.
Kota Bharu - cerita aku di perantauan mencari ilmu. Berjauhan dari keluarga-suami dan anak-anak, ayah bonda jua. Setahun mengadap buku, terlena di bilik kuliah, kelas teori dan praktikal begitu jerih kuhadapi. Punya kenalan baru yang senasib terpisah dengan keluarga untuk ilmu. Walaupun Kota Bharu adalah ibu negeri kelahiranku tapi aku betul-betul buta apabila tersesat di tengah kelompok masyarakat yang kurasakan begitu asing untukku. Ya sebenarnya kali terakhir aku jejak kaki di bandar Kota bharu ialah tahun 1995 semasa aku hadir untuk temuduga masuk Nursing di wisma. Selepas itu aku ke Ipoh , Perak selama 3 tahun dan seterusnya berkhidmat di Pahang. Aku rasakan kota Bharu begitu asing denganku. Pertama kali menjejak kaki ke bandar KB (selepas hampir 13 tahun) aku terpaksa ditemani oleh adik lelaki dan bonda. Aku rasa begitu tersisih jauh dari keluarga. Setahun aku harus menempuh pahit maung di perantauan bumi kelahiranku sebenarnya. Di sini aku kenali Sue (Suriani), Kak Fadzillah, Aloha, Tie O, Tie I, KakNorma, Kak Maslina, dan ramai lagi teman baru. Apa yang lebih pelik lagi apabila aku terasa begitu kekok untuk speaking in Kelate. Tapi disebabkan lidah aku dah biasa makan budu aku cepat insaf diri. Kesian plak kat hubby bila aku kecek klate dia tanya balik apa yang aku cakap..
Sembilan bulan di KB aku dapat transfers terus ke klate.Disebabkan aku belum habis belajar maka aku habiskan sehingga Januari 2010 baru aku menjadi warga Manek Urai. Hari ini aku rasa seronok pula berkhidmat di sini walaupun mula-mulanya fikiran aku masih terbayangkan KKBM, Mentakab. Sebenarnya di mana kita berkerja atau di tempatkan sekiranya kita ikhlas dengan kerja kita maka kita akan seronok dan bahagia dengan pekerjaan kita. Itulah yang aku alami.
April 2010 aku bersama Achik masuk JPAM. Mula-mulanya aku tak pasti apa tujuan aku masuk JPAM ni. Tapi setelah mengikuti latihan pada hari jumaat minggu kedua dan ke-4, mindaku mula terbuka. Aku rasakan dengan kerjaya hakiki aku selama ini aku sudah dapat banyak ilmu dan dapat menolong orang lain tapi rupanya di dalam JPAM banyak benda yang aku tidak tahu untuk menjaga diri, keluarga dan orang ramai. Banyak yang aku cuba pelajari dan aku cuba hulurkan bantuan. Dan dengan sedikit ilmu yang aku ada , bolehlah ku hulurkan dan curah kepada ahli JPAM yang lain. Aku tidak menyesal menjadi sebahagian anggota JPAM malahan aku berbangga dengan mengganggotainya. Tapi sebagai orang baru di tempat kerja hakiki aku kadang-kadang terpaksa lebih pentingkan kerja hakiki dari JPAM.
Banyak benda yang ingin kukongsi disini tapi belum punya waktu untuk terus bercerita. Lain kali aku sambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..