“Kenapa
kau tidak memberitahu tentang perhubungan kita Ira? Kenapa?” Terngiang-ngiang
di telingaku pertanyaan Daniel semalam.Hampa dan sayu suaranya. Aku terdiam.
Membisu seribu bahasa.
“Kita
bukan kenal sehari dua.. malahan semenjak sekolah lagi. Hampir 10 tahun. Mestikah
perhubungan kita akan berakhir dengan begitu sahaja, Ira?” Tekannya. Dia menggoyangkan
bahuku yang dipegangnya.Aku tunduk sayu.
“Atau
kau sememangnya mahu kita berpisah dan menunggu saat ini. Benarkah Ira?”
Matanya merah. Aku tahu dia menangis.
“Tidak
Daniel..!” Aku bertambah sebak.
Kata-katanya benar menghiris perasaanku. Air mata tidak dapat dibendung
lagi. Dia terus memelukku seketika. Menyapu airmataku dengan jarinya.
“Ira…Ira
terpaksa Daniel. Abah memaksa Ira menerima Syafik. Tapi Ira tidak menyukai
lelaki itu..,”
“Ira..
Daniel tidak kisah jika Ira pilih lelaki lain. Tetapi kenapa kau pilih dia?
Kenapa?” Direnung wajahku tajam.
“Ira
minta maaf. Maafkan Ira, Daniel.Mungkin sudah takdir kita tiada jodoh,” ujarku
perlahan.
“Jodoh..Apa
itu tiada jodoh? 10 tahun hubungan kita itu kau kata tak ada jodoh?” Jerkahnya.
Aku kaget seketika dan meleraikan tangannya yang memegang bahuku. Aku menolak
badannya ke depan sedikit, bangun dan berlari ke gigi jalan. Ketika itu sebuah
teksi melalui kawasan itu dan aku segera menahannya. Daniel hanya memerhati ke
arahku. Pantas kusuruh pemandu teksi itu segera pergi dari situ. Aku tidak
sanggup lagi menatap wajah Daniel.
Semenjak
peristiwa di taman itu, aku tidak lagi menghubungi Daniel. Hari-hari yang
kulalui tanpa Daniel di sisi amat menyeksakan jiwaku. Aku hanya mengurung diri
di kamar. Selepas balik kerja aku terus masuk ke kamarku. Mengurung diri dan
turun bersama keluarga apabila makan. Abah dan Umi tidak mengecami perubahan
padaku. Syukurlah. Lagipun memang sikapku selepas balik kerja aku lebih suka
memerap di kamar apabila tidak keluar. Abah dan Umi sibuk menguruskan restoran
mereka yang terletak dipinggir jalan besar. Aku hanya sekali sekala menjengok restoran
itu apabila tidak sibuk.
“Intan…
ada orang nak jumpa ni,” laung Abang Norman dari ruang tamu. Lamunanku
terputus. Aku bangun menjengok melalui jendela kamarku. Sebuah kereta BMW putih
susu menjalar di halaman rumah. Sudah kutahu siapa yang datang. Aku segera mengadap
cermin, membelek wajahku seketika. Membetulkankan rambut lalu keluar dari
kamar.
Jelas
kedengaran suara Abang Norman sedang melayan
tetamu yang datang itu.
“Hah..!Intan,
ni Syafik datang nak mengajak kamu keluar”, sapa abang Norman. Tetamuku itu
segera berpaling memandangku. Aku melabuhkan punggung di sebelah Syafik.
“Maaf
,kalau lama menunggu. Intan terlelap tadi,” beritahuku sambil menghadiahkan
senyuman.
“Tak
mengapa,” Ujar lelaki itu lembut
membalas senyumanku.
Abang
Norman bangun meminta diri dan membiarkan aku bersama Syafik.
“Maaf
kerana abang menganggu Intan. Agaknya Intan penat tak?” Begitu lembut dia
menuturkan bicaranya.
“Tadi
Intan membaca novel. Entah bila masa boleh terlelap,” jelasku.
“Bagaimana
kerja hari ini?”
“Macam
biasa. Tak ada masalah sangat. Tapi Intan masih banyak perlu belajar.”
“Baguslah.
Kalau ada masalah, Intan ceritalah kat abang okey.”
“Insya
Allah.”
Dia
mengangguk kepala dan merenung wajahku. Lelaki itu terdiam. Masing-masing melayan
fikiran. Aku juga tidak tahu apa lagi yang hendak dibicarakan. Syafik tunduk.
Kami membangkitkan daerah sepi. Barulah hari ini aku berpeluang menatap
wajahnya. Patutlah abah dan umi terpikat dengan lelaki ini. Wajahnya yang
lembut dan matang mendamaikan. Kulitnya sawo matang berbanding dengan Daniel
yang berkulit putih dan wajah keanak-anakkan. Hidungnya mancung tapi tidak
semancung hidung Daniel. Bibirnya bersih tidak merokok sedangkan Daniel kuat merokok.
“Ehem..!!!”
Deheman abang Norman memeranjatkan aku.
“Kenapa
sepi aje ni.. Kalau tak biasa pun latih-latihlah sikit,” usik abang Norman
sambil meletakkan sehidangan jus oren. Aku tersenyum malu. Aku mencapai gelas
minuman di atas meja lalu kuhulurkan kepada Syafik..
“Terima
kasih.” Dia tersenyum manis.

“Ke
mana kita?” Tanya Syafik tiba-tiba. Aku berpaling ke arahnya.Dia memegang
stereng dengan tenang. Matanya menjurus ke hadapan. Stereng di pegang lembut.
“Entah,
Intan ikut sahaja,” ujarku untuk mrnghilangkan kegelisahan di hatiku. Aku masih
segan bersamanya. Lagipun sebelum ini aku tidak pernah keluar bersendirian
bersamanya. Malahan aku tidak pernah mengenalinya. Menurut ibunya, Syafik baru
balik dari luar negeri.
“Apa
kata kita makan dulu,” cadangnya.
“Intan
ikut sahaja, tapi.. Intan belum lapar lagi,” ujarku jujur.
“Okey,
kalau begitu kita bersiar-siar dulu dan lepas ni kita ke rumah abang. Setuju
tak?”
“Ke
rumah abang?” Tanyaku kaget.
“
Ia, kita singgah kejap sahaja. Abang nak ambil barang,”
Aku
diam.
“Hey,Kenapa
ni Intan.Diam aje.Tak sudi berbual dengan abang ke?”
“Tak
adalah. Intan tak tahu nak cakap apa.”
Syafik
tertawa kecil dengan jawapan ku.
“Intan,
malam minggu nanti sudi tak temankan abang ke parti?”
“Parti?”
“Ya,
kawan abang buat parti kat rumahnya,” terang Syafik.
Pertemuan
petang itu tidak berakhir di situ sahaja. Akhirnya pada malam minggu itu aku
dapat berkenalan dengan teman-teman Syafik. Ternyata mereka jauh berbeza
dariku. Kesederhanaanku akhirnya menarik perhatian mereka. Beberapa suara yang
nakal mengusik mengajakku keluar. Syafik hanya tersenyum melihat reaksiku.
Pertemuan
yang tidak diduga dengan Daniel di parti bersama Syafik benar-benar melemahkan
semangatku. Hampir enam bulan kami berpisah akhirnya pertemuan yang tidak
dijangkakan itu mengungkit kembali kenangan silam. Aku memandang Daniel dari
jauh. Aku berasa lega apabila Syafik
membawaku ke tempat yang agak terlindung dan meninggalkan aku di situ untuk
mengambil minuman.
Aku
hanya mampu mencuri memandang ke arah Daniel. Aku melihat dia begitu gembira
bergurau senda bersama teman-temannya. Seorang gadis cantik berambut merah
tembaga setia di sisinya kelihatan amat mesra dan serasi. Dia tidak
memandangku. Aku memerhati dari jauh kemesraan itu. Mereka ketawa gembira
sambil Daniel menyuap sepotong makanan ke mulut gadis itu. Aku tidak sanggup
untuk terus melihat drama yang menyakitkan itu. Cepat-cepat aku berpaling ke
arah lain. Setitis air mata menitis di pipi. Apabila aku berpaling untuk kali
kedua, kulihat Daniel sudah tiada bersama gadis itu. Mataku melilau memandang
ke arah sudut lain pula. Ketika aku mengalihkan pandangan ke arah sekumpulan
gadis dan pemuda yang sedang berborak riang, kelihatan Daniel juga ada di di
situ. Tangan Daniel melingkari bahu gadis dan mereka begitu gembira.
Ah,
rupanya Daniel sudah mendapat penggantiku. Tanpa kusedari, sepasang mata bening
milik Daniel memandang ke arahku. Ketawanya tiba-tiba terhenti. Air mukanya
berubah. Tangannya yang melingkari bahu gadis temannya tiba-tiba dijatuhkan.
“Hey!
What’s wrong Daniel?” Suara gadis itu yang menegur Daniel menepis cuping
telingaku.Ketika itu juga Syafik datang
membawa minuman. Aku segera menyambut gelas jus oren yang dihulurkan.
“Sorry,
lama tunggu. Abang jumpa kawan tadi,” ujar Syafik lalu duduk di sisiku.
Badannya begitu hampir denganku. Daniel masih memandang ke arahku. Aku
menjelingnya sepintas lalu dalam debaran yang tidak berkesudahan.
“Intan,
jom join teman-teman abang,” ajak Syafik sambil menghulurkan jemarinya. Aku
mengangguk dan bangun beriringan dengan Syafik. Kami melintasi kumpulan Daniel.
Daniel memerhati langkahku. Matanya tidak mengerdip memandangku. Aku
berpura-pura tidak melihatnya. Namun jauh di sudut hatiku hanya tuhan sahaja
yang mengetahuinya. Hatiku meronta-ronta untuk bertemu dengan Daniel. Aku amat
merinduinya. Aku juga rasa cemburu melihat kemesraan dia dengan gadis tersebut. Dari raut wajah gadis itu boleh kuagak, dia
adalah gadis keturunan Cina Serani. Mereka agak sepadan. Apatah lagi dengan
Daniel yang berdarah kacukan Cina Inggeris itu. Jauh di sudut hatiku, aku hanya
mampu berdoa semoga Daniel akan bahagia dengan gadis tersebut. Mulutku terasa
ingin menyapa Daniel tapi hatiku menafikannya. Aku terus mengikuti Syafik
mendapatkan temannya.
“Hai,
kenalkan ini Intan tunangan aku..” Syafik memperkenalkan aku kepada
teman-temannya. Aku menyambut satu
persatu huluran salam dari teman-teman Syafik.
Aku tersenyum mendengar pujian teman Syafik yang bernama Akram. Semua
teman-teman Syafik agak bergaya dan lebih matang berbanding teman-teman Daniel.
Mungkin factor usia membezakan mereka. Walaupun perbezaan umurku dengan Syafik
sendiri hanya 8 tahun tapi mereka agak matang. Perbualan juga agak rasmi. Aku
menjadi tidak begitu berminat untuk berbual dan hanya mendengar sahaja bicara
perbualan mereka.
“Intan,
kenapa diam?” tegur Zeela teman Akram sambil memandangku. Semua mata-mata dalam
kumpulan itu segera tertuju ke arahku.
“Ya,
kenapa sayang?” Sampuk Syafik pula. Dia memgang bahuku lembut.
“ Intan okey, tak ada modal je..” jawabku disusuli tertawa kecil untuk melindungi perasaaan sebenarku. Berada bersama kumpulan Syafik mendedahkan aku dengan suasana baru. Fikiranku tidak tertumpu kepada perbualan mereka tapi menerawang ke arah lain. Mindaku menjurus ke arah Daniel. Perpisahan kerana terpaksa mengheret aku ke lembah penderitaan yang tidak tertanggung oleh jiwaku. Zahirnya aku gembira bersama Syafik namun di sudut hatiku aku tetap merindui kemesraan bersama Daniel. Jikalau tidak memikirkan Abah dan Umi ingin kutolak sahaja lamaran keluarga Syafik. Abah dan umi seakan tidak mengerti perasaanku. Mereka menghubungkan tali persahabatan lama mereka dengan mengikat aku dengan Syafik. Pada mulanya agak sukar untuk aku menerima berita itu. Namun harapan Umi dan Abah yang bergantung harap kepadaku tidak dapat aku tepis lagi. Akhirnya aku termakan pujukan Abah dan Umi untuk menerima Syafik. Abang Norman juga turut campur tangan kerana menurutnya banyak yang menghalang aku bersama Daniel. Kami berbeza adat dan budaya lebih-lebih lagi agama. Walaupun aku pernah memberitahu bahawa itu semua dapat di atasi kerana Daniel bersedia menghadapi, namun abang Norman tetap tidak menyetujuinya. Dialah juga yang memujuk abah dan umi untuk menerima pinangan keluarga Syafik.
“ Intan okey, tak ada modal je..” jawabku disusuli tertawa kecil untuk melindungi perasaaan sebenarku. Berada bersama kumpulan Syafik mendedahkan aku dengan suasana baru. Fikiranku tidak tertumpu kepada perbualan mereka tapi menerawang ke arah lain. Mindaku menjurus ke arah Daniel. Perpisahan kerana terpaksa mengheret aku ke lembah penderitaan yang tidak tertanggung oleh jiwaku. Zahirnya aku gembira bersama Syafik namun di sudut hatiku aku tetap merindui kemesraan bersama Daniel. Jikalau tidak memikirkan Abah dan Umi ingin kutolak sahaja lamaran keluarga Syafik. Abah dan umi seakan tidak mengerti perasaanku. Mereka menghubungkan tali persahabatan lama mereka dengan mengikat aku dengan Syafik. Pada mulanya agak sukar untuk aku menerima berita itu. Namun harapan Umi dan Abah yang bergantung harap kepadaku tidak dapat aku tepis lagi. Akhirnya aku termakan pujukan Abah dan Umi untuk menerima Syafik. Abang Norman juga turut campur tangan kerana menurutnya banyak yang menghalang aku bersama Daniel. Kami berbeza adat dan budaya lebih-lebih lagi agama. Walaupun aku pernah memberitahu bahawa itu semua dapat di atasi kerana Daniel bersedia menghadapi, namun abang Norman tetap tidak menyetujuinya. Dialah juga yang memujuk abah dan umi untuk menerima pinangan keluarga Syafik.
Tiba-tiba
suasana menjadi bising. Seorang pemuda mabuk. Kekecohan yang berlaku itu
mengejutkan aku dari terus berkhayal. Kulihat Daniel sedang ditenangkan oleh
teman-temannya. Rupa-rupanya dia mabuk. Dia menjerit-jerit memanggil namaku.
Pucat juga aku seketika dibuatnya. Syafik tidak menghiraukan situasi itu
seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Ira..
I want you. Please come back to me..!!!” Aku menjadi pilu mendengar suara
Daniel. Dia merintih dan merayu-rayu.
“Apa
kena dengan budak tu?” Tegur teman Syafik.
“Mabuklah
tu..” jawab Syafik bersahaja. Dia berpaling memandang ke arah Daniel yang
ditenangkan oleh teman-temannya.
“Eh!
Aku kenal budak tu..!” Tiba-tiba Syafik bersuara. Dia bangun meluru ke arah
Daniel.
Aku
hanya melihat Syafik bercakap sesuatu dengan Daniel. Dia memegang lengan
Daniel. Daniel berusaha melepaskan pegangan Syafik. Mereka hampir sama tinggi.
“You..
Shut up..!!! Get lost..! I hate you,” jerit Daniel sambil melepaskan tumbukan
ke muka Syafik.Aku panik apabila melihat Syafik tidak mengelak. Dia menggosok
hidungnya. Gadis teman Daniel memandang Syafik dengan terkulat-kulat. Tergaman.
“Sorry
Sir!” Dia tertunduk-tunduk memohon maaf.
“You
tolong I bawa dia ke kereta,” Arah Syafik kepada gadis itu.
“But..
I..” Gadis itu tergagap-gagap. Aku beriringan dengan teman-teman Syafik yang
lain menghampiri mereka. Daniel meronta-ronta. Beberapa orang teman Daniel
menolong memapah Daniel ke kereta. Daniel masih meracau-racau memanggil namaku.
Mujurlah Syafik tidak perasan kerana Daniel menyebutnya Ira..Aku hanya
memerhati sahaja. Syafik menggamitku. Teragak-agak aku melangkah menghampirinya.
“
Kita balik. Abang nak hantar Daniel balik. Dia mabuk teruk.”
Aku
mengangguk dan masuk duduk di sebelah Daniel. Gadis itu juga ingin masuk ke
dalam kereta tapi di halang oleh Syafik.
“
Awak tak usah ikut. Daniel ni adik tiri saya. Biar saya uruskan.”
Syafik
memandang ke arah tempat duduk belakang.
“Maafkan
abang kerana menyusahkan Intan.”
“Tak
mengapa. Perkara kecik aje ni.” Ujarku dan menyandarkan tubuh Daniel ke
belakang. Daniel masih menyebut namaku.
“Apa
nak jadi dengan budak ni. Itulah uncle terlalu beri muka. Kalau tidak ingatkan
dia tu adik tiri aku dah lama aku kerjakan. Apa nak jadi bercampur dengan
budak-budak tak tentu hala. Asyik enjoy aje.” Rungut Syafik. Daniel masih
menyebut namaku. Syafik berpaling ke belakang. Ketika itu aku berpaling
mengelap dahi Daniel dengan tisu. Dia tersenyum.
“Entah
perempuan mana dah merasuk dia sampai macam ni,” rungut Syafik lagi. Aku
terdiam. Di dalam kesamaran cahaya lampu jalan itu airmataku berjuraian jatuh
menitis di pipiku dan kusedari setitik dua jatuh ke atas lengan Daniel.
Bagaikan tahu, Daniel berhenti menyebut namaku. Syafik memandu kereta miliknya
itu dengan kelajuan sederhana membelah kesuraman cahaya lampu jalan.
Mula2 agak lambat dapat sikit. tapi bila dah masuk tengah2 tu sedap skit. tak sabar nak baca kesudahannya. sedapppp terrr... teruskan kakakku.
BalasPadam