Isnin, 24 Disember 2012

Hari Penuh Debaran Dan Cabaran " Camel Throphy"

Hari yang amat mencabar bagiku dan teman sekerja. Semalam aku telah mendapat arahan dari ketuaku untuk tugasan yang perlu aku lakukan hari ini iaitu keluar ke lapangan melawat kes ibu bersalin dan ibu mengandung.Selepas menyelesaikan kerja bahagian dalaman pejabat aku dan teman sejawat serta seorang pemandu keluar melawat lapangan di perkampungan orang asli. Semasa kami keluar ketika itu sekitar pukul 10.00 pagi. Cuaca di musim ini agak lembab dengan hujan yang turun renyai-renyai. Aku berani cakap hujan renyai- renyai sahaja kerana aku meredah hujan ke tempat parking kenderaan dan pakaianku hanya sedikit lembab terkena titisan air hujan.
Kami sampai di perkampungan tersebut sekitar pukul 11.40 pagi. Perjalanan tidak begitu lancar kerana jalan raya rosak berlubang dan kenderaan tidak dapat di pandu dengan lancar. Pemandu yang bersamaku memandu dengan amat berhati-hati disebabkan jalan yang berlopak-lopak dan berlubang yang boleh menyebabkan kerosakan kepada tayar kereta jika tidak dipandu berhati- hati.
Aku dan temanku singgah ke rumah pertama ibu mengandung anak kembar. Rutin pemeriksaan dilakukan. Sambil beramah mesra dengan ibu dia bercerita suaminya keluar mencari kayi api untuk 'berdiang' disebabkan cuaca sejuk.
Di luar sana hujan turun agak lebat juga. Dalam rintikan hujan yang menggila itu jantungku turut sama berdetak laju mengepam darah. Peluh kecil mula terbit di dahiku. Debaran menjentik aliran gemuruhku. Bacaan tekanan darah kali pertama aku cuba ulangi. Kali ini 'cuff sphygnomometer' aku kalihkan ke lengan kiri pula. Bacaan masih sama malahan lebih tinggi. Aku mencuba mengepam sekali lagi sambil wajahku merenung wajah ibu yang kelihatan tenang tanpa reaksi. Mataku beralih ke garisan halus di meter spygnometer. Pendengaran aku tetap fokuskan dan jelas di telingaku bacaan ' sistolik' pertama bermula di garisan angka 170 dan berakhir di diastolik 110. Aku merenung wajah ibu seketika. Aku mula mengulangi soalan yang telah kuhafal apabila berdepan situasi sebegini. Sakit kepala,pening, pedih ulu hati, loya muntah dan beberapa soalan lain. Ibu masih menggeleng kepalanya.. " Neng!" yang bermaksud tiada di dalam bahasa ibundanya.
Aku mencatit di rekod di depankku. Aku meraba poket bajuku dan mengeluarkan telefon tanganku. Kudail salah satu nombor yang terdapat di dalam buku telefonku.
Setelah panggilanku disambut, aku laju menceritakan keadaan yang berlaku. Keputusannya... Ibu harus di bawa keluar dari situ dan mesti diberi rawatan lanjut. Hampir 10 minit juga berbincang di telefon aku menyimpan kembali telefon ke dalam poketku.
Aku cuba mengumpul kekuatan dan menyusun bicara kerana aku tahu hasilnya pasti mengecewakanku. Ibu mendengar peneranganku dan walaupun jenuh memujuk dan meyakinkan ibu jawabannya tetap sama. "TIDAK".
" You cubalah pujuk sehingga dia bersetuju keluar," masih terngiang-ngiang di telingaku arahan tadi. Lama juga aku cuba memujuk ibu dan jawapan tidak berganjak. Aku ...... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..