Selasa, 16 Disember 2014

16 Disember 2014 @ 5.26pm

Hari ini hujan sepanjang hari. Kadang-kadang lebat dan kadang-kadang berhenti sekejap. Aku seperti biasa pukul 8.00 pagi sudah tercongak di tempat kerja sehingga pukul 5.00 petang. Aku tidak keluar kelapangan seperti biasa. Sejuk dan tidak mahu kebasahan. Lagipun aku melihat jadual tugasanku hari ini tidak perlu aku keluar berlamaan di lapangan.

Sekarang ini di kawasanku sudah mula dilanda musim tengkujuh. Bagi keluargaku yang sudah biasa tinggal di kawasan banjir walaupun rumah kami tidak ditenggelami air tetapi persiapan untuk menghadapi banjir sudah kami persiapkan dari awal.
Aku telah membeli beberapa kampit beras, lauk ikan masin, sardin, gula, garam, bawang , kicap, susu, biskut dan juga lilin. Ini adalah kebiasan yang ku lakukan apabila menghadap musim bah.
Keluargaku juga mula berjaga-jaga sambil meninjau air sungai di depan rumahku. Anak-anak kampung mula sibuk mencari payung melihat sungai-sungai di kampung kami mengawasi kenaikan paras air.
Harap-harap tiada banjir tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..