Isnin, 22 Disember 2014

Banjir

Aku tak tau nak mulakan macam mana.
Hujan lebat seharian dan banyak aktiviti berubah jadualnya.
Aku masih lagi kena pergi kerja.
Masih perlu berkejar memandu meredah hujan berkerjar untuk punch card.
Aku rasakan aku ini bagaikan orang yang hilang ingatan bila bercerita pasal banjir ni.
                        Aku masih ingat tahun 2004 pantang anak kedua aku meredah air banjir paras lutut menyelamatkan diri ke rumah sepupu aku yang berada di tempat yang tinggi. Ketika itu paras air banjir di rumahku menurut bondaku separas paras betis sahaja di dalam rumah.
Seingat aku juga pada tahun 1988 juga pernah berlaku banjir.
Ketika itu kawasan kejirananku masih belum banyak rumah. Majoriti rumah yang berada di kawasan itu dinaiki air banjir. Rumah aku pula dikira sebagai tempat yang paling tinggi dan air banjir sekadar paras paha bondaku. Ketika itu kami menyelamatkan diri ke bukit dan ayahku bersama beberapa jiran bergotong royong membuat khemah di bukit itu.
Aku masih ingat kedudukuan bukit yang agak curam dan dialaskan dengan tikar plastik. Keperluan bahan makanan dan lain-lain termasuk selimut adalah mencukupi kerana kami telah bersedia dari awal lagi menghadapi banjir. Pada masa itu tidur berbaring dalam khemah tidak perlukan bantal kerana kedudukan khemah yang sedikit curam. Apabila air memenuh hujan juga mula surut dan petang esoknya kami sudah boleh balik ke rumah.
Banjir pada tahun 1988 dan 2004 tiada kerugian harta benda seperti banjir pada Disember 2014. Apa yang berlaku selepas banjir keluargaku balik ke rumah dan mencuci rumah membuang selut dan lumpur yang melekat di lantai dan dinding rumah. Barang-barang yang ayahku letakkan di tempat yang tinggi dengan cara buat para meletakkan kayu di atas 'galang' jendela rumah dan disusun dengan plywood barulah di letakkan peralatan rumah termasuk tilam, bantal, kain baju dan lain-lain. Syukurlah ketika itu air banjir tidak melepasi paras jendela dan harta benda kami terselamat. Bila air surut kami juga sempat berpesta menangkap ikan. Aku rasakan sangat seronok ketika itu. Maklumlah ayah dan ibuku masih kuat dan jiran-jiranku juga ramai dan kami saling bantu membantu.
Nanti aku upload foto banjir ketika tahun 2004.
...........................................untuk cerita banjir tahun 2014 bersambung di bahagian dua cerita banjir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..