Rabu, 6 Januari 2016

Edit by asmah

Semenjak petang semalam, hujan turun tidak berhenti. Kadang-kadang agak lebat terutama sekitar tengah malam, tapi pagi tadi hanya renyai-renyai sahaja dan berhenti sekitar pukul 7.00 pagi. Semenjak petang semalam juga Aira gelisah di pembaringan. Sekejap dia berpusing ke kiri dan ke kanan, kadang-kadang dia meluruskan badannya dan kemudian tidur memeluk lututnya. Ada waktunya dia bangun menyandar tubuhnya di kepala katil dan kemudia dia meluruskan semula badannya ke atas tilam empuk bercadar kuning air warna kegemaranya. Semenjak dari pukul 2.00 pagi lagi setelah dia terjaga disebabkan oleh gangguan telefon, Aira tidak mampu lagi melelapkan matanya. Dia memandang ke arah jam di tepi katilnya. Oh! Sudah pukul 8.15 pagi rupanya. Dan dalam jangkamasa 6 jam lebih juga matanya terkebil-kebil seperti cicak berak kapur. Pelbagai usaha dilakukan agar dapat melelapkan mata untuk seketika tetapi tidak berjaya. Kenapalah susah sangat ni. Nak dikatakan dia sudah cukup tidur tidak juga kerana dia masih menguap berkali-kali.

@ Perlukisan watak keadaan/masa/suasana agak bercelaru.

Semenjak petang semalam hujan turun tidak berhenti. Kadang-kadang lebat, ada ketika renyai-renyai sahaja.   Sejak petang semalam Aira gelisah di pembaringan ( dia tidur awal ke?) Dia tidak boleh melelapkan mata,  Hari semakin melewati tengah malam, matanya masih juga tidak mahu terlelap, sekejap, dia berpusing kiri dan kanan, ada waktunya dia meluruskan badan.  Kemudian dia cuba tidur memeluk lututnya sendiri.  Namun, matanya tidak juga mahu terlelap.  Dia bingkas bangun dan duduk di birai katil.   Waktu sudah menganjak ke pukul 2.00 pagi.  Dia masih juga tidak boleh melelapkan mata. 

Masa terus berlalu begitu sahaja.  Cahaya matahari pagi sudah menjengahkan sinarnya melalui celahan tingkap yang ditutupi kain langsir berwarna tanah.  Matanya menyinggah jam yang terletak di meja solek.  Sudah pukul 8.15 pagi.  Sahlah semalaman dia tidak tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..