Khamis, 18 Februari 2016

Sketsa Pagi jumaat

Setahun sekali mesti aku diserang demam. Tahun lepas aku dah lupa bila kali terakhir aku demam. Kali ini tanggal 17hb Febuari 2016 sekali lagi suhu badan aku meningkat sehingga 41°C apabila aku meletakan alat suhu berbentuk lidi warna kuning yang mengandungi raksa (merkuri)  di dalamnya ke bawah lidahku. Alat penyukat suhu badan berharga RM 1.80 sen yang aku beli di Farmasi Juara di Bandar Mentakab tahun 2002 lagi kusimpan  di dalam kotak peti kecemasan yang kubeli sama dari farmasi tersebut.
Berbalik kepada cerita demam kali ini ianya ternyata berbeza dengan demam yang kualami sebelum ini. Demam kali ini bukan sahaja suhu badan panas tapi dikuti dengan gigilan sehingga gigi-gigi aku juga turut berlaga.  Aku berselimut tebal dengan guna dua lapis comforter yang tebal dan tangan memeluk erat lutut.
Aku juga seorang yang penakut untuk menelan ubat tapi kali ini disebabkan tidak tahan dengan kegigilan yang teruk aku terpaksa membiarkan dua biji panadol melalui tekakku walaupun ianya terasa sukar dan kepahitan itu hampir tidak terasa.
Selepas 10 minit menelan ubat aku mula berpeluh dan berasa selesa. Aku boleh bangun ke bilik air untuk mandi dan mula berselera untuk makan. Nasi putih berlauk ikan goreng dan ulam pucuk betik celur cicah budu menjadi santapan yang enak.
Namun ianya hanya bertahan setakat 4-6 jam sahaja kerana suhu badan akan kembali meningkat selepas itu. Dari 17hb sehingga ke saat ini aku sudah menelan 6 kali ubat Panadol sebanyak dua biji setiap kali serangan. Aku bercadang untuk berjumpa doktor pada hari ahad lusa kerana klinik dibuka pada hati tersebut. Aku tidak mahu menganggu staff yang oncall pada hari cuti mingguan ini kerana aku rasa masih boleh bertahan.  
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..