Ahad, 24 Januari 2010

Episode Baru


Di tempat baru..
Sudah 2 minggu aku di sini. Bermula cerita dan hikayat baru dalam diariku. Apa yang kutemui di sini berbeza dengan apa yang telah aku lalui selama ini. Keterujaaan dengan kehidupan di tempat baru dan keletihan menyelesaikan tugas-tugas baru mengheret suami dan anak-anakku sama dalam kancah dunia baruku. Serba serbi baru.. hanya aku yang haru biru..
Aku ditugaskan dibahagian MCH setelah habis kursus setahun di KB.
Walaupun aku asal dari daerah ini tapi aku tidak mengenali sangat tentang tempat ini. Aku rasa aku semakin asing apabila menemui orang-orang di sini. Aku semakin bertambah usia rupanya. Anak-anak kecil yang ku temui semasa zaman persekolahanku dulu telah dewasa kini dan beranak pinak.. Jadi aku kini seorang MAKCIK..
Aku belek rambutku pagi tadi di depan cermin.. Terkejut juga apabila melihat 3 helaian putih di kepalaku.. Uban... Namun apabila ku raba wajahku.. Alhamdulillah kulit ku masih terasa licin, tegang dan gebu. Lega seketika. ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..