Selasa, 10 Mac 2015

Aira : Bab 2

Aira menyumbat beberapa helai pakaian ke dalam beg sandangnya. Dia merenung tiket bas yang telah dibeli petang semalam. Tiket itu diletakkan kembali ke celah poket beg yang berzip. Aira meletakkan begnya yang sudah dipersiapkan ke tepi katil. Dia kemudian duduk dan berbaring di katilnya.
Kalaulah tidak kerana lelaki itu dia tidak akan mengambil tindakan ini. Senarnya sukar untuk dia membuat percaturan ini. Tetapi setiap kali dia memikirkan peristiwa itu hatinya menjadi sakit. Dia akan menangis dan menangis apabila memikirkannya. Benci. Benci...! Lelaki itu mengkhianati cintaku.
Aira teringat cincin permata biru yang kerap berada di jarinya sebelum ini tetapi telah ditanggalkannya. Dia tidak perlu lagi terhegeh-hegeh memakai cincin itu. Usia pertunangannya pun masih baru. Belum pun sampai tiga bulan. Dia bertunang dua bulan sebelum peperiksaan SPM. Kini dia baru dua minggu melepasi peperiksaan itu. Syukurlah kerana peperiksaan itu dapat dilaluinya dengan jayanya. Kerana ketika itu hatinya sedang berbahagia. Dia belum dilukai seperti ini.
Aira memusingkan badannya ke kiri. Seketika iti juga wajah tunangnya datang menghimpit perasaannya. Benci. Itu sahaja yang ada di hatinya kini. Sebelum ini dialah wanita yang paling bahagia. Cinta yang dipupuk semenjak dia tingkatan tiga diteruskan dengan ikatan pertunangan di saat dia hampir menjalani peperiksaan SPM menjadi pembakar semangat untuknya menghadapi peperiksaan. Abah dan umi juga hanya mampu bersetuju apabila tunangannya datang mengkhabarkan untuk mengikat tali pertunangan sebelum dia berangkat ke luar negeri. Aira berjaya memujuk umi dan ayah agar menerima pinangan Izlan. Dia bahagia dengan pertunangan itu. Keluarganya juga seakan menyokong pertunangan itu.
Itu kisah sebelum dia menghadapi peperiksaan SPM. Kini setelah dua minggu peperiksaan itu berlalu, dia di duga. Kemunculan tunangnya dengan khabar yang tergesa-gesa mengheret perasaanya dan melakar duka dihatinya.
“ Along tak setuju kita berkahwin sekarang. Along masih muda..” bantahnya tegas.
“ Abang nak bawa along bersama abang ke luar negeri. Temankan abang di sana. Kita kahwin..”
“ Abang... masih terlalu awal. Along masih muda untuk menggalas tugas sebagai isteri”
“Abang ada. Kita sama-sama berusaha membentuk keluarga kita. Kita kahwin ya sayang..”Pujuk Izlan. Izlan terus merayu. Aira mendegus. Desakan Izlan menyesakkan fikirannya. Dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam usia semuda ini. Apabila ditanya kepada ayah dan umi mereka juga tidak menyokongnya. Anak gadis mereka masih berhingus. Itu alasan umi.
“Along tidak ingin berkahwin dengan abang sekarang..” tegas Aira. Tapi ketegasan bicaranya itu membuat Izlan marah. Izlan memberontak.
Aira menjadi binggung. Perbincangan itu berakhir dengan perkelahian yang sengit dan saling tuduh menuduh. Niat yang ikhlas bertukar menjadi cercaan. Akhirnya kedua-duanya terluka.
Aira menangis tersedu-sedu. Izlan terlalu mendesak. Aira bosan dengan desakan itu. Cintanya bukan kerana nafsu semata-mata. Izlan dengan pendiriannya.
“Begini ajelah, kalau abang hendak sangat berkahwin sebelum ke luar negeri kahwinlah, Tapi bukan dengan Along. Muktamad  ..” Aira meninggalkan Izlan dengan tangisan yang berderaian. Dia bukan boneka cinta. Dia perlukan dunianya dan dirinya...
Rupanya Izlan menyahut cabaran itu.
Khabar yang di bawa oleh Melia teman sekelas melukakan hatinya.
“Betul Aira. Aku bukan sengaja nak buat fitnah atau bergosip sahaja. Mata aku sendiri melihat abang kau dengan perempuan lain kat kedai emas tu,” cerita Melia bersungguh-sungguh.
“Ya, Aira. Aku juga nampak dia belikan perempuan itu cincin dan kalung emas. Mustahil untuk kau sebab perempuan tu dengan kau berbeza saiznya...” sambung Izzati pula.
“Biarlah, mungkin dia hendak mencuba saiz cincin aje kot.” Jawab Aira acuh tak acuh. Namun disudut hatinya berkocak keruh. Betulkah apa yang dikhabarkan oleh teman-temannya ini.
Aira cuba menghubungi Izlan tetapi talian telefon Izlan sukar untuk dihubungi. Aira memandang sepi telefon di depannya kaku. Fikirannya kusut. Benar-benar kusut. Adakah Izlan mengotakan permintaan Aira agar mencari gadis lain sekiranya Izlan ingin segera berkahwin.
Aira cuba menghubungi rumah ibu saudaranya iaitu bonda Izlan.
“Auntie tak masuk campur urusan Along dengan Izzi. Autie faham Along tak nak kahwin awal sebab Along masih muda. Dah berbuih mulut auntie cakap dengan Izzi tapi dia berkeras nak kahwin juga dengan along sebelum ke luar negeri. Dia nak bawa along ke sana juga..” jelas Auntie Maria  melalui telefon.
“Auntie, along belum bersedia untuk berkahwin. Along baru sahaja habis peperiksaan. Belum tahu keputusan macam mana. Along juga nak sambung pelajaran. Along tak boleh buat dua tugas sekali gus. Along tak reti nak jadi isteri dan belajar dalam waktu yang sama.” Rintih Aira meminta simpati.
“ Sabarlah along . Auntie sendiri pun tak faham kenapa Izzi nak kahwin sangat sebelum ke sana. Dia dah cerita pun auntie tak berapa nampak tujuan sebenarnya . Dia di sana empat ke lima tahun sahaja. Katanya dia takut along berubah hati semasa ketiadaanya nanti,” sambung ibu saudaranya itu lagi. Aira menggaru kepalanya tidak faham dengan kenyataan Izlan. Kenapa dia beria-ria sangat hendak berkahwin. Belajar pun belum tamat lagi. Kerja pun masih jauh lagi. Memanglah kedua orang tuanya mampu untuk membiayai pelajaran dan menanggung kehidupan mereka tetapi sampai bila harus mengaharapkan orang tuannya.
“ Duit orang tua abang mampu untuk menanggung kita berdua. Lagipun hanya abang sahaja anak tunggal mereka. Daddy dan mummy juga dah berjanji akan serahkan semua harta kepada abang nanti bila kita dah kahwin.” Singkat betul penerimaan Izlan. Dia langsung tidak mahu menerima pendapat orang lain . Apalah yang ada difikiran dia. Kahwin ! Kahwin! Kahwin! Itu sahaja yang difikirkan. Aira benar-benar tersepit.
Pendapat abah dan umi juga tidak seiring. Abah bersetuju dengan pendapat Izlan untuk berkahwin awal. Umi pula dipihak Aira yang masih menganggap anak gadisnya itu masih tidak layak menjadi seorang isteri. Aira akui dia tidak pandai memasak. Jarang berkemas rumah. Tidak pandai berkomunikasi. Sebagai kakak sulung kepada dua orang adik lelaki dia tidak dapat membawa dirinya sebagai anak gadis yang bercita-cita menjadi seorang isteri kepada rumah tangga.
“Along betul tak boleh nak jadi isteri abang buat masa ni...” rayu Aira sambil memandang Izlan. Tunangnya itu tersandar di kerusi kereta sambil berpaling ke arah lain. Wajahnya keruh. Aira tidak tahu apa yang difikirannya. Apa yang pasti kalut di fikirannya tidak sama dengan kekalutan difikiran Aira. Aira langsung tidak faham permainan apakah yang sedang Izlan aturkan.  Kenapa dia mendesak Aira untuk mengahwininya sedangkan dia menyedari Aira belum bersedia. Aira masih anak kecil. Itu kata Izlan sendiri semasa memberitahu melamarnya untuk mengikat tali pertunangan.
“Abang tak mahu anak kecil yang abang jaga dari kecil ini di sambar orang lain. Kita bertunang dulu ya sayang,” pinta Izlan semasa pertemuan tiga bulan lepas. Semuanya tanpa perbincangan yang panjang , Auntie Maria dan Uncle Didie datang ke rumah semasa abah dan umi sedang berbual bersama dengan jiran-jiran untuk membuat kenduri doa selamat untuk Aira menjalani peperiksaan. Abah dan umi menyambut kedatangan rombongan mereka seramai lima orang itu dengan perasaan pelik dan kejutan. Aira juga tidak dikhabarkan lebih awal oleh Izlan tentang rombongan itu. Mulanya Abah menyangka rombongan itu adalah kedatangan saudara mara yang jauh. Sebenarnya Uncle Didie adalah adik abah tetapi mereka menetap di Brunei. Perhubungan mereka juga agak rapat tetapi semasa Uncle Didie memberitahu hendak datang untuk melawat membawa hajat kerana sudah lama tidak berkumpul bersama keluarga , abah menyambut salam itu dengan ketawa ceria. “Eloklah kau datang Didie, abang Mat nak buat kenduri doa selamat untuk along sempena dia nak menghadapi peperiksaan,” beritahu abah semasa berbual dengan adiknya melalui telefon dua hari sebelum itu.Uncle Didie juga seperti Izlan suka membuat kejutan.
“Tak mengapalah. Hajat anak-anak, orang tua kena turutkan. Nanti merajuk. Aku ada sorang aje anak lelaki tu Abang Mat. “ beritahu Uncle Didie setelah memberitahu hajat mereka. Abah terkedu dan tersandar di kerusi. Mulanya dia tidak berapa faham sehinggalah Auntie Maria mengeluarkan Cincin tanda.
Keadaan masa itu menjadi kelam kabut juga kerana tiada persiapan langsung untuk majlis itu. Mujurlah semasa majlis itu Aira sudah siap memakai baju kurung. Lagipun dia juga menunggu kedatangan keluarga Izlan.
Apabila abah memanggil dan bertanya pasal kedatangan rombongan Izlan, wajah Aira pucat. Sekiranya dia ada sakit jantung pasti dia sudah jatuh pengsan di situ.
Namun dari kejutan itulah mereka akhirnya bertunang.
Itu cerita sebelum peperiksaan SPM Aira.
Kini kejutan baru dilakukan oleh Izlan. Dia meminta untuk segera mengahwini Aira.
“Along sayangkan abang tak?” Aduh, Aira bingung dengan pertanyaan Izlan . Sudah berbuih mulut Aira menjawab dan menuturkan ayat itu.
“Along sangat sayangkan abang. Dari dulu sehingga kini sayang di hati Along tidak pernah berubah ,” jawab Aira yakin. Dia merenung wajah Izlan mengharapkan agar tunanganya itu memahami gelodak hatinya.
“Abang juga sangat sayangkan Along. Sebab itu abang ajak Aira kahwin sebelum abang pergi ke Australia. Abang nak bawa Along ke sana.” Balas Izlan dan meraih tangan Aira.
Aira sudah berkali-kali diberitahu tujuan Izlan mengahwininya secepat mungkin itu.
“Abang, Aira ni muda sangat lagi. Belum pun menyambut hari lahir ke-17 tahun. Periksa pun baru habis entah lulus atau tidak. Aira nak sambung belajar dulu. Target Aira nak kahwin selepas usia 21 tahun dengan abang.”
“Along jangan risau, abang boleh tanggung Along. Lepas kahwin pun boleh belajar. Abang nak Along sentiasa di sisi abang. Abang tak boleh hidup tanpa along di depan mata abang.” Pujuk Izlan lagi. Aira rasa nak menangis dengan situasi itu. Dia tak mahu kahwin. Dia sangat cintakan Izlan tapi dia tidak mahu kahwin sekarang. Dia ingin belajar lagi.
“ Abang, boleh tak kita kahwin selapas abang habis belajar. Tak lama Along rasa lima tahun tu. Along boleh tunggu abang. Bolehkan abang..!” Rayu Aira pula.
“Susahlah Along ni nak faham jiwa abang...!” Tiba-tiba suara Izlan melengking marah. Meninggi. Aira terkejut juga dengan suara Izlan yang  kasar itu.Pertama kalinya Izlan  marah. Wajahnya yang keputihan itu kelihatan merah bagaikan menahan bara api di dadanya.
“Abang...! Kenapa tengking Along ?”
“Along tak nak fahami abang. Along tak sayangkan abang. Abang yakin along tak sayangkan abang. Kalau abang tak masuk meminang dengan mengejut hari tu, Along tak terima abang pun !” Tuduh Izlan tiba-tiba. Wajahnya merah kerana menahan gelodak hati yang membara. Wajahnya yang putih kelihatan seperti udang bakar. Aira panik juga dengan keadaan Izlan yang tiba-tiba bengis itu. Hatinya juga sedih denga tuduhan Izlan itu.
Aira cuba menarik tombol pintu kereta tetapi Izlan lebih pantas menahannya. Tangan Aira ditarik kasar.
“Aduh ! Kenapa abang jadi kasar macam ni?” Suara Aira hampir menangis. Dia tidak menyangka Izlan berubah sikap tiba-tiba.
“ Maafkan abang. Abang sayangkan Along. Jangan buat abang macam ni,” Rayu Izlan pula dan sepantas kilat dia tiba-tiba memeluk tubuh Aira. Aira menjadi panik. Selama ini dia tidak pernah diperlakukan sebegitu oleh Izlan.  Selama ini mereka amat menjaga batas-batas pergaulan. Dada Aira berdebar. Aira juga dapat mendengar degupan jantung Izlan yang berlari laju. Pelukan Izlan amat erat sehingga Aira rasa sukar bernafas. Aira cuba meronta diri. Dia tidak sanggup diperlakukan sebegitu oleh tunangnya sendiri. Aira hampir menangis.
“Jangan abang...!” tepis Aira apabila Izlan mula semakin liar. Ada yang ketiga diantara mereka yang telah merasuk hati Izlan.
“Jangan abang. Jangan buat Along macam ni.” Rayu Aira lagi. Dia cuba menolak bibir Izlan yang mencumbui lehernya. Rayuan Aira tidak dipedulikan oleh Izlan. Aira bertambah panik apabila Izlan merebahkan seat tempat duduk Aira. Izlan bukan lagi lelaki yang  budiman. Dia terus mencumbui Aira sehinggakan Aira tidak dapat lagi menahan dirinya.
Aira meronta sekuat hati dan menolak tubuh Izlan sehingga pelukan lelaki itu terlepas. Aira menangis tersedu-sedu apabila diperlakukan oleh tunang yang dipercayainya.
“Abang nak menodai along sebelum abang ambil cara sah ke?” Jerit Aira dengan air mata yang bercucuran.
“Abang tipu along. Abang bukan ikhlas menyintai along. Cinta abang berlandaskan nafsu semata-mata. Abang tipu Aira. Along tak akan kahwin dengan abang...!” Sesak dada Aira menghadapi situasi yang tidak disangkakan itu. Selama ini dia menyangka percintaan mereka adalah tulus dan ikhlas tetapi ternyata dia silap. Aira pantas membuka pintu kereta dan berlari keluar. Izlan tidak sempat menghalangnya keluar. Aira berlari selajunya ke tebing sungai. Dia rasa sedih dan malu sangat dengan tindakan Izlan. Tiada lagi lelaki budiman yang menyintai dia sepenuh hatinya. Aira terduduk di tebing sungai itu.  Malunya dia untuk menghadapi orang lain kerana perbuatan tunangnya.
“Along...! Maafkan abang..!” Suara Izlan dibelakangnya mengecutkan hati Aira. Dia berpaling ke arah Izlan yang kelihatan kusut masai.
“ Abang sangat sayangkan Along. Abang tidak boleh tahan lagi. Abang mesti kahwin dengan along...” Izlan semakin menghampiri. Aira mengundur diri ke belakang.
“Jangan dekat dengan Along. Along benci abang...!” tempik Aira seperti orang gila. Kakinya semakin menghampiri gigi air.  Izlan menghulurkan tangan hendak menahannya.
“Jangan macam tu sayang. Maafkan abang sebab terburu-buru tadi. Abang sangat cintakan sayang sebab abang jadi begitu...” rayu Izlan berterusan.
“Tidak... ! Abang tak sayangkan along. Abang nak menodai along tadi. Along tak boleh terima. Abang sengaja hancurkan kepercayaan along kepada abang...” Aira terduduk di gigi air. Izlan duduk bertinggung di depannya cuba memujuknya.
“Okey ! Abang minta maaf. Abang terburu-buru. Abang tahu abang silap. Sayang tenang dulu. Kita bincangkan lain kali. Dah maghrib ni. Jom abang hantarkan balik. Nanti abah dan umi tertunggu pula.” Pujuk Izlan lagi. Aira menggeleng kepala. Dia takut dengan Izlan.
“Dah maghrib ni sayang. Tak elok berada di luar kat tepi sungai macam ni. Jom abang hantar balik,” Izlan berusaha memujuk lagi. Dia juga menyesal dengan perbuatannya tadi. Dia tidak faham kenapa dia sendiri menjadi tidak waras tadi. Aira mengesat air mata. Ketika itu azan maghrib kedengaran dari masjid berdekatan. Dia memandang Izlan. Dia kemudian liar memandang sekeliling. Tiada sesiapa lagi di tepi sungai itu kecuali dia dan Izlan sahaja. Jalan besar dari sungai itu juga agak jauh.  Untuk mendapat kenderaan balik di waktu begini juga amat sukar. Sekiranya dia balik berjalan kaki entah pukul berapa dia akan sampai ke rumah. Akhirnya dia terpaksa balik dengan Izlan juga.
“Abang jangan buat along macam tadi. Along tak suka,” ujar Aira sambil mengesat air matanya. Izlan tersenyum dan menghulur ke dua belah tangannya. Aira menggeleng kepala. Dia kemudian berjalan mendahului tunangnya. Izlan mengalah dan membontotinya dari belakang.
Di atas kereta Aira diam membisu. Izlan cuba berbual dengan Aira tetapi Aira tetap membisukan dirinya.
“Sayang, kita kena berhenti solat maghrib di masjid kat sini dulu. Kalau abang hantar sayang balik dulu kita akan terlepas solat maghrib...” tutur Izlan sambil tenang memandu. Aira memandang jam di dash board kereta. Dia kemudian mengangguk.
Mereka singgah solat maghrib di masjid Ketereh. Semasa solat hati Aira berasa tenang seketika. Lama juga dia berteleku di dalam masjid itu. Kebetulan waktu itu ramai jemaah sedang mendengar kuliah agama. Selesai berdoa Aira terus ke kereta. Izlan masih belum muncul. Hampir 15 minit kemudian barulah Izlan muncul dari dalam masjid. Mereka terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan itu.
“Kita singgah makan dulu ya,” Suara Izlan lembut memujuk.
“ Along tak lapar. Along nak balik...” jawab Aira dengan suara yang lesu. Fikirannya sedikit tenang selepas solat tadi. Izlan pula cuba berlagak biasa. Dia tenang memandu. Dia cuba berbual dengan Aira tetapi gadis itu enggan menjawab persoalan yang diajukan. Izlan akhirnya membiarkan sahaja Aira melayan fikirannya apabila dia melihat Aira melentokkan kepalanya tidur. Dia tidak pasti samada Aira terlelap atau sengaja memejam mata.
Aira perasan Izlan memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia membiarkan Aira di dalam kereta dan  masuk ke sebuah restoran.Setengah jam selepas itu, Izlan muncul dari restoran itu sambil menjinjing beg palstik berisi makanan.  Kemudian perjalanan mereka diteruskan.
Aira benar-benar terlena sepanjang perjalanan itu. Ketika mereka sampai ke rumah Aira masih lagi lena. Izlan merenung wajah gadis manis disebelahnya. Dia tidak faham kenapa gadis kesayangannya ini menolak untuk bernikah dengannya sedangkan itulah cita-cita dan impian mereka bersama. Adakah dia terlalu terburu-buru. Dia sedar usia Aira terlalu muda untuk menggalas bahu sebagai isteri. Tetapi dia tidak sanggup meninggalkan Aira sendirian di tanah air. Dia ingin selalu disampingnya. Cintanya kepada Aira tidak berbelah bahagi. Dia ingin Aira selalu di depan matanya.  Izlan mengeluh kesal. Kenapa gadis kesayangannya ini sukar untuk memahami gelodak hatinya.
“Bangunlah sayang dah sampai ni,” Izlan lembut mengejutkan Aira. Dia menepuk perlahan bahu Aira. Aira terpisat-pisat bangun. Dia seakan bermimpi melihat dia berada di dalam kereta bersama Izlan.
Aira membuka pintu kereta perlahan-lahan. Dia mencapai beg sandangnya yang diletakkan di tempat duduk belakang. Izlan tiba-tiba memegang tangannya.
“Sayang, abang minta maaf pasal tadi. Tapi abang harap sayang fikirkan permintaan abang tu. I love you..” Aira terkedu juga dengan suara Izlan yang romantis memujuknya itu. Aira berpaling seketika tetapi kemudian dia cepat-cepat keluar dari kereta.
Ketika Aira hendak membuka pintu rumah, umi sudah menunggunya  membuka daun pintu. Umi merenungnya tajam penuh persoalan.
“Maafkan Along terlewat balik,” ujar Aira sambil menghulurkan tangannya kepada Umi. Umi menggeleng kepala. Umi tidaklah rungsing sangat Aira lewat pulang kerana dia tahu Aira berada bersama siapa tetapi tidak manis rasanya membiarkan anak gadisnya lewat pulang bersama seorang lelaki biarpun bersama tunangnya.
“Umi, maaf lewat...” beritahu Izlan pula .
“Yalah, dah lewat ni..” Jawab Umi sambil mngunci pintu rumah. Aira terus ke biliknya. Begitu juga dengan Izlan yang berkongsi bilik dengan Zaini adik Aira. Mereka terus masuk ke bilik masing-masing.
Aira terus mandi menyucikan diri. Dia tidak berlamaan di bilik air kerana hendak solat Isyak dan berehat. Fikirannya masih sakit mengenangkan peristiwa tadi. Perutnya juga berkeroncong. Selesai solat dia keluar ke dapur. Aira membuka peti sejuk dan mengeluarkan air kosong yang sentiasa umi letakkan di dalam peti. Aira membawa cawan berisi air kosong ke meja dan menarik kerusi lalu duduk. Dia menengguk minuman itu dengan perlahan. Fikirannya masih tertumpu kepada bicara dengan Izlan tadi.
Ketenangan itu terganggu apabila melihat kemunculan Izlan di pintu yang memisahkan ruang dapur dengan ruang depan. Izlan tersenyum kepadanya.
“Sayang, jom temankan abang makan. Tadi abang ada beli mee goreng kegemaran sayang..” ajak Izlan sambil membuka penutup saji. Aira rasa jengkel dengan kehadiran Izlan. Dia ingin melangkah keluar dari bilik dapur tapi tidak jadi apabila Zaini muncul sambil tersengih-sengih menuju ke sinki. Aira tidak faham kenapa Zaini juga masuk ke dapur waktu itu.
“Abang Izzi beli mee goreng tafu... Sedapnya ...!” seru Zaini sambil menarik kerusi lalu duduk.
“ Jom... abang dah beli sorang satu. Untuk along, untuk Zaini dan untuk abang.  Along tolong ambil pinggan dan sudu ,” arah Izlan sambil tersenyum. Aira terpaksa bangun dan berlakon di depan Zaini. Dia tidak mahu adiknya perasan krisis di antara dia dengan Izlan. Dan tunangnya itu sememangnya seorang yang pandai mengambil kesempatan atas suasana itu meredakan dengan melibatkan orang lain.
Aira meletakkan tiga biji pinggan dan menyusun gelas kosong serta sudu garpu ke dalam pinggan. Aira juga terliur dengan mee kongfu tersebut. Dia sememangnya tidak tertahan melihat mee kongfu itu apabila melihat kuahnya yang enak membanjiri pinggan di depan Zaini. Izlan juga menolong menuang bungkusan mee milik Aira dan apa yang pasti tunangnya amat perihatin dengan seleranya. Dia kalah kepada mee kongfu itu. Mereka bertiga menikmati hidangan itu dengan berselera. Aira seakan melupakan peristiwa petang tadi. Izlan pula melayaninya seperti biasa. Zaini juga tidak putus mengusik kakak dan sepupu merangkap bakal abang iparnya.
Malam itu Aira tidur dengan lena. Dia cuba melupakan dan meletakkan ke tepi persoalan semalam.
 Dia juga berharap bila bangkitnya nanti masalah yang membelenggu dirinya akan selesai.Dia tahu dihatinya masih menyayangi Izlan. Dia juga tahu Izlan sangat menyayanginya. Tetapi dia tidak boleh terima Izlan sebagai suaminya sekarang. Tidak boleh sama sekali. Dia terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab sebagi isteri. Maafkan Along abang...

Pagi itu Aira bangkit dengan satu harapan agar semua kedukaan semalam berlalu di bawa pergi bayu pagi. Aira seperti biasa akan bangkit awal dan seterusnya berkumpul bersama keluarga solat subuh diimamkan oleh abah ataupun Zaini. Pagi itu juga Aira sempat membantu Umi di dapur memasak nasi lemak selepas solat subuh berjemaah.
Selepas sarapan dan abah telah keluar bekerja, Aira keluar ke halaman rumah sambil menyiram pokok bunga yang ditanam oleh umi. Izlan pula mengambil kesempatan pagi itu mencuci keretanya. Aira perasan Izlan asyik mencuri menjelingnya dari belakang. Aira tidak mempedulikan pandangan dan renungan Izlan. Dia leka dengan bermain dengan rama-rama dan pepatung yang suka bermain di hujung air pancutan siramannya.
“ Sayang, abang nak balik pagi ni. Abang perlu uruskan beberapa perkara lagi sebelum abang berangkat keluar negeri. Abang harap sayang fikirkanlah permintaan abang ya...”
Suara Izlan yang berdiri di sampingnya ketika Aira leka membelek kelopak mawar berwarna pink yang ditanam umi. Aira hanya diam. Dia masih tiada modal untuk membalas bicara Izlan.
“Abang nak sayang tau, abang sangat sayangkan along.” Tutur Izlan tanpa jemu. Aira termenung seketika mendengar bicara Izlan.
“ Abang..! Along minta maaf. Along tak boleh berkahwin dengan abang dalam waktu terdekat ini...”
“Along tak sayang abang ke?”
“Sayang...”
“Habis tu kenapa tak mahu kahwin dengan abang sekarang ? “
“Along ni muda sangat bang. Terlalu muda untuk berkahwin.”
“Abang tak boleh tenang selagi tak kahwin sayang..”
“ Berapa kali along nak ulang. Along tak nak kahwin sekarang. Kalau abang gatal sangat nak kahwin sekarang, abang kahwin ajelah dengan perempuan lain. Lepas tu bawaklah perempuan tu keluar negeri,” hambur Aira geram.
“Sayang..! Kenapa cakap begitu. Abang nak kahwin dengan sayang bukan dengan orang lain,”
“Cukup..!Cukup.. ! Along tak nak kahwin sekarang. Abang kahwin ajelah dengan perempuan lain..” suara Aira meninggi dan dia terus berlari meninggalkan Izlan berdiri di halaman itu. Izlan terkedu dengan tindakan Aira. Dia mengeluh kesal. Kenapalah sukarnya hendak memujuk tunangnya ini. Mungkinkah sebab usia muda sangat maka tunangnya enggan berkahwin. Izlan juga masuk ke dalam rumah.
Aira berdiri di tingkap rumah dengan wajah yang mencerut masam. Tidak puas hatilah tu. Beberapa minit selepas itu dia melihat Izlan turun dari rumah sambil menjinjing begnya. Dia meletakkan beg pakaiannya ke dalam bonet kereta dan berlalu tanpa mengucapkan selamat tinggal seperti biasa. Aira hanya memerhati pemergian tunangnya dengan wajah muram.
Aira kembali ke katilnya dan menyembabkan mukanya ke bantal. Dia amat tidak berpuas hati dengan tindakan Izlan.
Seminggu selepas itu Aira hampir pengsan ababila mendapat tahu Izlan mengahwini seorang wanita lain sebelum berangkat ke luar negeri. Berita itu disampaikan oleh adiknya Zaini sendiri yang menunjukkan foto perkahwinan Izlan dengan seorang perempuan lain. Betapa remuknya hati Aira disaat itu. Menyesalkah dia kerana menolak permintaan Izlan untuk menikahinya.
Aira menerima kesan yang teruk akibat dari peristiwa itu. Aira ditinggalkan terkontang kanting. Tanpa perkhabaran tanpa berita yang sepatutnya. Aira menangis dan terus menangis.
Aira nekad. Dia telah mendapat persetujuan dari Abah dan umi untuk mengikuti Izati.  Mujurlah Umi memahami jiwanya. Pesanan umi disimpan teguh di hatinya. Dia perlu keluar dari kepompong ini.
“ Bawa diri di rantauan tu jaga diri dan batas-batasan ya nak. Ingat kita ada maruah dan agama. Jangan tinggalkan solat...” pesanan umi semasa dia bersembang petang tadi tersimpan kukuh di hatinya. Abah yang membelikan tiketnya untuk ke ibu kota.
“Dah siap berkemas?” seorang gadis sebayanya muncul sambil membelit tuala di kepalanya. Dia mengelap rambutnya yang basah. Izati mengambil pakaian tidurnya dan memakainya di situ. Dia kemudian meneruskan mengeringkan rambutnya dengan tuala.
“Dah, aku bawak sikit aje baju..” jawab Aira sambil memuncungkan mulutnya ke arah beg pakaian di hujung katil.
“Tak payah bawak banyak baju. Baju aku pun banyak kat sana.  Kita beli ajelah baju baru,” balas Izati sambil duduk menghenyak tubuhnya ke katil. Aira mengangguk.

“Aira, lupakan kisah yang dah lepas tu. Kita pergi KL. Kita buka episode cerita baru. Kau jadi Aira yang baru...” cetus Izati memberi semangat. Gadis muda itu amat simpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu. Sebelum ini dia amat gembira apabila mendengar khabar sahabatnya itu bertunang dengan lelaki yang dicintainya. Izati jugalah yang menjadi pengapitnya semasa Aira bertunang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kasi Laju Sket..