
Sabtu, 7 September 2019
Sketsa Terundur ke Garapan Silam..

Isnin, 3 Jun 2019
Resipi WhatsApp
Khamis, 28 Februari 2019
Bila Fokus Hilang
Pernah tak penulis atau pengkarya lain mengalami sindrom sepertiku ? Aku panggil sindrom sebab ianya bagaikan satu penyakit yang tidak dapat diubati. Nak samakan dengan penyakit AIDS kang nampak melampau sangat. Sekurangnya dipanggil sindrom ini adalah perubahan yang boleh dibuat ke arah lebih baik.
Idea bertubi-tubi tapi bila pegang telefon idea lain yang datang. Maka tidak hairanlah aku ada dekat sepuluh blog yang berbeza genre dan penceritaan. Aku tidak dapat fokus kepada satu-satu kerja. Sebab itulah kadang-kadang kerja yang aku lakukan tidak memuaskan hatiku. Sedangkan aku mengahrapkan sebuah hasil yang cemerlang tetapi akbibat kurang daya fokus maka aku keciciran dalam banyak kerja. Kalau diikutkan idea yang bertubi-tubi ini ianya mesti sebuah hasil yang gempak hakikatnya ia menjadi satu permasalahan yang tidak berkesudahan apabila hilang fokus.
Jenuh sudah dicuba petua dan ikuti pantang larang agar aku boleh menumpukan kepada satu kerja sahaja namun aku sering menemui jalan buntu. Hasilnya adalah kerja yang banyak tapi tiada penghujungnya.
Apa yang aku nak buat bila hati aku mengerakan minda luar sedar membelakangi aku. Mendorong aku menerokai yang baru. Tinggalkan yang lama seketika dan kembali apabila aku sudah kebuntuan. Sekiranya aku fokus, mungkin aku sudah berjaya menyiapkan manuskripku satu persatu. Manuskrip yang pernah aku minta sahabatku untuk membacanya dan mereka sangat menyukai agar aku menyiapkannya dan contohnya semasa aku sambung pengajianku empat tahun lepas, manuskrip itu sudah hampir ke penghujung, namun sehingga kini ianya masih tidak pernah berkesudahan.
Tolong tenangkan hatiku, lapangkan dadaku. Semua itu sudah aku temui tapi satu yang aku gagal iaitu untuk FOKUS...
Aku perlu FOKUS...!!!
Khamis, 13 Disember 2018
Lamunan Seorang Pencinta
Selasa, 4 Disember 2018
5 PERBEZAAN DI ANTARA SUKA DAN SAYANG SESEORANG....
1. Bila suka kalau boleh nak luangkan masa berdua je. Tapi kalau sayang, kita nak dia luangkan masa dengan kawan-kawan kita dan keluarga kita.
Cinta Kita
yang boleh mengubah semua perkara menjadi indah
seperti mengubah duri menjadi mawar,
mengubah busuk menjadi harum,
mengubah buruk menjadi cantik,
mengubah kotor menjadi suci,
mengubah kejahatan menjadi kebaikan.
dari buruk menjadi suci,
Cinta mampu mengubah seseorang dari pemarah menjadi penyabar,
Cinta juga mempu mengubah kata seseorang dari kasar menjadi lembut,
Cinta merupakan naluri setiap insan yang ingin bercinta dan sedang bercinta.
Cinta mempunyai satu kuasa yang tidak bisa dilihat dari mata kasar, sebaliknya mampu dilihat dari mata hti dan perasaan.
dan ujian dari Allah s.w.t untuk kita harungi.
Seperti nafsu, daya berfikir, tolak ansur, hormat-menghormati diantara satu sama lain.
Cinta merupakan jalinan hubungan yang suci dan hendaklah menjaganya sebaik mungkin.
Kerana cinta yang lahir dari hati kemudian di mata (melalui penglihatan) dan akan terus di minda (sentiasa menggingati si dia).
Cinta adalah satu anugerah dari Allah pada setiap hambanya yang di gelar manusia.
Sabtu, 1 Disember 2018
Katakan Cinta Itu
Selasa, 27 November 2018
Pickup Line
Ahad, 25 November 2018
Lamunan Seorang Pencinta
Jangan sesekali rasa kalah..
Satu hari Allah balas dengan
Hadiah terindah
Jangan mencari yang terbaik,
Tapi ,
Carilah yang ingin bersama-sama menjadi lebih baik.
Carilah yang melengkapkan kekurangan mu .
Ahad, 13 November 2016
Almond Untuk Bibir Pink
Jumaat, 5 Ogos 2016
Disebalik email
Dia hadir seketika. Melewati sebaris ayat, di titip kiriman ke email yang telah lama tidak kelihatan beritanya. Tiba-tiba di suatu petang dia muncul mengetuk skrin telefon kecil miliknya.
Degupan jantung terus berirama rentak yang semakin gundah. Perkhabaran apa yang dibawa membuat hati dipagut keresahan.
Sudah hampir dua tahun dia tidak menerima berita dari pengirim email itu.
Petang itu ketenangan terusik melihat nama pengirim email itu.
Kalau terbaca email me at : put3bulan@gmail.com
Khamis, 9 Jun 2016
Berhenti Sekejap.......!!!!!!!!!!!
Saya sentiasa online di android saya :
email: put3bulan@gmail.com
Rabu, 8 Jun 2016
Manuskrip Belum Siap : Mellina Dewi...Cinta ???
Hari dah masuk hari ke-4 bulan ogos 2017.
Cerita Aira aku tak nak sambung.
Sebabnya biarlah menjadi persoalan tentang pengakhiran yang pastinya anda akan terusan tertanya apakah yang berlaku dan akan berlaku seterusnya. Walaupun 'Ending' mungkin sudah boleh diagak tapi jalinan cerita sebenar tidak akan terjangka dek akal korang sebab ianya sangat berbeza dari cerita novel-novel lain di pasaran.
Novel ini karya asli aku semenjak tahun 1998 lagi. Hingga kini aku masih meneruskan untuk menokok tambah karya asli milikku ini.
Terima kasih untuk beberapa orang teman yang pernah aku berikan manuskrip separuh jalan yang sengaja aku tidak habiskan print out untuk teman-temanku membaca dan menilai hasil karya asli milikku ini. Buat PHN Nuraida Bt Muhammad, PHN Rosmaria Bt Idris dan PHN Faizah Bt Mohamad,... koi terharu sangat dengan keterujaan korang membaca manuskrip aku itu. Aku menjadi bersemangat seketika untuk terus berkarya mendengar komen korang.
Okey, kali ini aku nak korang baca pulak sedikit sedutan dari karya aku ntah nak bagi nombor yang ke berapa. Karya ini aku mula coret tahun lepas 2015. Tarikh yang tepat aku tak ingat.
Jom baca cerita merapu lagi...
“Bekal ?”
“Kenapa dia hantar kau datang kerja.”
“Tadi aku jatuh motor kat depan pejabat dia sebab makwe dia punya pasal. Jadi sebab nak mintak maaf dia hantar dan belanja aku makan”
“Saya mintak awak lepaskanlah saya.” Sambungku lagi.
“Saya menyintai lelaki lain. Awak juga bahagia dengan kekasih awak.”
“ Teman lelaki Cik Dyana ? Apa kaitannya dengan dia?”
“Dialah lelaki yang selalu mengganggu hidup saya. Dialah lelaki yang mengajar saya untuk menjadi kuat apabila mummy awak menghalang hubungan kita. Dialah juga ayah kepada anak yang saya kandung ini. Dialah suami saya semenjak lima tahun yang lepas.”
“Leo… saya sayangkan awak tapi sayang saya hanya setakat sayang seorang kawan. Lagipun awak adalah abang saya Leo.”
Khamis, 18 Februari 2016
Sketsa Pagi jumaat
Setahun sekali mesti aku diserang demam. Tahun lepas aku dah lupa bila kali terakhir aku demam. Kali ini tanggal 17hb Febuari 2016 sekali lagi suhu badan aku meningkat sehingga 41°C apabila aku meletakan alat suhu berbentuk lidi warna kuning yang mengandungi raksa (merkuri) di dalamnya ke bawah lidahku. Alat penyukat suhu badan berharga RM 1.80 sen yang aku beli di Farmasi Juara di Bandar Mentakab tahun 2002 lagi kusimpan di dalam kotak peti kecemasan yang kubeli sama dari farmasi tersebut.
Berbalik kepada cerita demam kali ini ianya ternyata berbeza dengan demam yang kualami sebelum ini. Demam kali ini bukan sahaja suhu badan panas tapi dikuti dengan gigilan sehingga gigi-gigi aku juga turut berlaga. Aku berselimut tebal dengan guna dua lapis comforter yang tebal dan tangan memeluk erat lutut.
Aku juga seorang yang penakut untuk menelan ubat tapi kali ini disebabkan tidak tahan dengan kegigilan yang teruk aku terpaksa membiarkan dua biji panadol melalui tekakku walaupun ianya terasa sukar dan kepahitan itu hampir tidak terasa.
Selepas 10 minit menelan ubat aku mula berpeluh dan berasa selesa. Aku boleh bangun ke bilik air untuk mandi dan mula berselera untuk makan. Nasi putih berlauk ikan goreng dan ulam pucuk betik celur cicah budu menjadi santapan yang enak.
Namun ianya hanya bertahan setakat 4-6 jam sahaja kerana suhu badan akan kembali meningkat selepas itu. Dari 17hb sehingga ke saat ini aku sudah menelan 6 kali ubat Panadol sebanyak dua biji setiap kali serangan. Aku bercadang untuk berjumpa doktor pada hari ahad lusa kerana klinik dibuka pada hati tersebut. Aku tidak mahu menganggu staff yang oncall pada hari cuti mingguan ini kerana aku rasa masih boleh bertahan.
Rabu, 6 Januari 2016
Edit by asmah
Semenjak petang semalam, hujan turun tidak berhenti. Kadang-kadang agak lebat terutama sekitar tengah malam, tapi pagi tadi hanya renyai-renyai sahaja dan berhenti sekitar pukul 7.00 pagi. Semenjak petang semalam juga Aira gelisah di pembaringan. Sekejap dia berpusing ke kiri dan ke kanan, kadang-kadang dia meluruskan badannya dan kemudian tidur memeluk lututnya. Ada waktunya dia bangun menyandar tubuhnya di kepala katil dan kemudia dia meluruskan semula badannya ke atas tilam empuk bercadar kuning air warna kegemaranya. Semenjak dari pukul 2.00 pagi lagi setelah dia terjaga disebabkan oleh gangguan telefon, Aira tidak mampu lagi melelapkan matanya. Dia memandang ke arah jam di tepi katilnya. Oh! Sudah pukul 8.15 pagi rupanya. Dan dalam jangkamasa 6 jam lebih juga matanya terkebil-kebil seperti cicak berak kapur. Pelbagai usaha dilakukan agar dapat melelapkan mata untuk seketika tetapi tidak berjaya. Kenapalah susah sangat ni. Nak dikatakan dia sudah cukup tidur tidak juga kerana dia masih menguap berkali-kali.
@ Perlukisan watak keadaan/masa/suasana agak bercelaru.
Semenjak petang semalam hujan turun tidak berhenti. Kadang-kadang lebat, ada ketika renyai-renyai sahaja. Sejak petang semalam Aira gelisah di pembaringan ( dia tidur awal ke?) Dia tidak boleh melelapkan mata, Hari semakin melewati tengah malam, matanya masih juga tidak mahu terlelap, sekejap, dia berpusing kiri dan kanan, ada waktunya dia meluruskan badan. Kemudian dia cuba tidur memeluk lututnya sendiri. Namun, matanya tidak juga mahu terlelap. Dia bingkas bangun dan duduk di birai katil. Waktu sudah menganjak ke pukul 2.00 pagi. Dia masih juga tidak boleh melelapkan mata.
Masa terus berlalu begitu sahaja. Cahaya matahari pagi sudah menjengahkan sinarnya melalui celahan tingkap yang ditutupi kain langsir berwarna tanah. Matanya menyinggah jam yang terletak di meja solek. Sudah pukul 8.15 pagi. Sahlah semalaman dia tidak tidur.
Ahad, 30 Ogos 2015
Aira : Bab 4
Isnin, 18 Mei 2015
DOA-DOA SAAT MEMBASUH ANGGOTA BADAN SAAT BERWUDHU
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
1. Doa ketika membasuh dua pergelangan tangan:
اللَّهُمَّ احْفَظْ يَدَيَّ مِنْ مَعَاصِيكَ كلها
Allohummahfidz Yadayya Min Ma a'syika Kulliha
Artinya: Ya Allah, peliharalah kedua tanganku daripada melakukan maksiat
kepadaMu.
2. Doa ketika berkumur:
اللَّهُمَّ اَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Allohumma a'inni 'Ala Dzikrika wa Syukrika wahusni 'Ibadatika
Artinya: Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat berzikir kepadaMu, dan
bersyukur kepadaMu, dan perelok ibadah kepadaMu.
3. Doa ketika membasuh hidung:
اَللَّهُمَّ أَرِحْنِي رَائِحَة الجَـنَّةْ
Allohumma Arihni Roihatal Jannati
Artinya: Ya Allah, berilah aku ciuman daripada haruman bau Syurga.
4. Doa ketika membasuh muka (setelah membaca niat wudhu dalam
hati):
اَللَّهُمَّ بَيِّضْ وَجْهِى يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوْهٌ وَتَسْوَدُّ
وُجُوْهٌ
Artinya: Ya Allah, putihkanlah wajahku pada hari putihnya wajah-wajah
dan hitamnya wajah-wajah.
5. Doa ketika basuh tangan kanan:
اَللَّهُمَّ اَعْطِنِى كِتاَبِى بِيَمِيْنِى وَحَاسِبْنِى حِسَاباً
يَسِيْرًا
Allohumma A'thini kitabi biyamini wa hasibni hisaban yasiro
Artinya: Ya Allah! berikanlah kepadaku kitabku dari sebelah kanan dan
hitunglah amalanku dengan perhitungan yang mudah.
6. Doa ketika membasuh tangan kiri:
اَللَّهُمَّ لاَ تُعْطِنِى كِتاَبِى بِشِمَالِى وَ لاَ مِنْ وَرَاءِ
ظَهْرِىْ
Allohumma Laa Ta'thini Kitabi bisyimali walaa min waro,i dzohri
Artinya: Ya Allah, janganlah beri kepadaku kitab amalanku dari sebelah
kiri atau dari sebelah belakang.
7. Doa saat membasahi kepala:
اَللَّهُمَّ حَرِّمْ شَعْرِيْ وَبَشَرِيْ عَلَى النَّارِ
Allohumma harrim sya'ri wabasyari 'Alannari.
Artinya: Ya Allah, haramkan rambutku dan kulit kepalaku daripada
neraka.
8. Doa ketika membasuh dua telinga:
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ الَّذِيْنَ يَسْتَمِعُوْنَ اْلقَوْلَ
فَيَتَّبِعُوْنَ أَحْسَنَهُ
Allohummaj'Alni minalladzina yastami'unal Qoula fayattabi'una ahsanahu
Artinya: Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mendengar
ucapan yang baik dan mengikuti sesuatu yang terbaik.
9. Doa saat membasuh dua telapak kaki:
اَللَّهُمَّ ثَبِّتْ قدَمِي عَلَى الصِّرَاطِ يَوْمَ تَزِلُّ فِيْهِ
اْلاَقْدَامِ
Allohumma Tsabbit Qodami 'Alaa Syirothika yauma tazillul Aqdam
Artinya: Ya Allah, tetapkan kedua kakiku di atas titian shirothol
mustaqim pada hari dimana banyak kaki-kaki yang tergelincir.
10. Doa setelah berwudhu:
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَ
أَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ
اْلمُتَطَهِّرِيْنَ وَصَلَى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ
Artinya: Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu
baginya, dan aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya.
Ya Allah! Jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan
jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci. Dan selawat dan
salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarganya, dan
sahabat-sahabatnya. Salam Fillah, Semoga bermanfaat.







